Monday, November 29, 2010

Tiba-tiba teringat babang Anas

Sekarang jam 5.51 pm. Belum habis tanda skrip jawapan pelajar. Mama akan balik lewat.
Sambil mendengar lagu nasyid kumpulan Mirwana dan ayat-ayat quran daripada youtube.

Tiba-tiba teringat babang Anas.

Sepatutnya pada masa ini babang Anas sibuk mencuba pakaian sekolah. Mama dan papa orang lain tentu excited bila anak pertama akan bersekolah.

Babang Anas tahun 2011 akan masuk 7 tahun. Bermakna darjah 1.

Tapi, babang Anas tak akan shopping pakaian sekolah, buku dan alatulis!

Babang akan duduk di rumah dan mama & papa akan cuba sediakan yang terbaik agar babang Anas tidak bosan...

Tuesday, November 16, 2010

Selamat aidiladha dan refresh diri

AllahuAkhbar..AllahuAkhbar..AllahuAkbar.
Tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah Yang Maha Besar
Allah Maha Besar..Allah Maha Besar..Allah Maha Besar.


Salam aidiladha buat semua muslimin dan muslimat.
Selamat menunaikan ibadah korban.
Selamat juga kepada semua bakal haji dan hajjah di Tanah Suci. Kepada Atok Mak; moga atok mendapat haji yang mabrur.
Selamat menjadi anak-anak yang cerdik juga kepada ANAZIHA.

Kepada babang Anas, kakak dan Che Mat,
Untuk pengetahuan anak-anak sekelian, hari raya korban adalah sangat istimewa untuk kita meraikannya. Sebab di sini banyak kisah dan sejarah yang mengingatkan kita kepada pengorbanan para nabi dan rasul terutama nabi Ibrahim dan Ismail pada suatu masa dahulu. Di rak buku ada koleksi kisah para nabi. Nanti kalian dah pandai baca boleh baca semua buku-buku tu.

Hari raya korban juga adalah ulangtahun kelahiran dan 'kepulangan' salah seorang ahli keluarga kita iaitu anak mama dan papa yang pertama dan abang sulung kalian iaitu Allahyarham Ahmad Farhan. Kira-kira lapan tahun yang lalu, ketika saja takbir raya didengarkan, Abang Farhan lahir dan meninggal dunia. Sebenarnya, bukan abang Farhan meninggalkan dunia, tetapi dia mendapat lesen besar untuk terus menuju ke tempat yang semua orang inginkan pada hari manusia dibangkitkan nanti iaitu taman-taman al-firdausi. Walaupun Farhan telah lama pergi, tetapi mama dan papa tetap merasa Farhan ada di samping kami. Cuma, minta maaf sebab selalunya kalau sesiapa tanya ada berapa orang anak, kami akan menjawab '3'. Sebab kalau jawab 4 dan 1 telah meninggal, kami sudah penat nak menjawab sebab-sebab dan sejarahnya. Lagipun setiap ke mana-mana mama dan papa pun dah penat menjawab tentang sejarah kesihatan babang Anas. Tak pa..Farhan di sana doakan adik Anas sejahtera selalu sebab adik Anas juga telah mendapat lesen bermain di taman firdausi tu. Doakan juga agar mama dan papa menjadi superwomen dan superman dalam menghadapi ketentuan ini. Kakak dan Che Mat nak jadi apa? Hmm..kakak kata dia nak jadi Princess dan Che Mat jadi Ben10.

Tidak kisahlah nak jadi apa pun. Tapi jangan jadi watak yang dibenci Allah dan Rasullullah. Menjelang hari raya korban ni, sekali lagi refresh diri untuk menjadi yang lebih baik daripada semalam. Semoga semua amalan diterima dan termasuk dalam senarai penerima lesen ke taman firdausi.