Saturday, March 13, 2010

Semua sibuk

Minggu lepas, minggu ni, dan minggu hadapan...semua orang sibuk.

Kakak sibuk dgn subject baru di schoolnya. "ABC dah habis, sekarang belajar 3,4,7. Kakak pun belajar Peter and Jane". Maksudnya, kakak sudah tamat sesi pengenalan ABC. Sekarang belajar matematik pula (3+4=7), dan bahasa Inggeris guna buku Ladybird nya. Kemahiran mewarna juga sudah bertambah baik.

Babang tidak tahu sibuk atau tak. Babang dengan dunianya sendiri. Tapi setiap pagi sudah geleng kepala jika mahu diberi susu. Mama beri air teh, babang suka dan nak lagi.

Adik Amat? Ini lagi sibuk. Baru 6 bulan. Merangkak belum betul lagi tapi dah boleh duduk lepas tangan. Sekarang Adik Amat tengah praktis memapah. Tadi cubaan panjat tangga. Kemudian, berdiri satu kaki sambil bersandar pada kerusi. Amat sibuk belajar jalan.

Papa sibuk kerja PhDnya.

Mama? Sibuk kerja sendiri dan melihat kerja orang.

MakBik? Sibuk melayan keletah semua penghuni Villa Anaziha.


Pokoknya..........semua sibuk. SYYYYY!! JANGAN KACAU.

2 comments:

Syahida said...

salam, babang Anas berapa tahun?? saya kagum dengan ketabahan awak...

DeAnaziha said...

wkmsslm. Babang Anas 6 tahun. Insya Allah, di mana ujian Allah, kita redha hadapinya. Pengalaman yg ada boleh dikongsi. Salam ukhwah.