Thursday, April 22, 2010

Pesanan untuk ANAZIHA

[Gambar bertarikh 3 Feb 2010]
Salam semua;

Ketika menaip ni, ANAZIHA semua sedang tidur lena. Semoga anak-anak mama ni dibuai mimpi yang menggembirakan supaya esok pagi masing-masing bangun dengan ceria dan bersemangat!

Malam ni mama curi kesempatan untuk menulis buat kalian. Hmm..walaupun tak pandai baca lagi, tak mengapa. Nanti bila dah pandai, tentunya catitan ni dah menjadi sejarah berharga utk kalian anak-anak mama n papa. Lihatlah gambar Amat semasa 6 bulan. Babang dan kakak masing-masing umur 6 dan 3 1/2 tahun. Semua comel. Mama n papa dulu masa kecil pun comel mcm kalian, cuma atok tak boleh lah buat mcm mama buat ni sebab teknologi masa tu tidak mengizinkan. Ini lah yg kita panggil 'Social Change'.

Sebenarnya lama tidak membuat catatan utk ANAZIHA sebab mama dan papa sangat sibuk uruskan hal kerja di office. Lagi pun pada masa ini dah 3 minggu berturut-turut ANAZIHA saling berganti demam, selsema, batuk, dan sekarang ni sakit mata. Amat pula pakej dengan demam campak. Maka, mak bik lah nurse di rumah. Bila malam kalian tidak boleh lena kerana masalah kesihatan. Merengek...menangis..dan babang dah beberapa malam tak dapat tidur, hanya termenung sepanjang malam. Mak Bik dgn mama bergantian menjaga kalian. Tapi selalunya, mama lah yang terus terlena juga sebab keletihan. Ingat ANAZIHA, kita kena ucap terima kasih pada Mak Bik dan doakan kesihatannya juga baik.

Malam ni, malam yang kedua ANAZIHA boleh tidur lena. MakBik, mama dan papa pun sama juga. Cuma mata mama dah susah nak tidur awal sebab dah terbiasa tidur lambat. Inilah kesempatan yang mama guna untuk mencatatkan sesuatu untuk kalian.

Anak-anak sekalian, banyak kali mama sebut perkara yang sama. Tiada apa yang mama n papa harapkan pada kalian selain menjadi anak yang baik-baik. Apa saja yang berlaku dalam kehidupan ini sebenarnya adalah proses kita menuju kematangan. Berjaya atau gagal kita hadapinya, hidup tetap perlu diteruskan. Tiada apa yang perlu dirisaukan jika kehidupan ini kita jelas dengan maksud tujuan hidup yang sebenar. Hidup pun boleh juga sebagai satu pilihan. Boleh pilih jadi baik atau sebaliknya. Kerana manusia boleh memilih utk syurga atau neraka. ANAZIHA, ingat pesan ni baik-baik. Buatlah pilihan yang terbaik untuk bahagia di dunia dan akhirat (dunia yang kekal abadi).

Sekian, wassalam.

No comments: