Saturday, August 21, 2010

Dodoi pesanan

dengarlah ini
dodoian kasih ... meniti tidurmu
biar ku ayunkan buaian cinta ...tanda bahagia

telah hadir...mu insan ketiga
memberi cahaya
ku tatang bagai minyak yang penuh...tanda berharga

tidur lah..tidur biar lena
dengan dodoian kasih ini
nanti bila terjaga..dapat kau jadi insan berguna
tidurlah..tidur biar lena
dengan alunan cinta dihati
nanti bila dewasa..dapat berbakti pada agama

dengarlah nasihatku
tanda kasihku padamu
jadilah insan
berbakti pada Tuhannya, tamak mengharap redhanya
biarkau jauh berkelana
mencari ilmu didada
nanti bila ku tiada..dapat kau beza
mana kaca mana permata
dunia penuh pancaroba..tersilap padahnya
jangan terburu kehendak nafsu
kerana ia teman yang palsu

tidurlah..tidur anakku..


______
ubahsuai sikit daripada lagu asal: Dodoi pesanan (As-Shoff)

Sunday, August 1, 2010

Makbik dah balik kampung (Indonesia). Cuti ibunya sakit. Agak serba salah untuk beri izin pulang. Sebulan setengah bukan masa yang pendek! Lebih-lebih lagi kami dah berpengalaman dengan hal bibik sebab dah lima kali bibik saling bertukar. Jika sudah balik Indonesia biasanya tidak akan pulang ke Malaysia.

Hmm...mama mengeluh panjang. Memanglah bukannya mudah nak jaga anak yang istimewa. Sebenarnya tak susah, tapi perlu lebih kesabaran. Sebab budak istimewa macam babang ni tak boleh lari sana sini sebab cuma boleh bergolek saja. Babang pun tak banyak mulut sebab tak pandai bercakap; dah 6 tahun kami menunggu babang boleh panggil nama 'mama' n 'papa'.

"Makbik, takpa lah. Makbik balik lah. Tapi tunggu urusan levinya selesai. Sebab nanti kalau cuti lama levi mati dah tak boleh masuk Malaysia. Makbik kena janji ya, jika tidak mahu kerja lagi mohon beritahu lebih awal. Tapi kalau makbik dapat bertahan dengan kami hingga lima tahun, umrahnya macam yang saya janjikan. Insya Allah, ibu bibik di sana pun Allah jaga sama spt makbik jaga babang."

"Terima kasih, makteh. Bibik memang mahu kerja lama. Cumanya terpaksa balik ibu bibik sakit. Takut tak sempat jumpa".

"Iya. Saya akan urus secepat mungkin tiketnya. Makbik dah boleh kemas barang dan beli apa bekalan nak dibawa pulang".

Hmm...tiba-tiba saya mama tertulis post ni. Pada hal dah seminggu makbik tiada. Dah seminggu adik amat tiap pagi bersama kakak mama hantar ke nursery dan ambil petangnya. Sementara papa buat kerja di rumah sambil menjaga babang. Alhamdulillah, nasib baik juga papa cuti belajar. Cuma agak kelam kabut bila tiba waktu jumaat. Mama akan bergegas balik supaya papa dapat solat jumaat, dan bergegas semula ke tempat kerja sebab ada kelas 2-4, sementara itu papa juga akan bersiap dengan babang dan kami akan bertukar kenderaan di tempat kerja mama sebab papa pula ada kelas jam 5.

Jumaat lepas, bersama babang, kami perlu ambil kakak dan amat di nurseri. Tiba-tiba hujan lebat hingga tiba di rumah. Mama dan kakak sama-sama berfikir macammana nak turunkan anak-anak yang satu tak boleh jalan, satu baru pandai jalan, dan satu walaupun boleh diharap tapi umurnya masih 4 tahun. Akhirnya, mama mohon kakak jaga adik-beradiknya sementara mama buka pintu pagar dan masukkan kereta. Baju mama sudah basah lecon. Mula-mula kakak turun dulu. Selepas semua pintu rumah dah dibuka, giliran babang pula. Alamak...kakak dah berpayung cuba nak buka pintu kereta, nak ambil adik katanya. Bergegas pula mama lari tarik kakak ke tepi sementara hujan masih lebat. Sekarang giliran adik amat pula. Adik cuma tersenyum bila nampak mama hulur tangan. Bila semua dah masuk ke rumah. Satu per satu, perlu bersihkan diri sebab dah kena air hujan.

Alhamdulillah, semua beres. Papa balik jam 8 mlm dan semua wangi-wangi belaka baru lepas mandi. Penat? Redha saja lah. Ini kan ujian dari Nya.