Monday, October 6, 2008

Semua itu telah ditakdirkan

Hari raya ni hanya ternanti-nanti untuk bertemu kaum keluarga, menggembirakan anak-anak saudara dengan sumbangan yang bermakna untuk mereka [supaya mereka mendoakan mudah-mudahan rezeki mak teh bertambah lagi, tahun depan dapat lagi banyak], melihat perkembangan pembangunan di kampung halaman. Itu lah kita manusia yang sentiasa 'sedar', kita merasa gembira melihat kegembiraan orang, dan merasa sedih melihat kedukaan orang terutama semua yang dekat di hati.

Buat anak-anak saudaraku:

Omar adik-beradik, mak teh rasa kalian sungguh resilien dan bertuah punya abu dan umi yang tabah. Jaga lah umi baik-baik, hormatlah abu selalu. Mak teh sayang kalian.

Kakak Ika dan adik-adik, tahun ni kita tak dapat berjumpa. Tidak mengapa. Moga kalian ceria berhari raya di langkawi.

Ukasha n Maisarah. Sudah besar kalian. Jadilah anak-anak yang soleh dan soleha.

Irsyad si kecil halus. Sayang umi n abi selalu.

Buat adik-adik:
Semoga kalian sentiasa bahagia selalu.

Apa lagi kegembiraan di hari raya? Aku berhari raya bersama kenangan yang semua peristiwa telah ditakdirkan. Perginya Ahmad Farhan (abang anas) pun di hari raya (aidiladha), Anas demam, adik makin nakal, bibik dah tinggalkan kita. Tapi kita semua memang gembira kerana kita masih mampu memaafkan dan memberi di hari raya.

1 comment:

anjut said...

raya2 gak, tp mana gambar kakteh oii??