Wednesday, April 30, 2014

Anaziha jual telekung..



Alhamdulillah, inilah antara momentum kami sekeluarga setelah peninggalan Allahyarham babang Anas (nama sebenar Muhd. Nazhan). Buat masa ni, mama dan papa sedang merangka jihad ekonomi untuk membantu mereka yang senasib dengan arwah. Sesungguhnya, penjagaan ahli keluarga oku yang mempunyai penyakit kronik adalah sangat menguji kesabaran tahap tertinggi. Di sinilah kami (Anaziha) menerusi syarikat NazhanGlobal Ent. cuba sedayanya membantu selagi upaya.

Menjual telekung bermutu dan seronok dipakai. Buatan Malaysia. Jenis cotton dan jersy.

Buat masa ini, kerana ada tugas hakiki waktu siang, perniagaan kami secara kecil-kecilan dan berdasarkan kenalan. Online belum lagi (mungkin bermula hujung tahun setelah kedai di Bandar Baru Nilai siap). Mama sentiasa bawa telekung dalam bonet kereta. Setiap hari. Mudahan hasrat mempunyai pekerja dan kedai yg teratur dimakbulkan Allah swt.

Orang kata 'semakin jauh pergi, semakin rindu'. Moga rindu yg ada tak sia-sia.

Sunday, April 20, 2014

21 April 2014

Setahun yang lalu, jam 8.30 am Babang Anas menghembuskan nafas akhir dengan tenang. Mama, papa, bibik dan atok juga tenang. Cuma Amat tak faham apa itu meninggal dunia. Kakak cuba jadi kental. Delisya lagi tak kisah malah bersama mama, papa dan bibik mengiringi babang dalam van jenazah. Hari itu hari paling ceria utk Delisya dan dibawa hingga ke hari-hari mendatang.

Kematian itu sememangnya peristiwa yg sangat terkesan dari emosi kerana berpisah untuk selamanya. Apa lagi jika insan berkenaan sangat significan dalam hidup kita. Hari ini, setelah setahun.. dalam keluarga Anaziha. Adalah hari yang berbeza. Terasa semangat semakin membara untuk teruskan kehidupan ini. Kita ada misi yg sangat besar. Apakah misi itu? Hanya Anaziha saja tahu..

Tuesday, April 15, 2014

April 2013 - April 2014

Macam semuanya baru berlaku. 21 April ni genap setahun babang pergi. Dulu masa babang ada, mama selalu sebut 'Assalamualaikum babang..'. Tiap pagi bagun tidur dan tiap.petang balik kerja. Babang akan tercari-cari suara mama dan akan senyum bila mama agah. Selalu mama akan cium babang sampai rimas.

Sejak 21 April 2013, mama beri salam juga. Tapi di pusara babang. Dan kadangkala bila bersendirian mama akan beri salam juga pada babang dan hadiah fatihah. Bukan babang seorang. Pertama pada Rasulullah, kedua Farhan dan ketiga Babang Anas. Yang tak dapat dilihat hanya jasad. Tapi semangat dan ingatan tak pernah hilang. Bahkan mama semakin bersemangat utk melakukan apa saja kerja2 yang boleh bantu kanak2 yg senasib dengan babang.

Mama ada berita baik. Apa dia? Biar rahsia dulu. Dah betul2 jadi mama akan beritahu. Hihi.. anak mama yg hensem (Farhan & Anas), moga bahagia di taman2 syurga. Doakan kami dapat ke sana juga bertemu kalian.