Saturday, August 15, 2009

konvo 15/08/09


Tahniah kepada Dr. Rahilah Idris (Atok mak le...)
Bidang kepakaran: Home Management (khusus masak, jahit, jaga anak, Macam-macam lah semua berkaitan hal ibu.....owh..pakar ibu lah).
Supervisor utama: Cikgu Kamsan (kwa..kwa..kwa..)

Terharunya, dapat hantar atok mak konvo.....
Berbangganya hati dpt lahir sbg. anak atok mak (ada lagi anaknya yg lain 9 org tu..).
Eh, mana satu mak mana satu anak?



Tengoklah Dr. Ibu tu...ha baru lepas rawat patient ke? (Atok mak n papa dgn mask H1N1)


He..he..tertukar lah. Sebenarnya majlis konvo ni kalau ikutkan tak larat nak pegi. Coz adik amat dah berat. Tapi sebagai kasih sayang pada anas, niha, adik amat, papa, atok mak n atok ayah,..mama lupa pulak bila-bila adik amat boleh keluar. Hadir konvo ini utk hadiah dan kenangan kepada semua yg tersayang. Utk atok mak n atok ayah..terima kasih utk segalanya melahir, mengasuh, semuanya lah. (Kalau papa nak tau, masa mama first degree dulu atok ayah lah yg sponsor syiling call papa tiap minggu). Tak lupa..si sulung ..eh..sorry, maklong kat lunas tu. Dia lah yg selalu jadi talian hayat semasa mama belajar dulu. Mak ngah kat mersing pun sama (moral support). Yg lain-lain tak disebut tu, terima kasih juga. Tak boleh lah tulis semua.....

Mama dan papa..

(ni atok mak yg shoot..first time pegang dig. cam...)

Utk. anak-anak yang semuanya terlalu istimewa...anas, niha, amat (tak lupa anakanda Farhan di taman syurga sana).

Ingatlah, apa saja kejayaan perlu pengorbanan, usaha & kesungguhan, perancangan, ikhlas, rasa syukur, rendah diri dan selalu rapat dgn Yg. Esa. Satu lagi ..penghargaan pada diri dan orang yang tersayang.

7 comments:

anjut said...

kak teh, wah2, lupa juga dgn co-researcher kat sini?kenapakah nama si maklong dpt penghormatan terlalu tinggi didalam ini???bukan main aku masuk selut, masuk hutan tuk research dia?hahahhaa!apa2 pun, tahniah!!!u did it!!!!!!takut jer terberanak kat atas stage tu.

DeAnaziha said...

Ehhh... ada yang belum dibayar ke??? Nanti claim ye.. he. he. kan dah sebut tq kat semua sekali...

Khairunnisa' Haji Hamsan said...

Alhamdulillah, semua tu rezeki dari Allah. Kaklong bukan mau dipuji atau penghormatan tertinggi dari adik2 tapi sekadar ingatan sudah memadai.

Khairunnisa' Haji Hamsan said...

Dalam rasa ni tetap membara nak capai peringkat tertinggi dalam pencarian ilmu, tetapi banyak perkara yang perlu diutamakan dahulu. Setiap halangan atau rintangan bukanlah satu ancaman tetapi anggaplah ia sebagai satu cabaran untuk capai apa yang kita citakan. Bersabar adalah yang sebaik-baiknya. Cuma lambat atau cepat atau mungkin Allah akan beri kita yang lebih baik dari apa yang kita mahu.

DeAnaziha said...

Betul lah kata-kata azimat si sulung..ops, tersasul lagi..kak long.Utk adik-adik yg lain, jangan cepat berpuas hati dgn kejayaan pada hari ini. Teruslah cipta kejayaan demi kejayaan untk menyumbang kepada yg memerlukan.Kekayaan, kejayaan, bukan untuk ditunjuk, tetapi untuk disumbangkan kepada tujuan hidup menuju alam di sana.

Mohd.Noor Azam bin Ateh. said...

Tahniah walaupun terlambat. Rasa macam nak belajar balik pulak!

DeAnaziha said...

Terima kasih Uncle Azam..