Buat teman rakan dan taulan, juga saudara sepertalian
Jika anda seorang mualim
Atau impikan sebagai seorang mualim
Jika ada berita yang kurang menggembirakan janganlah bersedih
Kerana semua ada hikmah yang tersembunyi
Kita merancang, tetapi perancangan Allah lagi Maha Hebat
Banyakkan zikir, meminta pada-Nya
Kerana rezeki ditangan Yang Maha Esa
Dr. A bukanlah ustazah, maupun cendekiawan agama
Tapi pengalaman banyak mengajar untuk dikongsi kepada yang sudi
Cebisan nasihat hanyalah pedoman untuk tidak melalaikan hati
Kekalkan warisan sebagai mualim bukan murrabi
Jadilah pendidik bukan guru yang hanya menyampai dan mengira gaji bila tiba waktu
Kita mendidik jiwa dan minda
Kepada mereka yang dahaga dan memerlukan
Untuk mualim di menara gading
Jangan pula upah jadi belenggu
Mintalah pada Yang Maha Mencipta bukan yang dicipta
Kerana ganjaran Allah lebih baik daripadanya
Jangan bersedih wahai mualim
Rezekimu ada walau dimana
Luangkan masa Dhuhamu saudara
Mudahan Allah memberi yang terbaik dari yang dipinta.
No comments:
Post a Comment