Saturday, June 28, 2014

Ramadhan lagi.. ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Assalamualaikum Putra-Putri mama,

Ramadhan datang lagi. Ramadhan kali kedua tanpa Putera dikasihi Muhd. Nazhan (babang). Mudahan bahagia bersama Putera sulung mama Ahmad Farhan. Main dgn adik baik2 di sana.

Mama minggu lepas sangat sedih bila terima berita ada kawan yg senasib dengan babang dikurung tanpa makan minum, tak ada org yg peluk masa dia tidur dsb nya sepertimana yg mama, papa, bik marsila buat pada babang. Muhamad Firdaus namanya. Kesian bang. Mama sangat sedih.. kalau ikutkan dia taklah sakit seteruk babang. Mama lihat hanya kaki dan tangan kanan yg bermasalah..dia boleh mengesot dan boleh cakap sikit-sikit. Tapi apa yg dia hadapi jauh lebih teruk dan tak terjangkau fikiran mama. Hingga sekarang mama sedih. Dah lama mama tak menangis. Macam babanglah. Dah berapa tahun babang tak menangis.. babang sakit tenat pun tak menangis. Mama dan papa anggap babang pun dah lupa bagaimana nak menangis. Mama pun masa babang sakit dan meninggal menangis sikit saja.. itu pun di sejadah..hadapan Allah. Depan org mama x menangis.. sebenarnya dah tak ada air mata kan babang...

Hari ni mama sangat sedih. Mama rindu pada anak mama yg isyimewa ni. Terasa rindu sangat untuk bagi babang makan, minum, mandikan babang dan peluk babang sambil kita dengar radio ikim. Dalam pada ni tiba2 ada pula berita yg tak menyenangkan. Kisah Firdaus ni sangat menyayat hati. Rupanya ketika mama sgt rindu babang, dia sgt sengsara dalam bilik yg dikurung tu. Kotor bang.. banyak najis dan sampah. ALLAHU AKHBAR!.. Nak saja mama ziarah dia. Terkilannya mama tak tahu dia ada di Flat yg selalu mama lalu lalang dan tanya papa 'ada ke penghuni di situ' sebab mama dan papa sebenarnya dah beli rumah kedai dan pejabat utk misi kita.. kena lalu di flat tu lah.

Betullah mama pernah kata 'Allah yg jaga kalian'. Kan babang pun pernah kena tinggal dgn bibik masa mama kerja.. tak taulah bagaimana babang masa kena sawan semasa bibik tinggalkan babang. Maafkan mama.. mama tak tahu. Hanya tahu bila jiran2 bercerita.. itupun bila bibik tu dah tak kerja dgn kita. Dah lah.. tak nak ingat lagi..

Hari ni.. mama tiba2 sebak sangat bila fikirkan Firdaus tu. Mama pula yg menangis dan trauma. Terasa nak lawat dia di hospital.. tapi kan babang.. yelah sapakan mama ni. Tak apa.. kita doakan yg terbaik utk dia dan mama.tetap akan teruskan usaha utk bantu kanak2 yg mcm babang. Kerana tekad menjaga babanglah, Alhamdulillah. .mama papa semakin bersemangat utk teruskan misi kita wpun babang dah tiada di sisi kami.

Wahai anak-anak mama yg telah pergi.. mama cuma boleh hadiah fatihah utk kalian. Suatu hari Insya Allah kita bertemu dalam taman firdausi. Insya Allah.

Berita Kepada Kawan: http://youtu.be/Nfbl6gwnCFY

No comments: