Thursday, November 27, 2008

Sehari di Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey



Semalam mama bersama orang Mahmeri di Pulay Carey. Kg. Sg. Bumbun ni kerajaan dah peruntukkan RM3juta utk jadi kampung budaya. Keistimewaannya seni ukiran patung nenek moyang kaum Mahmeri. Majoriti Animisme.

Tengok la ni..Harga patung RM400 - RM30K++ ikut saiz. Paling mahal dan paling susah buat, harimau berantai.



Gambar kiri: Patung harimau berantai sebelah kiri mama (saiz 1 kaki) harga RM2k, belakang mama (belum siap) harga RM25K.


Melihat kerja-kerja mengukir. Orang Mahmeri adalah pengukir no 1 di dunia. Hasil kerjanya memang sangat halus jauh beza dari yang dibuat org Maori di New Zealand.Di kiosk mengukir. Bersama Suha (tengah)..pengukir muda (usia 14 tahun)
Ada banyak lagi gambar. Tapi tak tau la kenapa tak boleh upload ni. Lain kali saja la..

Today is my last day on study leave

Pejam celik dah setahun rupanya mama cuti. Sebenarnya bukanlah cuti sangat. Setiap hari datang office. Bezanya tak log in n log out. Boleh pakai jeans n baju kolek data. Cuti atau tidak sama saja sebenarnya dari segi kerja. Setiap hari mama menulis, menulis, dan sampai bila-bila menulis. Sebabnya, doing research without writing is nothing. Being lecturer without writing also nothing. Dadek nanti boleh pilih lah. Nak belajar apa, janji jadi mukminah yang berbakti. Babang pun sama.

Pagi tadi mama dah hantar atuk n pak su ke Pudu. Naik LRT. Dah berapa tahun tak ke Pudu. Sejak tamat Master n dah ada kereta. Sengaja balik tadi, naik bas metro no 17. Tambang RM2.70. Beza 60 sen je zaman mama degree dulu. Mmm..macam ni lah agaknya adik-adik mama datang ke rumah kita naik public transport. Mama pun dulu macam ni lah juga.

Singgah cafe UPM. terus lunch. Mahal nya harga segelas nescafe ais RM1.60. Nasi separuh+ pari asam pedas + sayur pucuk paku (rasanya lebih paku dari pucuk) = RM3.80. (Bukan mama kedekut, tapi harga tak sama dgn kedai luar. Nescafe ais kat luar RM1.10. Lagipun kita duduk kat pasar borong, kita tau lah harga barang basah!). Mama beritahu cashier tu harga ni mahal sangat dan berdosa ambil duit bukan hak kita. Kesian student. Cashier tu senyum je. Hai..jadi manusia pun tak tau bila nak senyum. Ni lah amalan orang kita. Kena marah, senyum. Buat salah, senyum. Kena usik sikit, "tak apa..", senyum. Seyum tu sedekah, tapi kena lah tempatnya.


Jalan kaki ke ofis. Ada masa solat dhuha. Dulu tiada siapa ajar amalan-amalan solat sunat & zikir2. Ye lah mama je sekolah teknik. Adik beradik lain kebanyakan sekolah asrama penuh agama n sekolah khas. Dadek, insya Allah mama nanti ajarkan sikit-sikit. Kalau selesai masalah agama dalam diri, mama dah tak perlu risau masa depan dadek. (ops..teringat tong sampah dadek mama belum beli lagi. Yang lama dah rosak. Sampai ahad ni kalau dadek tak nakal, mama hadiahkan tong sampah itik tu).


Buka komputer, al hamdulillah dah dapat hantar satu abstrak paper seminar. Minggu depan mula lah operasi menulis artikel jurnal. Ada lagi 3 kerja belum settle. Mesti selesai sebelum Isnin depan. 1. Analisis data konsultasi research, 2. chapter in book Dr. Rika, 3. modul child abuse - UNICEF. Insya Allah, selesai lah semua tu. Tapi..sebenarnya mama ni dah cuti ke belum. Penat lah. Mama belum bercuti lagi sebenarnya (cuti means jalan-jalan dgn family, bebas). Tak sempat..
Hai...Ahad ni dah mula pindah rumah. Hari akhir cuti, x de hutang kerja, rumah baru, bibik pun dah ada. Mudahan lepas ni dapat concentrate viva 26 Dec.

