Saturday, February 27, 2010

Emosi sedikit..

'Anak awak masih kecil, jika terjadi apa-apa tidaklah terasa sangat..'

Di atas tu kata-kata seseorang kepada mama dalam minggu yang lepas. Apa maksud 'terjadi apa-apa'? Bagi mama, kata-kata ni hanya daripada orang yang tidak punya perasaan atau pentingkan diri sendiri. Semoga Allah memberinya petunjuk dan hidayah.

Sebenarnya, kata-kata ini juga sedikit sebanyak mengguris hati mama n papa yang selama ini tidak mahu berfikir apa lagi kesakitan yang babang alami.

Tidak salah juga individu yang berkata itu. Kerana dia tiada pengalaman kematian anak pertama. Dia juga tiada pengalaman hampir kehilangan anak kedua setelah yang pertama itu. Dia juga tiada pengalaman bagaimana perasaannya bila melihat anak-anak orang bersekolah sedang anak kita bercakap memanggil 'mama' dan 'papa' pun tidak boleh. banyak yang dia tiada pengalaman. mama pun malas bercerita apa yang selanjutnya peristiwa-peristiwa yang sentiasa mencemaskan kehidupan seharian kita kerana tidak suka ada orang yang akan menganggap kita suka menerima simpati.

Tetapi mama cuma mahu ANAZIHA tahu, kehidupan banyak ranjau dan durinya. Semua ini perlu dihadapi dan bersedia dengan apa saja kemungkinan yang akan berlaku.


Insya Allah, suatu hari pasti babang boleh berjalan dan bercakap seperti kanak-kanak biasa...

No comments: