Thursday, December 11, 2008

Tazkirah Disember

Sekadar renungan bagi kita yang selalu lupa. Memanglah hidup ni sentiasa sibuk selagi mana ia bernyawa dengan urusan di dunia. Tapi sesibuk manapun urusan dunia itu, semua berkait dengan urusan kita di alam setelah roh tidak bersama jasad (barzakh dan akhirat).

Teringat semasa belajar di sekolah agama dulu (darjah 4) dengan Ustazah Zainab di Sek. Agama Ayer Hitam. Ada 3 jenis hubungan manusia yang boleh datangkan pahala dan dosa:
  1. Hubungan manusia dengan Tuhan
  2. Hubungan manusia dengan makhluk Tuhan (eg. pokok, binatang, batu, malaikat, dll.)
  3. Hubungan manusia sesama manusia

Untuk renungan diri sendiri, anas n niha, adik-adik, dan semua (yang merasa diri terlalu sibuk dan tidak ada orang lain yang lebih sibuk melainkannya).

Antara ketiga-tiga jenis hubungan tersebut, Ustazah sampaikan melalui kitab (tak ingat, rasanya belajar muamalat) tersebut: "Ketiga-tiga hubungan itu ada adab yang perlu dijaga. Ya, kita dengan Tuhan, kita dengan makhluknya, dan kita sesama manusia. Antara ketiga-tiga ini yang paling susah dijaga ialah yang ketiga itu. Kerana apabila berbuat silap (sedar atau tidak), apabila terputus nyawa dari badan, mungkin ada yang lupa meminta maaf dan memberikan kemaafan"

Ketika tahun pertama degree, Abang Uda pernah beritahu melalui surat tulisan tangannya daripada Al-Azhar, "Buat apalah kita bangga dengan apa yang kita ada di dunia ini. Kerana semua tidak kekal. Kalau manusia menyanjung kita di dunia, belum tentu langit, bumi, dan sekalian makhluk di dunia ini memandang kepada kita (mungkin meludah, siapa yang tahu)."

Ketika field work di perkampungan orang Asli di Perak, salah seorang Tok Batin ada memberitahu, "Kita ni sama sahaja (merujuk Orang Asli dan kita yang tak asli). Dari kerangka yang sama (merujuk Pencipta Yang Esa). Cuma yang beza warna dan bentuk luaran sahaja."

Apa kaitan kata-kata itu dengan kita semua?

Fikir-fikir lah.

Kerana Guru Akhlak mama (Prof. Azimi) pernah berkata "Memang susah nak jadi orang mulia" dan Prof. Azimi juga pernah mengajar kami penyelidik muda supaya sentiasa berusaha. "Tunaikan hak orang lain tanpa menuntut hak diri sendiri".

Mudahan kita tidak menjadi orang yang alpa, dan segala limpahan nikmat iman, amal, dan rezeki ini menjadi talian untuk kita berbakti di jalanNya.

Akhir sekali, doakan supaya Allah memudahkan urusan viva saya pada 26 Dec 2008 ini. Sekian.

1 comment:

DeAnaziha said...

Pak Lang: Insya Allah, tidak boleh berjanji hadir atau tidak. Memang lah manusia ni terlalu sibuk dengan urusan dunia hingga lupa hubungan silaturrahim. Tetapi, anak-anak Pak Ngah sebenarnya tidak pernah lupa.. Malah ayah n mak ada di sini (Serdang) membincangkan kenduri Pak Lang 21 Dec. ni. Mohon maaf kalau Pak Lang tersinggung dgn kata-kata kita itu. Salam ukhwah...