Monday, December 14, 2009

Ini jawapannya

Kali pertama sepanjang sebagai penyelidik ini pengalaman pertama mama menghabiskan masa seharian selama seminggu di lautan. Tiada masa langsung utk bersiar atau membeli-beli barang. Selalu, jika aktiviti pengumpulan data seperti ini mama akan membawa bersama pembantu-pembantu penyelidik (enumerator) terapi diri dgn bersiar-siar sehari sebelum menyambung kembali tugasan di lapangan.

Kali ini, mama lebih suka menghabiskan masa dengan komuniti Bajau laut di Semporna sambil menikmati keindahan ciptaan Allah. Siapa sangka, di tengah lautan luas, ada manusia yang boleh hidup sebagai keluarga dan berkembang sebagai sebuah komuniti? Cuma kehidupan mereka jauh ketinggalan daripada kita di sini. Ini yang membuatkan mama lagi ingin menyumbang sesuatu kepada mereka.

ANAZIHA, ingat pesan mama "Cari lah ilmu sebanyaknya. Tapi jangan lupa beramal dengannya". "Ikut resmi padi, lagi berisi lagi menunduk".

Kerana ada orang sibuk mencari ilmu, tetapi bukan untuk menyumbang. Ada orang sibuk mencari ilmu, tetapi memecah belahkan msykt. Ada orang sibuk mencari ilmu, tetapi untuk menunjuk-nunjuk siapa lebih hebat. Begitu juga dgn harta kekayaan.

Jauh mama berjalan. Jauh juga fikiran melayang. Apa lagi tujuan maksud kehidupan ini. Perjalanan yang jauh ini. Mama teringat babang Anas. Bilalah agaknya babang boleh memanggil nama "mama" dan "papa". Teringat kakak dan adik amat. Jadilah anak-anak yg soleh dan solehah. Teringat atok mak dan atok ayah. Terima kasih mendidik mama sehingga menjadi sebegini. Pada papa. Sambil fikiran pada kalian dan mata melihat-lihat laut yang luas, tiba-tiba terpandang kepada suatu ciptaan. Allah Maha Besar, ini jawapannya:


Kalimah Allah berhampiran Pulau Bohey Dulang, Semporna

Monday, December 7, 2009

Saudara kita di Pulau Semporna

Kepada ANAZIHA, ini sedikit gambar utk tatapan. Ada banyak lagi tapi mama tal sempat upload. Cukup sekadar beritahu mama berada di sini. Nanti kita jumpa pagi Jumaat (11 Dec.)
Kakak, tahniah. Dah daftar school dgn papa n atok ye?

Kakak lihat gambar ni. Kakak jauh lebih beruntung dan mewah daripada mereka. Mari kita sebut Alhamdulillah.

Comel. Kanak-kanak Bajau di Pulau Larapan

Pemandangan sekitar jeti Pulau Semporna


Saturday, December 5, 2009

Langgar lari

Assalamualaikum ANAZIHA.

Ketika ini mama sdg melaksanakan penyelidikan bersama komuniti Bajau di Tawau. Dari 5 hingga 12 Dec. Tadi dengar bayi bajau menangis, suara sama mcm che mat. Mama rindu lah. Ada juga budak perempuan mcm kakak tak pakai baju berenang dlm laut. Budak mcm babang? Tak jumpa lagi budak sehensem babang la..

Hari pertama, seharian berada di Pulau-Pulau kecil bertemu ketua-ketua masyarakat dan bertemu pelajar yang duduk bersama keluarga angkat masing2. Hati sangat bersyukur dapat menjejak kaki ke sini. Dah lama mengidam utk bertemu komuniti Asal di sabah. Perbincangan sesama pakar bidang dapat satu kesepakatan utk memajukan komuniti ini yg majoriti miskin tegar dan muslim.

Balik tmpt penginapan, maklong n pak met bgtau atok ayah accident. Langgar lari. Cedera kecil. Hm..nampaknya dlm seminggu dua kali lah famili mama dilanggar lari. Semalamnya seorang Pak Lebai langgar AVANZA kita. Berdentum kuat. Semua kereta berhenti. Tapi pak lebai tekan minyak pecut lari. Mama lihat kesan scrash di bumper tepi belakang & cat kereta pak lebai yang tinggal. Tapi hati mama ni kemek lah sikit. Sangat geram sebab Pak Lebai pecut lari tak minta maaf. Anak2 ramai dlm kereta. Mama kesal kopiah yg dipakai hanya sekadar pakaian.

