Thursday, July 31, 2008

Anak-anak teman setia

Salam buat Anaz & Niha;

Anak-anak mama yang comel dan bersih
Terima kasih kerana menjadi teman setia
Dikala kami suka dan duka
Terima kasih kerana menjadi anak mama & papa
Beri kami peluang mengutip pahala di dunia
buat bekalan dihari muka
Menjaga kalian sebagai amanah Yang Esa
Mari bersama kita berdoa wahai anak
Agar Allah sentiasa merahmati kita
Menjadikan kita hamba yang setia
Merasa manis pada ujian
Rasa puas pada pengorbanan

Terima kasih juga pada Mu Allah, memberikan kami peluang untuk bersama
Tidak terucap lagi kasih padaMu.
Janganlah kami tergolong dalam hamba yang tidak berbakti.

2 comments:

anjut said...

Allah memberi banyak tanda kasih dan sayang nya.kadang2 kita x perasan akan tanda2 tersebut.dari kecik sampai besar kita menilai akak2 n abang2 kita,walau apa sekaipun,korang adalah manusia yg paling tabah pernah kita jumpa.paling di takuti,satu hari nanti,siapa yg bakal jd org pertama menjadi tetamu Allah.bagai sebuah karangan bunga,dipetik sekuntum, jadi sompek ia.

DeAnaziha said...

bukan anak saja teman istimewa. Tapi seluruh keluarga terutama suami/isteri dan adik beradik yang memahami jauh lebih istimewa dari teman yang ada. Tetapi yang lebih menderita apabila ada ibu n ayah yang tidak menghargai nilai seorang anak.......