Friday, January 29, 2010

Kenapa lama tak update?

Kenapa tak up-date? Mama n papa sibuk lah kakak..
Papa pun dah mula sambung belajar. Mama kerja biasa yg luar biasa juga. 7 hari seminggu.
Kakak? Dah masuk minggu ketiga kakak di kindergarden. Alhamdulillah, ada keserasian. Minggu 1 ok. Excited. Minggu 2, dah pandai buat byk alasan tak nak ke sekolah. Sebelum hantar ke school, tiap pagi perlu pusing jusco untuk tunjuk kedai tak buka lagi. Masuk minggu ke 3, tiap petang kena bawa coklat utk hadiah jika tak menangis di school.
Che Mat? Dah masuk lima bulan. Naik walker laju saja ke sana ke sini. Insya Allah, cuti raya Cina ni kenduri akikah Che Mat dgn sepupu-sepupunya di Kg. Sg Balang.
Babang? Sihat...suka dengar suara mengaji Quran.
Makbik? Insya Allah, sedang diusahakan pembantu untuknya.
Kenapa tak up-date?
Sebenarnya banyak up-date info di facebook. Itupun jika ada masa yang sesuai.
Lagipun, apa nak tulis di sini? Kadang-kadang lebih baik diam daripada berkata-kata.....
Di kedai laksa n abc, Sg. Petani Kedah

Sg. Petani, Kedah


Monday, January 11, 2010

Tiada berita terkini

Salam.....

Tiada berita terkini. Cumanya ANAZIHA baru pulih dari batuk, selsema, demam, muntah, n cirit.

Sabtu lepas, pulang sebentar ke kg. jumpa atok ayah n atok mak. Alhamdulillah dua-dua sihat orang tua. Balik hari sebab babang tidak tidur dah 2 hari. Matanya terkebil-kebil. Mama n papa takut babang demam lagi dan menigitis macam tahun lepas. Alhamdullillah juga, semasa mama baca surah al-baqarah babang diam dan tertidur juga akhirnya.

Jika lama tak up-date blog, maknanya mama ANAZIHA terlalu sibuk dengan urusan di pejabat dan balik rumah utk berehat dan menghabiskan masa dengan ANAZIHA. Lagipun, mama banyak buka facebook utk update cerita daripada kawan-kawan lama dan adik-beradik mama.

Sunday, January 3, 2010

Tahun baru di Hospital Serdang

Tak terlewat rasanya utk ucapkan salam maal hijrah dan selamat tahun baru masihi.
Macam biasa, setiap tahun dan setiap hari adalah sama bagi keluarga ANAZIHA. Cuma setiap hari dirasakan lebih baik dari semalam.
Pertama kalinya, tahun ini baru nak menghayati apa itu sambutan tahun baru? Itu pun semasa mama menemankan kakak sekejap di hospital ganti papa solat Jumaat, mama terdengar ramai org sekeliling katil kakak cerita tt sambutan tahun baru. Nenek dpn katil kakak tu katanya pergi menyambut tahun baru di Dataran Merdeka hingga 3-4 pagi. masing-masing sibuk pula bertalipon bertanya khabar dan berbual tentang sambutan tahun baru. Sebenarnya bukan nak menghayati tahun baru. Tapi cuba memahami kenapa org sambut tahun baru. Mama pelik lah sebab sambutan maal hijrah tidaklah sehebat sambutan tahun baru masihi. Teringat semasa kecil-kecil dahulu, mama adik beradik dan atok mak selalu menunggu maal hijrah utk baca doa akhir dan awal tahun bersama. Atok mak akan masakkan masakan yang lain daripada selalu. dan bila tiba hari ashura, kami berpuasa dan pastinya ada bubur lambuk..mm..sedapnya dan seronoknya..
Tak kisahlah jika orang nak sambut tahun baru tu..Yang nak diceritakan pengalaman ANAZIHA diakhir 2009 dan di awal 2010. Kakak pada 31 Dec 2009 muntah-muntah dan terpaksa dihantar ke hospital. Itu pun sebab kakak tak nak makan n minum sebab fobia takut muntah. Kali pertama kakak admitted setelah 3 tahun yang lalu. Kali terakhir kakak masuk wad Hosp. Pantai Ayer Keroh, Melaka kerana jaundis. Dr kerajaan kata tak teruk, tapi mama n papa minta dimasukkan juga ke wad. Kerana Naziha adalah satu-satunya anak kami selepas babang. Mama n papa juga minta pakar paedriatik check dgn teliti kesihatan kakak sejak dari kandungan lagi.
Balik pada cerita kakak, sampai hosp. Serdang kami tunggu 4 jam (dari 12 mlm hingga 4 pagi utk selesai semua urusan hingga masuk wad dan kakak tidur). Kakak menangis menjerit sekuatnya bila Dr pasang jarum di tangan. Yang tunggu di Hospital, papa. Mama terpaksa balik sebab ada kelas pada jam 10pg. Minggu pertama kuliah. Habis kelas terus saja mama ke hospital jumpa kakak n papa. Kemudian mama beli segala jenis persediaan perubatan utk babang dan che mat. Biasanya ANAZIHA akan berjangkit. Yang paling takut jika jangkit pada babang.
Balik umah, Che Mat demam dan cirit birit. Mama bawa Che Mat ke klinik. Semalaman bergantian dgn bibik menjaga Che Mat yang tak selesa dgn keadaannya. Babang ok saja, aktif.
1 Jan 2010, kakak discharged. Tapi sebaik tiba saja dirumah kakak muntah. Babang pula suhu badan meningkat 39 darjah. Babang demam.........harapnya tak teruklah. Kalau Kakak n Che Mat boleh tahan lagi, tapi kalau babang...macammana lah kalau bertambah teruk. Sebolehnya jangan sampai dihantar ke hospital. Pada awalnya babang sangat lemah. Tapi bila dipujuk-pujuk minum susu dan makan bubur, Alhamdulillah. Nampak bertenaga. Dalam masa sehari, demam babang dah kebah. Maghrib, Che Mat pula suhu badan naik lagi. Hm...bila semua nak pulih ni?
Ini gambar kakak semasa di hospital............
Moody. Kakak moody tangan kena pasang drip.

Sian...kakak kata "Habis darah kakak kena sedut dgn Dr. Kurus dah kakak"

Boleh gagah lagi jalan-jalan cari kawan


Hai..carilah saya..



Hadiah keluar hospital. Pilih sendiri, tapi kakak rambang mata.


Di Toy City, Alamanda.