Berbalik pada atok ayah. Kali ni pak aji pulak kena langgar lari. Tapi atok ayah n atok mak kata kecederaan kecil. Tok Cik n Tok Lang tolong ke hosp. Hmm..terima kasih semua yg bantu. Mama n adik beradik jauh-jauh. Risau atok tinggal berdua di kg. Tapi atok ayah sangat setia dgn kg halaman dan kawan warungnya. Bukan sekali atok accident. Jatuh bilik air pun dah byk kali. Tapi bila call, steady katanya. Atok juga sangat setia dgn honda cup nya. Kereta jadi pameran saja. Pernah juga offer pembantu rumah. Tak payah, katanya. Atok ayah tidak bebas nanti. Ajak tinggal di KL, tak ada warung. Atok ayah bosan. Apa-apapun, asalkan atok gembira.

Nampaknya masa tidak mengizinkan. Sekejap lagi ada program di perkampungan Bajau.
Kakak jgn tarik rambut che mat ye.............

Thursday, December 3, 2009

santai

Bibik pilih spect. Rabun 180 (power)

Che Mat teman bibik shopping.
Hi handsome!

Che Mat & Afnan. Tak ingat..mungkin umur 2 bulan.

Friday, November 27, 2009

Teknik menggosok gigi untuk kanak-kanak Cebral Palsy

26 Nov. 2009, babang Anas ada dental dan terapi appointment @ hosp. Serdang. Kali kedua anas berjumpa dentist. Walaupun setelah sekian lama (5 tahun) baru jumpa tapi sebenarnya gigi anas dijaga rapi terutama oleh Papa (mama biasanya teori, papa praktikalnya). Jururawat dirumah ialah makbik. Tapi tak bertauliah.

Penjagaan gigi wajib (tidak boleh tidak) bagi kanak-kanak CP yang berpenyakit jantung. Kuman dari gigi yang rosak boleh menyebabkan jangkitan di jantung. Penjagaan gigi juga bagi pastikan gigi susu dapat diguna selama yang boleh sebelum diganti gigi kekal. Lagipun, kalau gigi bersih, mulut babang anas berbau wangi selalu....hensem lagi.

Bila baru tumbuh gigi 5 tahun yg lalu, anas gosok gigi guna berus gigi lembut (sarung di jari). Tapi bila dah besar, agak susah sebab selalu mama, papa, n bibik kena gigit. Normallah suatu masa dulu setiap pagi n petang dengar jeritan orang kena gigit dgn babang.


Zaman dah berubah. Sebab gigi dah penuh dan risiko kena gigit lagi tinggi, gigi babang digosok dengan berus gigi berbateri. Mudah dan berkesan. Sebatang RM27/- brand watson. Nampaknya ini yang sesuai berbanding brand lain sebab struktur kepala berusnya. Selain bersihkan gigi, berus gigi ni secara tak langsung belakukan terapi utk babang menelan, mengunyah, dan mengawal air liur (sebab getaran di bahagian pipi). Gigi bersih, air liur dapat dikawal dan yang penting juga babang dah pandai mengunyah.


Masalahnya sekarang, bahagian kiri badan babang agak pasif. Kunyahan pun banyak guna geraham kanan menyebabkan gigi haus (lagipun babang suka gesel gigi). Jadi 26 Nov. lepas, tiga lubang digigi babang dah dikesan. Dua dah tampal, 1 tak boleh. Doktor maklumkan geraham kanan tidak boleh ditampal lagi. Tapi bulan Feb. 2010, doktor gigi akan buatkan special plat utk alas geraham babang tu. Jadi penjagaan gigi perlu digandakan.

Nampaknya, sejak kebelakangan ni gigi babang agak tidak bersih. Papa n mama sangat sibuk, bibik pun dengan adik amat dan kakak yang bijak tapi nakal. Gusi babang dah merah. Nak tak nak, kena luangkan masa juga utk mama n papa gosok igi babang (selalunya papa). Bila lihat cara dr gigi rawat babang, kami dapat idea bagaimana nak pastikan babang sentiasa buka mulut dan air liur dapat dikurangkan semasa menggosok gigi. Caranya:

Sengkang gulungan kain atau towel kecil dibahagian antara gigi atas dan bawah bahagian tepi mulut patient. Pastikan guna kain yang lembut tetapi dapat dibuka mulut walaupun digigit kuat.


