Saturday, February 27, 2010

Emosi sedikit..

'Anak awak masih kecil, jika terjadi apa-apa tidaklah terasa sangat..'

Di atas tu kata-kata seseorang kepada mama dalam minggu yang lepas. Apa maksud 'terjadi apa-apa'? Bagi mama, kata-kata ni hanya daripada orang yang tidak punya perasaan atau pentingkan diri sendiri. Semoga Allah memberinya petunjuk dan hidayah.

Sebenarnya, kata-kata ini juga sedikit sebanyak mengguris hati mama n papa yang selama ini tidak mahu berfikir apa lagi kesakitan yang babang alami.

Tidak salah juga individu yang berkata itu. Kerana dia tiada pengalaman kematian anak pertama. Dia juga tiada pengalaman hampir kehilangan anak kedua setelah yang pertama itu. Dia juga tiada pengalaman bagaimana perasaannya bila melihat anak-anak orang bersekolah sedang anak kita bercakap memanggil 'mama' dan 'papa' pun tidak boleh. banyak yang dia tiada pengalaman. mama pun malas bercerita apa yang selanjutnya peristiwa-peristiwa yang sentiasa mencemaskan kehidupan seharian kita kerana tidak suka ada orang yang akan menganggap kita suka menerima simpati.

Tetapi mama cuma mahu ANAZIHA tahu, kehidupan banyak ranjau dan durinya. Semua ini perlu dihadapi dan bersedia dengan apa saja kemungkinan yang akan berlaku.


Insya Allah, suatu hari pasti babang boleh berjalan dan bercakap seperti kanak-kanak biasa...

Wednesday, February 24, 2010

Tahun baru cina & akikah Che Mat

Alhamdulillah..baru ada masa update blog. Sibuk juga sebenarnya, tapi kalau tak update banyak cerita yang sudah 'basi'.

Cuti Tahun Baru Cina lalu keluarga ANAZIHA bercuti selama 4 hari. Sehari di Air Hitam, dan 3 hari di Sg. Balang. Kesempatan ini, majlis akikah Che Mat bersama sepupu-sepupunya serta kenduri doa selamat, doa arwah dilaksanakan di Kg. Sg. Balang. Seekor lembu telah tumbang...itu kenderaan Che Mat dan sepupu-sepupunya nanti untuk melintas titian sirat.
Mama tak nak cakap banyak, ANAZIHA lihat sendiri gambar-gambar yg sempat di upload..


Semua kanak-kanak dapat pengalaman baru...melihat sendiri majlis akikah. Dari memilih lembu di kandang hingga proses lain-lain. Gambar ni..lembu dah sampai..
Kakak Neha (bertudung n berbaju merah)

Che Mat mencuba-cuba menunggang kenderaannya..


Kakak pun nak pegang juga..


Lepas ni papa dah boleh masak nasi jagung untuk kita..
Kanan: Pak Ngah / Kiri: Tok Usu chef utama import dari Merlimau Melaka

Tetamu vvip..yg dihujung tu..Pn. Rahilah ..eh, atok mak lah.
Ada sama mak tam, maklong..sila-sila..ini kenduri kampung pure..


Yang hadir tiada dlm gambar:
Omar n adik-adiknya, Pak Su Ridhuan, Kakak Ika n adik-adiknya
Wah..nampaknya semua sudah kenyang...


Che Mat..majlis cukur jambul. Tapi x siapa yg gunting, sebab atok-atok ni kata "Ala..kesian..hensem ni. Tak sampai hati nak gunting rambut..nanti x hensem lagi.."


Eh, tak ketinggalan...inilah orang yg sangat istimewa ...
Babang Anas. Pada masa kenduri, babang sangat sporting..

Saturday, February 6, 2010

ANAZIHA @ Enstek n Bagan Lalang

Hujung minggu ni mama n papa ambil kesempatan bawa ANAZIHA melawat showhouse De Siran di Enstek. Selalunya mama n papa bekerja pada masa ini. Alhamdulillah, minggu lepas dan minggu ni tiada kerja luar yang urgent. Minggu lepas dapat menghabiskan masa dengan ANAZIHA di Shah Alam. Beli kerusi roda baru babang. Minggu ni pula, ke bandar Enstek.
Seawal 9.30 pg kami keluar rumah. Kereta papa pandu sengaja melalui jalan dalam melihat-lihat kawasan kampung hinggalah jam 10.30 tiba di showhouse. Kami habiskan masa sejam di rumah ni. Melihat kepada progress pembinaan rumah. Nampaknya, seperti yang dirancang oleh pemaju - rumah siap dalam masa 2 tahun. Ok, tak pa. Kami tidak terlalu urgent untuk berpindah. Tapi kalau boleh kakak darjah 1 nanti dapat mulakan pengalaman hari pertama sekolah di sana (Enstek). Sebab kawasan perumahan sekarang ni pembangunan terlalu cepat dan mama n papa bimbang persekitara sosial di sekolah nanti. Nak masukkan kakak Elice Smith...alahai bercintanya pula dgn anak raja/dato. Susah nak gayakan. Lebih selamat jika persekitara sekolah tu jauh dari shopping mall, tiada public transport ..pendek kata persekitaran 'selamat' bagi mama n papa.
Sebaik tamat sesi lawatan showhouse, papa offer untuk kami ke Bagan Lalang. Apa lagi, kalau drebar dah sudi..kami ikut saja. Lagi pun teringin nak tahu bagaimana tempatnya Bagan Lalang tu. Balik rumah hingga jam 3 sebab tersalah pilih jalan pulang. Jika ke Bagan Lalang, hendak balik ke Equin kena patah balik ikut Enstek-Putrajaya-Equin. Tapi kalau ikut Banting, alamatnya sejam perjalanan tak masuk 30 minit dari Bagan ke Banting. Tak boleh speed coz jalan kampung.
Gambar terbaru. Pemandangan Bagan Lalang, lain kali di upload.
Adik Amat / Che Mat. Kali pertama meronda di Enstek dan Bagan Lalang.

Amat seronok ke?

Candid paling mahal..


Papa n Amat

Babang Anas tiba-tiba bersuara menunjuk rasa seronok...alhamdulillah, isyarat yg baik.
Kami juga bersemangat nak lihat babang guna kerusi roda baru ni.

Kakak Neha n Babang Anas

Kakak Neha, entah kenapa posing kali ni banyak aksi ultraman taro


Makbik, Che Mat, Mama, Kakak n Babang di bahagian dapur basah rumah Enstek