Wednesday, July 15, 2009

sekadar update..........

Hari ini sekadar update blog. Mmm....apa nak tulis? Tak de mood walau kerja menimbun. Babang pada 29 Jun ni ada appointment di IJN. Setiap kali pergi sana mama n papa memang berdebar. Babang lagi lah. Kalau sebut hospital, dia dah pandai diamkan diri (tak suka). Kenapa berdebar? Ye lah. Kadangkala kita tak tau, bila dr detact keadaan yg perlukan dia masuk wad, maka babang kena masuk juga. Buat masa ni dr kata babang yang paling lama bertahan guna katater (tiub). Belum ada lagi baby yang sampai lima tahun pakai. Kawan-kawan babang ramai dah operate semula sama ada pasang tiub baru atau major operation. Risiko? Hanya Allah yang Maha tahu.

Mama n papa mana sanggup lihat anak dia sakit? kena cucuk jarum pun dah rasa sakitnya. Apa lagi operation yang sebegitu? Pengalaman menjaga babang di IJN sebulan kalau boleh mama n papa tak nak ulangi lagi walaupun seketika saja. Bukan sebab makanan sana mahal. Bukan sebab papa tidur dalam kereta setiap malam. Bukan juga sebab mama tak pernah tidur malam jaga babang. Tapi tak nak babang rasa sakit, cemas dan gelisah.

Kenapa minggu ni mama n papa risau? Ye lah. Hidup ni memang dah ditakdirkan. Tiada siapa yang perlu mama n papa marah kerana babang dalam keadaan demikian. Kami risau sebab dua hari lepas dapat kesan ada masalah dijantung babang. Patutlah seminggu dah babang nampak letih. Sebab itu mama risau. Papa risau. Nanti bila satu hari dadek, babang, adik Amat dah pandai baca, mungkin akan lebih faham situasi kita sekeluarga bila baca blog mama ni. Sebab itu jangan nakal-nakal. Dadek dan adik Amat kalau mama dan papa tiada, mesti jaga babang macammana mama n papa jaga semua anak-anaknya. Ok, sayang semua.

6 comments:

anjut said...

saper pulak la si Amat tu?tetiba jer ada??

Siti 'Aisyah Hamsan said...

Semoga dipermudahkan....amin.K Teh jgn risau2, Babang x sabar nak dpt Amat kot~

DeAnaziha said...

Adik Amat tu buat masa ni identitinya tak boleh dikeluarkan. Tiba masa nanti, ha ..semua org akan tau siapa dia.

anjut said...

hahha, dah tau!obviously la dia tu lelaki, nama pun amat!

Shila said...

tak berkesempatan nk jengok2 selalu blok nina...
akk harapkan moga babang sihat selalu, untuk nina plk... besar pahalanya mendidik anak seperti babang. Yg penting sentiasa sabar..

DeAnaziha said...

thanks k shilla. Tak pa, blog kita tak ada apa sangat. Sekadar isi masa lapang. Apa-apa terima kasih atas semua doa.