Wednesday, June 24, 2009

Cari sekolah utk babang.....

Sejak kebelakangan ni agak sibuk. Tak sempat up-date blog. Tapi tak pa la....dadek n babang pun tak tau baca blog mama lagi.

Mama sibuk sebab apa?

Kerja ofis..dah biasa. Research, publication..etc.

Rumah..walaupun ada bibik..ye lah bibik pun manusia biasa. Perlu rehat. Bibik sihat, orang dlm rumah pun sihat......

Dadek..sebab dadek terlalu advance daripada umur biologinya.....mama n papa memang kena lebih perhatian pada dadek yang kebelakangan ni dah berapa kotak crayon/colour pencil dan buku bertukar ganti. Kadang2 penat juga sampai kena upah dia RM1 kalau dapat senyap 5 minit. Nasib baik juga ada cerita ceplos kat TV. Kalau tak henti bercakap terutama waktu nak tidur, boleh lah takutkan dgn ceplos. Tak baik juga dari segi psiko. Tapi boleh lah juga digunakan tektik ni...

Babang...selain dadek babang pun perlu perhatian lebih lagi. Terutama sejak kebelakangan ni dah pandai merajuk. Jangan ingat kanak-kanak CP tidak berperasaan.

Bercakap tentang babang, Insya Allah dalam masa yang terdekat kita akan tahu babang dapat sekolah di mana. Mama sdg usahakan maklumat PDK mana yang bersesuaian dgn babang. Ha..ini lah yang mama sibukkan minggu ni........harap dapat jumpa pegawai yang profesional dan berintegriti. Tak seperti entry yang lepas..

Thursday, June 4, 2009

Update memori lama....

Now at 1.27 p.m. Penat mengadap dpn komputer. Dari minggu lepas mengedit buku baru. Mm..target yang satu ni siap Jun. Ada beberapa lagi yang dah tersenarai. Penat. Rehat sekejap.

Apa ada dalam laptop ni??Belek-belek..ha jumpa foto-foto lama. Tahun 2004. Lagu pula semua evergreen. Bila lihat gambar-gambar ni teringat kenangan lalu. Kalau babang n dadek nak tahu, mama memang suka lihat dan kenang kembali kenangan lepas. Terutama semasa di zaman kanak-kanak. Seronok.. dapat bersama adik-beradik. Atok mak, atok mak ayah. Sekarang ni semua dah ada keluarga dan kehidupan masing-masing. Tapi banyak yang tak terakam sebab masa tu tak de kamera digital. Nak ambil gambar tak boleh silap. Rugilah kalau cuci tak elok. Cuma rakam dalam kepala saja. Mm..ni gambar tahun 2004.
Eh! Sapa ni? Anak cina ke yipun? La..babang rupanya.

babang n papa. Mana mama? Raya 2004

Tengah tu, ayah atok mak. Aik, babang menangis???


Mak tam, acik, mak atok mak, mama.

Amboi-amboi...dua orang tu....

Eh, pak uda pun ada...Tengok tu pak an tengah sibuk kemas barang nak pi Mesir
Atok mak ayah...

Papa n pak an


Cewah...pak long, pak uda, pak usu..pak uncut, mak long, eh semua ada...nak hantar pak an ....
Ok.....to be continue....

Wednesday, June 3, 2009

Bersantai saja..

Babang nak makan lah bibik...

Ini pokok saya...dadek n cactus

Babang senyum lah...


Oh..ni dadek yang snap....


Hai...

Si fotogenik

rumahku syurgaku

Introduction.... Mamut kesayangan dadek. Dia lah yang ambil gambar ni.
Pokok Odenium atau mawar gurun kesayangan mama. Gambar ni dadek juga yang ambil. Ha..ada talent?



Pond hand made by papa special for babang. Water therapy, bauan wangi bunga melur, ytt, warna warni tanaman, dan tekstur fizikal sesuai utk therapy pancaindera babang dan seisi rumah.


Ini lah rumah kami mama n papa sediakan



Di sinilah tempatnya selalu mama, papa, dadek, babang & bibik menghabiskan masa setiap petang dan hujung minggu.













Tuesday, June 2, 2009

Mereka tak berhak merampas emosi kami..OKU

1 dan 2 Jun lawatan industri di PD, Tampin, Rembau, dan sekitar Seremban. Papa jadi driver mama. Tidak menginap la. Sejak ke belakangan ni pun mama dah kurang buat kerja ofis di rumah, & hujung minggu masa sepenuhnya utk anas n dadek. Papa pun sama. Selesailah tugas lawatan seliaan tu, terus ke Putrajaya. Jumpa pegawai di JKM. Pastinya bukan PKMD. Mungkin Pembantu Peg. Tujuan kami datang utk dapat khidmat nasihat apa yang boleh dibantu pada babang anas. Lagipun ini lah masa yang ada dalam kesibukan.

