hari ini seharian bersama Anas. Medical check-up di IJN sekali setiap 6 bulan. Teringat pula peristiwa 3 1/2 tahun yang lalu ketika berkampung sebulan di IJN semasa Anas menjalani BT shunt. Sedih bila terkenang kesakitan pada baby. Harapnya tiub yang Anas guna dapat bertahan lagi lama, dan epilepsy boleh dikawal.
Lepas jumpa dr di IJN, terus ke Pusat Hyperbaric, Titiwangsa. Dapatkan penjelasan tentang proses terapi oksigen untuk Anas. Ok. Alhamdulillah, nampaknya boleh dicuba kaedah ini.
Ada juga orang tanya, kenapa belanja banyak untuk anak? Pelik pun ada. Bukannya kita minta duit diapun. Tapi saya respect pada seorang kakak Chinese ketika survey wheel chair Anas. Kakak tu kata:
Beli saja la (wheel chair tu RM3800). Apa lagi kita bole bagi sama dia (anak istimewa)? Dia tak pandai minta apa-apa. You belikan kereta anak, nanti you dapat BMW.Eh, betul pula kata kakak tu. Belikan kereta anak, dapat AVANZA pun ok. Very convenient MPV. So, balik pada cerita asal, kalau orang tanya, saya pun jawab macam kakak Chinese tu jawab.
Itu lah. Kadangkala kita ni sibuk je kerje. Kadangkala sibuk sangat cari duit. Tapi pelik pula, kata duit untuk anak-anak. Tapi ada juga orang yang kedekut pada anak. Teringat kata-kata imam Ghazali.."kalau berkira pada anak, bila anak tu dewasa dia akan berkira dengan ibu bapanya". Wallahu alam.