Gosok gigi sambil menyanyi la..la..la...gigi babang bersih..la..la..la..
Nampaknya patient kita pun khayal. Tujuan kain disengkang supaya pulut tak tertutup atau gigit jari. Tambahan fungsi kain untuk menyerap air liur + ubat gigi dari meleleh keluar.
Gosok lagi sambil menyanyi la..la..la...
Gosok sampai puas hati tahap kebersihannya.

Senangkan?






Wednesday, November 18, 2009

Jangan bersedih wahai mualim

Buat teman rakan dan taulan, juga saudara sepertalian
Jika anda seorang mualim
Atau impikan sebagai seorang mualim

Jika ada berita yang kurang menggembirakan janganlah bersedih
Kerana semua ada hikmah yang tersembunyi
Kita merancang, tetapi perancangan Allah lagi Maha Hebat
Banyakkan zikir, meminta pada-Nya
Kerana rezeki ditangan Yang Maha Esa

Dr. A bukanlah ustazah, maupun cendekiawan agama
Tapi pengalaman banyak mengajar untuk dikongsi kepada yang sudi
Cebisan nasihat hanyalah pedoman untuk tidak melalaikan hati
Kekalkan warisan sebagai mualim bukan murrabi
Jadilah pendidik bukan guru yang hanya menyampai dan mengira gaji bila tiba waktu
Kita mendidik jiwa dan minda
Kepada mereka yang dahaga dan memerlukan

Untuk mualim di menara gading
Jangan pula upah jadi belenggu
Mintalah pada Yang Maha Mencipta bukan yang dicipta
Kerana ganjaran Allah lebih baik daripadanya

Jangan bersedih wahai mualim
Rezekimu ada walau dimana
Luangkan masa Dhuhamu saudara
Mudahan Allah memberi yang terbaik dari yang dipinta.

Tuesday, November 17, 2009

Percutian di PD

Babang Anas

Jeng..jeng..mak bik dgn amat


Eh, kakak nak pergi mana?

Babang, bibik, amat, mama pun sama..




Ooo...di sini rupanya.
Residence Desa Lagoon Resort, Port Dickson


Perjalanan nan jauh


Merenung masa yang panjang

Sehati berdansa..eh, silap. Sehati bergambar.

Kakak Neha dgn papan luncurnya

Sunday, November 8, 2009

Penghujung Okt 2009

Kawan kakak. Namanya Gibbon. "Hello, boleh awak jadi kawan saya?"

Model kanak-kanak hilyah



Kakak dtg lagi ke the mines kira ikan keli..



Monday, October 26, 2009

Bila waktu telah berakhir



Sebagai Penyelidik Sains Sosial, kerja lapangan perkara biasa. Penyelidik perlu berada di makmal semasa proses pengumpulan data. Di mana makmal Penyelidik Sains Sosial? Pentas dunia adalah makmalnya, dan manusia subjek analisisnya. Kadangkala (seringkali) walaupun tiada penyelidikan formal, tetapi 'research' sudah sebati dalam diri mama ANAZIHA ini.

Anak-anak, kenapa mama menulis tajuk ini? Ada cerita disebaliknya. Hanya satu rahsia mama ingin berkongsi.

"Dengan penyelidikan, kita dapat tahu banyak kebenaran". Sebab kita bercakap tentang sesuatu yang logik dan empiris. Bahkan dari hal sekecil seperti memilih kasut pun kita perlu melakukan sedikit kajian. Siapa yang nak guna kasut itu? Jenama apa? Kenapa pilih jenama ini? Apa beza dengan jenama lain? Untuk kegunaan apa? Bahan apa material kasut ini? Hinggalah hal sebesar-besarnya seperti hal kehidupan dan kematian.

Kenapa mama suka menyelidik?

Seronok bila melakukan penyelidikan. Membina proposal, melaksanakannya, menganalisis, melapor, membentang hasil. Asyik seperti seorang penari menari di atas pentas tarian, seorang chef handalan memasak di dapur sajian istana, dan seorang nakhoda di atas pelayarannya. Tetapi bukanlah syok sendiri yang dimaksudkan.

Bagaimana?