"Ya, boleh saya bantu?"
"Mmm..kami ni nak bertanya tentang manfaat yang diperolehi anak OKU. terutama Cebral Palsy yang ada masalah penyakit kronik (jantung & epilepsy)."
"Berapa umur anak?"
"Lima tahun".
"Jadi apa yang saya boleh bantu".
"Bantu kami dari segi informasi dan kemudahan yang budak ini boleh perolehi. Anak kami OKU tak seperti OKU lain. Dia terlantar di rumah. Tak boleh hantar PDK sebab parents bekerja. Susahlah nak time slip saja. Lagi pun setiap dua minggu buat terapi di Hosp. Serdang. Tiap bulan ke HKL. Tiap enam bulan ke IJN. Belum lagi rawatan dari masa ke semasa sebab dia selalu tak sihat."
"Ye, saya faham keadaan encik. OKU terlantar memang ada peruntukan. Tapi encik/puan berdua pendapatan berapa?"
"RMxxxx."
"Oh, maaf lah. Gaji encik berdua lebih tiga ribu daripada yang disyaratkan. Dari segi elaun tu saya tak dapat bantu."
"Ye, lah. Jika lihat gaji memang mcm tu. Apa reason lihat pada gaji? Jaga OKU bukan mcm jaga kanak-kanak biasa. Lagi yang mcm anak saya ni. Kami kerusi roda pun tak dapat bantuan. Ubat epilepsy pun kami beli sendiri " Papa dalam keadaan marah. Biasalah papa darah tinggi.

Mama ni nasib baik darah rendah. Cuma berkata-kata dalam hati saja. ..(Pernah minta tapi majikan tolak. Alasan: Hanya alat bantuan yang tertanam dalam badan je boleh dibantu. Maju ke JKM, alasan, bagilah yang layak.)

Papa sambung lagi. "Kalau gaji RM3000 ada anak sorang dengan anak lima orang sama ke?Kriteria apa yang diguna pakai?"

"O..itu pun kita lihat. Macam ni lah. Ramai orang yang tak faham. Memang menteri kata ada peruntukan. Tapi bukan semua akan dapat. Kita akan siasat dulu. Lagi satu, saya sebenarnya tak setuju menteri kata kalau ada kereta dan astro pun boleh dapat bantuan."

"Apa pulak kaitannya? Bukan kereta satu keperluan?" Papa marah.

"Dengar dulu saya cakap. Kalau sebulan boleh habis RM300 bayar installment kereta, dan bil astro RM50, kan lebih baik duit tu guna untuk anak yang sakit?"

"Awak yang dengar saya cakap. Memadai ke dengan RM300 tu kita guna untuk hantar anak pergi balik hospital? Sebulan tiga kali pi hospital. Belum kes kecemasan. Saya tak tau lah awak ni betul2 faham atau tidak? Boleh awak bayangkan bawa anak OKU guna pengangkutan awam yan entah apa2 keadaannya di Malaysia ni? Kami ni tanya bantuan kalau ada untuk dia sama ada elaun sekuarng-kurangnya boleh meringankan sedikit dan bukan untuk parents. Tapi simpanan budak ni kalau kami tiada (memanglah kami ni pekerja kerajaan ada pencen. Tapi mcmmana yang bukan?)

"Oh..yang saya kata tu jika anak OKU tak pa lah kalau ada kereta. Tapi kalau orang miskin nak minta bantuan..." Cepat-cepat PPeg. tu potong cakap papa.

Dalam hati mama..hai betapa bodohnya orang depan ni. Tak guna bertengkar kalau dia tak guna fakta. Jawab hanya guna logik pada persepsi dia yang memang rendah pemikiran. Jadi tak boleh lah kami tanya tentang kemudahan kalau nak ubahsuai kenderan utk babang. Cadangnya nak modified naza tu bagi hidraulik supaya kereta roda babang boleh naik turun selesa. Kalau aku sebut tiga kereta ..hai lagi lah. Astro tu apa pulak kaitannya? Apa orang yang minta bantuan tak berhak ke nikmati rancangan education. Oh..aku lupa. Dia cakap melalui pengalaman. Mungkin bagi dia Astro hanya hiburan. Sebab dia (mungkin) lebih pentingkan hiburan. Tapi kalau betul pun, apa orang OKU pun tak berhak dapat hiburan ke???Kesian nya orang yang kurang upaya. Rupa-rupa nya begini pandangan frontliner yang sepatutnya membantu mereka.

"Jadi apa keistimewaan kad OKU ini? Apa yang budak ni boleh dapat?Selama ini kami cuma guna sebab nak dapat parking OKU je bile bawa dia bersama. Sticker pun buat sendiri. Kat kedai tak ada."

"Oh, sticker memang kena beli atau buat sendiri. Kami tak beri. Mcm nilah. Saya memang faham keadaan encik berdua. Tapi saya tak dapat buat apa pasal gaji tu. Ni kad tak nak tukar baru ke? Dah lain sekarang kad ni. Pasal bantuan, tak ada apa yang kami boleh bantu"

"Eh, buat apa tukar kalau kad ni tk membantu?"

