Thursday, July 31, 2008

Anak-anak teman setia

Salam buat Anaz & Niha;

Anak-anak mama yang comel dan bersih
Terima kasih kerana menjadi teman setia
Dikala kami suka dan duka
Terima kasih kerana menjadi anak mama & papa
Beri kami peluang mengutip pahala di dunia
buat bekalan dihari muka
Menjaga kalian sebagai amanah Yang Esa
Mari bersama kita berdoa wahai anak
Agar Allah sentiasa merahmati kita
Menjadikan kita hamba yang setia
Merasa manis pada ujian
Rasa puas pada pengorbanan

Terima kasih juga pada Mu Allah, memberikan kami peluang untuk bersama
Tidak terucap lagi kasih padaMu.
Janganlah kami tergolong dalam hamba yang tidak berbakti.