Tuesday, November 25, 2008

Lima tahun yg lalu

Pak Anjut n Acik, Mama n Papa berkayak di Teluk Biru, Port Dickson
Lima tahun yang lalu. Kenangan selepas pantang kelahiran Ahmad Farhan b. Ja'afar.
Farhan lahir & meninggal 22 Feb 2003 (aidil adha). Mmm.... minggu depan raya haji, maknanya dah 5 tahun Farhan pergi. Walaupun Farhan jauh di alam sana, namun tetap dekat di hati mama & papa. Doakan babang & dadek jadi budak soleh dan solehah.




Thursday, November 20, 2008

Dadek


Adik natai....




Babang











You're my son..very strong.. 
Even though you're cebral palsy
Mama very proud of you, son
Mama never give up pray to Allah,
" I wish....one day we can walk and talk together"
Amin.
Son, always thanks to Allah
for everything Allah give to us
Thank you Allah, n thank you Allah.

Thursday, November 6, 2008

Green House

Ha..dadek and papa posting at our new house (acctually our 3rd house ).

Saturday, November 1, 2008

Al-Fatihah buat Norizan Jaafar

Jumaat lalu jam 8.30 mlm, dapat sms kakak angkat yang disayangi dah pergi menemui Ilahi. Inna Lillahi wa innalillahi rajiun. Selalunya setiap raya kami sekeluarga ke rumah mereka di Dengkil, tapi entah kenapa raya tahun ni sangat malas nak berjalan-jalan. Kali terakhir berjumpa mereka kira-kira bulan April lepas itupun atas permintaan Bang Cik utk buat sikit kajian tentang madrasahnya Al-Ansar, Sabak Bernam. Tiba-tiba dapat berita kematian ini. Jadi, 10.30 mlm, aku dan suami bergegas ke hosp. Putrajaya, berselisih dengan kenderaan jenazah di simpang hospital tersebut. Terus saja ke rumah mereka di Dengkil. Di situ, orang dah ramai. Terutama saudara mara nya dan sedikit saja teman seperjuangan yang kelihatan. Mungkin dah lewat malam, ramai yang tinggal jauh. Bacaan Yasin kami hadiahkan dan tahlil hingga lewat 1.30 pagi. Aku duduk bersebelahan jenazah. Bang Cik buka kain tutup muka arwah utk tatapan terakhir. Allah, terkejut dan sedih. terkejut kerana wajah Kak Zan segar saja (dah dua minggu koma). Sedih kerana melihat inilah orangnya yang sama-sama denganku ketika berjuang di zaman pengajian. Kami sebilik. Tapi oleh kerana Kak Zan senior, ketua tarbiyah muslimat pula. Aku ni memang nakal sikit dulu. Jadi Kak Zan ni lah yang sabar melayan kerenah, dan Bang Cik masa tu ketua tarbiyah muslimin. Paling garang. Tapi dah resam aku lagi orang garang, lagi tak takut. Jadi, mereka berdua memang sangat akrab dgn ku sehinggalah mereka berumah tangga dan aku tetap berhubung sebagai adik angkat keduanya. Jadi, berita kematian ini berita yang sedih, kerana seperti kehilangan kakak sendiri, seperti melihat abang sendiri kehilangan isterinya, dan seperti melihat anak-anak saudara kehilangan umminya.

Kak Zan meninggal dunia kerana komplikasi semasa bersalin anak keenam. Air mentuban masuk ke dalam peparunya. Terus koma hingga akhir hayatnya. Usia kak Zan cuma lebih setahun daripada ku. Tapi untungnya, Kak Zan terpilih sebagai seorng yang syahid. Pengorbanan isteri dan seorang ibu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan gembira bersama kekasihnya di sana.

sabtu, pagi-pagi lagi selepas beri Anas ubat, mandikan dadek & babang, kami suami isteri sekali lagi ke dengkil. Ini penghormatan sahabat kepada sahabatnya, biarlah tak terkilan nanti. Alhamdulillah, urusan mandi, kafan, dan sembahyang semua dapat dihadiri. Kami balik tidak turut ke kubur, kerana kesian mak tunggu seorang diri jaga cucu2nya. Puas juga kerana ramai yang sembahyang jenazah (solat atas jalan).

Sepannjang perjalanan pulang, kami suami isteri termenung dan mengambil banyak iktibar dari setiap peristiwa. Begitulah sebaiknya orang beriman yang berakal. Setiap perkara menjadi panduan. Kita ni entah bila akan di panggilNya. Macammana pula agaknya cara kita menemu Allah?