"Sapa kata tak membantu? Sangat membantu bila ibu bapa dah meninggal"

Dalam hati. Bengap juga orang ni. Bukan tadi papa dah tanya jaminan bila ibubapa meninggal.
Tiba-tiba mama & papa sangat sedih. Bukan sebab tak dapat bantuan elaun tu. Tapi rupa-rupanya memang tiada apa yang istimewa yang babang boleh dapat. Atau mungkin bukan masalah JKM. Mama yakin sikap pegawai yang malas tu..tak guna bertengkar dengan orang IQ sebegini. Dia tak de hak merampas emosi kami. Mm..sesiapa pun tak berhak.

"Tak apa lah. Kami ni bukannya nak minta elaun tu semata-mata. Itu kalau dapat. Tapi kami cuma nak tau apa yang anak kami boleh dapat. Nampaknya JKM tak boleh beri apa-apa."

Kami berdua keluar meninggalkan pejabat tu tanpa memberi salam. Hati sangat kecewa dengan layanan dan jawapan. Sekurang-kurangnya ini pun satu pengalaman aku dapat. Yang pasti, akan menyusul satu research daripada pengalaman ini.

Aku dalam hati hanya berdoa, "Ya Allah. Ini lah cabarannya kami menjaga anak istimewa. Sangat susahkah manusia ni nak bersimpati. Anak ini beruntung kerana dapat penjaga seperti kami. Tapi bagaimana dengan anak-anak CP yang lain? Tak kira lah ibu bapa mampu atau tidak. Tapi jika mereka itu ada hak beri saja lah. Apalah lagi yang kita boleh beri pada budak seperti ini ? Janganlan hina pula ibu bapa yang mampu seolah-oleh kami ni pengemis. Sesungguhnya kami rasa sangat terhina dengan gelagat dan kata-kata orang-orang seperti ini. Entah lah. Ya Allah. Aku ni bukan berniat jahat. Tapi seandainya dengan ada anak OKU dapat menginsafkan orang-orang seperti ini supaya mereka lebih memahami penderitaan perasaan kami, melaksanakan kerja sebagai amanah dan ibadat, aku doakan supaya suatu hari nanti dia ada anak atau cucu OKU."

Ya..tak tau lah kenapa tiba-tiba terdoa sebegitu. Sebenarnya balik saja rumah kami berdua termenung. Teringat peristiwa demi peristiwa yang kami alami sejak dari 5 tahun dulu. Pernah mama kena maki hamun Doktor sebab tukar hospital.

Masa tu mama baru tolak babang masuk bilik Dr.

Belum sempat beri salam. "Ha..ibu bapa selalunya kalau tak suka hospital tu senang-senang je komplain. Lepas tu tukar hospital. Nanti tak suka tukar hospital lain". Terkejut mama sebab tiba-tiba saja. Mama hanya diam (dalam keadaan sedih). Tidak boleh bercakap sebab terlalu sebak. Tak menjawab juga sebab Doktor tu muka macam mak uda babang. Doktor tu terus membebel sambil mama berdiri pegang kerusi roda babang.

Mama terus dia. Dalam hati hanya berzikir. Allah Maha Tahu. Engkaulah Tuhan yang berada disisi dikala aku susah dan senang. Engkau lah yang menguji kami dengan ujian sebegini. Kasihanilah kami. Kasihanilah juga Doktor yang didepan kami ni.

Mama terus diam. Akhirnya doktor juga terdiam bila ternampak kad staf mama.

"O..maafkan saya. Saya tadi penat sangat. Puan kerja di xxxx ke? Maaf lah. Ramai sangat kes sebegini."

"Tak apalah...saya dah biasa situasi sebegini". Hampir bergenang air mata sambil mama betulkan towel babang lap air liur babang. Doktor tu juga kelihatan merah matanya.

"Sebenarnya, saya pindah hospital ni sebab saya nak satukan hospital anak saya. Mana yang boleh dicentralize saya cuba usahakan. Maklumlah, terapi di hospital lain. Neuro, hospital lain. Jantung, hospital lain. Perkembangan dia pula hospital lain. Mana dengan dental treatment dia. Itu pun telinga saya terpaksa buat di swasta. Jadi mana yang boleh disatukan tu saya minta jasa baik hospital satukan sebab suami saya bekerja di melaka. Rumah saya dulu pun jauh. Jadi tahun ni saya pun pindah rumah yang berdekatan dengan hospital ni semata-mata utk anak saya ni. Rumah saya tu saya sewakan dan sekarang saya sewa dirumah orang lain. Lagipun, bibik kami selalu bertukar (lari). Mudah saya monitor kalau kecemasan dan kerja saya tak terganggu."

Doktor hanya diam tunduk. Mata merah.
"Baiklah..puan jika ada masalah beritahulah saja. saya boleh bantu"

"Tak apa lah...cuma ramai yang tak berapa faham keadaan kami ni. Terima kasih lah" Mama tolak babang keluar hbilik doktor dengan pelbagai perasaan yang utamanya sebak lah. Doktor tu... biar lah. Sapa-sapa pun akan dapat ganjaran masing-masing.

Mmm..banyak lagi cerita. Watak demi watak keluar kembali dalam fikiran. Tak perlu lah cerita di sini. Sekadar saja meluahkan kesedihan. Tapi, bak kata papa,..kat rumah mesti semua..ceria..ceria..