Hari ini 17 Januari 2012, masuk minggu ke-2 kakak sekolah di Bahtera Khalifah. Alhamdulillah, hajat sekolahkan kakak guna modul little caliph tercapai. Kelmarin, terasa damai walaupun sekarang musim panas. Sedang dalam perjalanan daripada The Mines Wellness Hotel balik ke rumah (kakak, amat dan papanya menemankan saya retreat penyelidikan), terdengar kakak berkata sesuatu. Bukan menyanyi, tetapi semacam menghafal sesuatu. Bila mama dan papanya suruh ulang dengan kuat, kakak agak malu-malu tetapi bersuara juga..begini bunyinya jika tak silap (yang mama ingat)"...ibubapa ditaati, guru dihormati, saya Islam sampai mati, laaillahaillallah muhammad rasulallah. Yes!"
Kakak kata: "mama, mama kata kerana Allah kita hidup dan mati". Teacher ajar "Kita Islam sampai mati". Sama ke lain mama?"
Kali ni mama cuma senyum dan peluk kakak. Dua-dua sama. Kakak kena ingat sampai bila-bila.
Hari ini pula, kakak demam. Jam 9.30 am mama ambil kakak sebab teacher call. Kakak hanya diam dan nak menangis.
Dalam kereta, tiba-tiba kakak bertanya "mama..mama...bila babang akan jalan? Babang boleh jalan bila mama?"
"Insya Allah, babang memang boleh jalan, tapi mama pun tak tahu bila. Kita doa je dia cepat sembuh"
"Babang sakit kan mama?"
"Ya"
Selepas itu, kami sama-sama diam. Dalam kepala mama cuma berkata-kata "Mungkin kakak diam dlm kelas bukan sebab demam, tapi fikir tentang perkara ini." Tapi dalam hati, memanglah terasa sedih dan sayu dalam masa yang sama gembira dengan perkembangan kakak hingga ke hari ini.
Kakak pula, mama tak tahu fikir tentang apa.
Terus, kereta meluncur perlahan konsisten hingga ke rumah.
Monday, January 16, 2012
Thursday, January 5, 2012
Kertas seminar
Tema: Kesejahteraan keluarga
Kanak-kanak kelainan upaya (OKU) di Malaysia terbahagi kepada tujuh kategori: pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, masalah pembelajaran, mental, dan pelbagai (multiple disabilities). Ini berdasarkan jangkaan populasi kanak-kanak tahun 2005 yang mana sebanyak 850,000 kanak-kanak di Malaysia adalah OKU dan satu per tiga daripadanya adalah severe serta memerlukan pemulihan dan penjagaan khas. Pengendalian kanak-kanak OKU berpenyakit kronik dan bergantungan penuh kepada ibubapa/penjaga untuk kelangsungan hidup adalah satu tugas yang sangat mencabar. Dasar Keluarga Negara (DKN) telah meletakkan perspektif keluarga dalam aspek kehidupan. Adakah terdapat ruang untuk ibubapa kepada kanak-kanak ini untuk bernafas lebih lega dengan kewujudan DKN ini disamping Dasar Kanak-Kanak Negara dan Dasar OKU yang sedia ada? Justeru, kertas kerja ini bertujuan membentangkan senario semasa dan cabaran pengurusan kehidupan ibubapa/penjaga dalam pengendalian penjagaan anak OKU berpenyakit kronik. Tumpuan kes adalah kepada ibubapa yang mempunyai anak OKU yang berdaftar dengan JKM dan mendapat rawatan di hospital atau dikenali sebagai OKU pediatrik berpenyakit kronik. Data bagi kajian kes diperoleh menerusi 1) temubual tidak berstruktur bersama ibubapa di klinik pediatrik, 2) pemerhatian tidak turut serta, dan 3) catatan pengalaman ibubapa di laman-laman web sosial, blog, dan akhbar harian perdana. Kertas kerja ini juga akan mengutarakan khidmat sokongan yang diperlukan oleh ibubapa/penjaga berkaitan sama ada dari segi ekonomi, psikologi dan sosial. Satu model jaringan pintar antara agensi dengan komuniti juga dibentangkan bagi menyumbang input kepada pelaksanaan DKN khususnya untuk keluarga OKU.
(241 patah perkataan)
Malaysian disabled children (OKU) are divided into seven categories: hearing, sight, speech, physical, learning disabilities, mental, and multiple disabilities. However, there are children with disabilities who also have health problems due to chronic disease. This is based on the expected population in year 2005 in which a total of 850,000 children in Malaysia is disabled and one-third of them are severe and in need of rehabilitation and special care. Managing disabled child with chronic diseases and fully dependent on parents / guardians for survival is a very challenging task. National Family Policy (DKN) has put the family perspective in aspects of life. Is there room for parents of these children to breathe more relieved by the existence of this DKN beside the existing policy - National Child Policy and Policy for Persons with Disabilities? Thus, this paper aims to present the current scenario and challenges of life management of parent / guardian dealing with their handicapped child. The focus of this study is the parents of children with disabilities who are registered with the Welfare Department and receiving treatment in the hospital known as pediatric OKU. Data for case studies obtained through 1) unstructured interviews with parents, 2) non-participating observations, and 3) parent’s experience notes in social web sites, blogs, and the daily prime newspaper. This paper will also highlight the support services needed by parents, guardians and relevant both in terms of economic, psychological and social. A smart partnership model with agencies and respected community are also presented as input to the implementation of DKN, especially for families of disabled people.
Untuk kertas kerja penuh, sila hubungi penulis:
Dr. Hanina H. Hamsan
Pensyarah Kanan
Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan
Fakulti Ekologi Manusia, UPM.
hanina@putra.upm.edu.my/ hanina3282@gmail.com
Cabaran dan keperluan khidmat sokongan untuk ibubapa/penjaga yang mempunyai anak OKU berpenyakit kronik
Hanina H. Hamsan , Asnarulkhadi Abu Samah & Amna Md. Noor
ABSTRAK

Abstract

Subscribe to:
Posts (Atom)