Bayangkan, hasil penyelidikan mama dapat menyumbang kualiti hidup 147,000 Orang Asli di Malaysia. Dengan penyelidikan juga, mama dapat menyumbang kepada kesejahteraan kanak-kanak (1/3 populasi di M'sia adalah kanak-kanak). Para nelayan, petani, bahkan bekas banduan dan penagih yang pulih punya rasa diterima masyarakat.

Tetapi hari ini mama rasa sangat sedih. Begitu ramai remaja terlibat kes delinkuen dan jenayah. Itu perkara biasa. Tapi salahlaku seksual? Kes buang anak dan remaja lahirkan anak luar nikah semakin meningkat saban hari. Dadah? Bayangkan, remaja ini suatu hari akan menjadi ibubapa. Bagaimana ibubapa pada masa akan datang? Dan anak-anak yang dilahir itu pula akan menjadi remaja. Bagaimana dunia akan datang? Sedang yang mengaji agama pun banyak juga terbabas.

Ya. Kadangkala research ada honorariumnya (jika konsultansi) dan KPI. Dan ada juga penyelidikan fisabilillah (tidak mengharap ganjaran $$ dan pangkat). Yang ini biar Allah yang bayar kerana ganjaran Allah beri lebih besar daripada yang manusia beri. Pilihan yang kedua ini adalah yang terbaik. Mudahan ada sesuatu yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan generasi masa hadapan. Marilah kita mulakan dengan diri kita. Kita menyelidik "Dari mana kita datang. Dimana kita sekarang. Dan kemana selepas ini."

Semasa mama menjadi Peg. Penyelidik dahulu, mama banyak out-station. Babang selalu terpaksa ditinggal. Kali pertama pengumpulan data di Sik, Kedah, sebaik sahaja kereta diparkir kediaman, mama dapat panggilan daripada papa babang demam panas. Hendak pulang semula? Letih, drive non stop dari KL ke Sik. Babang di Melaka bersama papa. Tawakal. Papa kata teruskan kerja. Kajian perlu diteruskan.

Kakak pula membesar sejak dari kandungan hingga lahir, bersama aktiviti penyelidikan. Mungkin kerana itu, nampak lain sedikit daripada kanak-kanak seusia dengannya. Jumpa kanak-kanak asli, kakak rasa seronok jumpa kekawan.

Zafran pula, seusai lahir saja bertubi-tubi sms tentang research. Bahkan tidak sampai 8 jam melahirkan Zafran, meeting penyelidikan dijalankan diwad hospital! Cuti bersalin? Rasanya tiada walaupun ada.

Hmm..itu semua cerita ceriti mama sepanjang menjadi researcher. Entah kenapa, mama memilih untuk menulis cerita ini sedangkan boleh memilih untuk tidak menulis.

Jawapannya: disudut hati ada banyak rahsia.

Wednesday, October 21, 2009

Intai-mengintai (Skodeng)


Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan.
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Mengintai pembinaan show house De'Siran di Enstek, end lot. Tengok tak kena bayar pun... so kita orang pergi le tengok... manalah tahu kan... melekat.

Pelan lantai tingkat atas.

Pelan lantai tingkat bawah (ada taman 'courtyard' dlm rumah).

Ilustrasi rumah contoh De'Siran... ala-ala bunglo. End lot dengan keluasan binaan minima 2326 kaki persegi. Keluasan tanah 75" x 34" kaki. Developer siap sediakan pagar batu, dan rumput disekeliling rumah (warna hijau). Tak pernah jumpa design macam ni punya mantap selama kita orang pergi tengok taman-taman perumahan sebelum ni dengan harga... sangat-sangat kompetitif (tak pasti mampu ke tak tapi memang tiptop). Developer adalah TH Properties... anak syarikat Tabung Haji... stabil rasanya.

De'Siran pandangan sisi belakang

De'Siran pandangan sisi.


Teres 1 1/2 tingkat.

Teres setingkat


Antara rumah yang sudah dimiliki pembeli samada utk duduk atau investment. Rumah di sini punya design yang futuristik, finishing yang halus dan kemas, persekitaran hijau serta harga yang berpatutan pasaran semasa. Sekolah rendah dan sekolah menengah hanya beberapa km sahaja dan 10 minit dari LCCT dan KLIA. Menarik bukan...

Adakah kami akan menjadi sebahagian dari komuniti di sana?? Ada rezeki, Insya Allah.........

Sapa nak tengok... jom ke http://www.th-properties.com/