Tuesday, October 28, 2008

Seeking the truth

Menerusi penyelidikan, melihat dunia dari pelbagai perspektif.
Semua yang tersurat dan tersirat ada maknanya

Hidup sebagai penyelidik sangat bermakna
Tetapi lebih bermakna lagi, segala pengalaman bersama sahabat-sahabat dan kerabat yang bila kah akan berulang kembali
Beruntungnya jika siapa yang memahami,
Nilai sebuah pengembaraan penyelidikan






















Monday, October 27, 2008

Cerita hari ini

Hmm..baru sampai opis. Dah jam 1.22 pm. Banyak keje nak buat, macam tak cukup oksigen. Tapi lepas tulis kat blog ni maybe boleh release stress sikit kut.

Pagi tadi, jam 4 sampai subuh, anas nangis. Kena tentang dengan dadek. Dadek tidur lasak. Tak pa, mulai malam nanti dadek tidur sorang. Kemudian, bagi babang breakfast. Hai, babang pun semakin nakal. Tak boleh letak sikit dah nangis. Urusan babang dgn dadek je dah sampai jam 9 pg. Nasib baik dadek ni nakal cerdik. Hari ni dia mandi sendiri. Bersih atau tidak, wallahu'alam. Baju pun dah pandai pilih sendiri. Atuk dia pun pening kepala coz. dadek pernah try sampai 3 pasang baju. Kelam kabut ni dah 3 bulan sejak bibik lari (khas for pak anjut: patut la sejak menjak nak lari bibik try macam2 masakan, pacar dia kat indonesia buka kedai makan. Buku resepi kteh pun semua dah kena kebas). Syukurlah ada ibu mertua yang memahami. Sejak dari itu juga atuk lah yang teman cucu2nya sementara mama n papa kerja.

Semalam pula kena resdung teruk. Ha, ni baru balik dari seri Aida lah. Banyak betul hama yang keluar. Alang2 menyeluk pekasan, buat facial sekali. Dymond peeling. Ok, la. Muka dah bersih sikit.

Ni nak sambung keje pulak. Amil zal dah masuk bilik nak bincang pasal Orang Asli. Ok sambung kemudian.

Friday, October 24, 2008

dadek tour de kawi

Ingatkan nak bercuti di Melbourne..


Memang-memang..


Jinaknya haiwan peliharaan papa ni..



Puteri bersiram di Telaga Tujuh

Banyaknya fish! Mana satu nak tangkap ni?

Monday, October 20, 2008

Tiada hari yang tidak sibuk

Setiap hari adalah sama. Kalau anas n niha nak tahu, itu tema mama n papa. Tapi bukanlah bermakna dengan prestasi. Sebab tema seterusnya adalah, hari ini lebih baik daripada semalam. Setiap hari adalah sama maksudnya setiap hari adalah hari bekerja. Kerja itu apa? Sapa pandai jawab mama bagi RM5.

Kerja itu ibadah.. jadi setiap hari adalah hari ibadah. Jika beribadah, maknanya tiadalah hari yang tidak sibuk.

Tidak mengapalah kita sibuk di dunia. Tapi jangan kesibukan itu menjadi alasan kita lalai daripada tugas seorang khalifah wahai anakku.

Dalam sibuk ini, mama sentiasa ingat pesan Tok Azimi "sentiasa berusaha menunaikan hak orang lain tanpa menuntut hak diri sendiri". Lagi satu, Tok Azimi pernah ingatkan mama, "jadilah orang mulia". Anak-anak, macammana nak jadi orang mulia? Fikir-fikir.

Monday, October 6, 2008

Semua itu telah ditakdirkan

Hari raya ni hanya ternanti-nanti untuk bertemu kaum keluarga, menggembirakan anak-anak saudara dengan sumbangan yang bermakna untuk mereka [supaya mereka mendoakan mudah-mudahan rezeki mak teh bertambah lagi, tahun depan dapat lagi banyak], melihat perkembangan pembangunan di kampung halaman. Itu lah kita manusia yang sentiasa 'sedar', kita merasa gembira melihat kegembiraan orang, dan merasa sedih melihat kedukaan orang terutama semua yang dekat di hati.

Buat anak-anak saudaraku:

Omar adik-beradik, mak teh rasa kalian sungguh resilien dan bertuah punya abu dan umi yang tabah. Jaga lah umi baik-baik, hormatlah abu selalu. Mak teh sayang kalian.

Kakak Ika dan adik-adik, tahun ni kita tak dapat berjumpa. Tidak mengapa. Moga kalian ceria berhari raya di langkawi.

Ukasha n Maisarah. Sudah besar kalian. Jadilah anak-anak yang soleh dan soleha.

Irsyad si kecil halus. Sayang umi n abi selalu.

Buat adik-adik:
Semoga kalian sentiasa bahagia selalu.

Apa lagi kegembiraan di hari raya? Aku berhari raya bersama kenangan yang semua peristiwa telah ditakdirkan. Perginya Ahmad Farhan (abang anas) pun di hari raya (aidiladha), Anas demam, adik makin nakal, bibik dah tinggalkan kita. Tapi kita semua memang gembira kerana kita masih mampu memaafkan dan memberi di hari raya.