Thursday, November 27, 2008

Today is my last day on study leave

Pejam celik dah setahun rupanya mama cuti. Sebenarnya bukanlah cuti sangat. Setiap hari datang office. Bezanya tak log in n log out. Boleh pakai jeans n baju kolek data. Cuti atau tidak sama saja sebenarnya dari segi kerja. Setiap hari mama menulis, menulis, dan sampai bila-bila menulis. Sebabnya, doing research without writing is nothing. Being lecturer without writing also nothing. Dadek nanti boleh pilih lah. Nak belajar apa, janji jadi mukminah yang berbakti. Babang pun sama.

Pagi tadi mama dah hantar atuk n pak su ke Pudu. Naik LRT. Dah berapa tahun tak ke Pudu. Sejak tamat Master n dah ada kereta. Sengaja balik tadi, naik bas metro no 17. Tambang RM2.70. Beza 60 sen je zaman mama degree dulu. Mmm..macam ni lah agaknya adik-adik mama datang ke rumah kita naik public transport. Mama pun dulu macam ni lah juga.

Singgah cafe UPM. terus lunch. Mahal nya harga segelas nescafe ais RM1.60. Nasi separuh+ pari asam pedas + sayur pucuk paku (rasanya lebih paku dari pucuk) = RM3.80. (Bukan mama kedekut, tapi harga tak sama dgn kedai luar. Nescafe ais kat luar RM1.10. Lagipun kita duduk kat pasar borong, kita tau lah harga barang basah!). Mama beritahu cashier tu harga ni mahal sangat dan berdosa ambil duit bukan hak kita. Kesian student. Cashier tu senyum je. Hai..jadi manusia pun tak tau bila nak senyum. Ni lah amalan orang kita. Kena marah, senyum. Buat salah, senyum. Kena usik sikit, "tak apa..", senyum. Seyum tu sedekah, tapi kena lah tempatnya.


Jalan kaki ke ofis. Ada masa solat dhuha. Dulu tiada siapa ajar amalan-amalan solat sunat & zikir2. Ye lah mama je sekolah teknik. Adik beradik lain kebanyakan sekolah asrama penuh agama n sekolah khas. Dadek, insya Allah mama nanti ajarkan sikit-sikit. Kalau selesai masalah agama dalam diri, mama dah tak perlu risau masa depan dadek. (ops..teringat tong sampah dadek mama belum beli lagi. Yang lama dah rosak. Sampai ahad ni kalau dadek tak nakal, mama hadiahkan tong sampah itik tu).


Buka komputer, al hamdulillah dah dapat hantar satu abstrak paper seminar. Minggu depan mula lah operasi menulis artikel jurnal. Ada lagi 3 kerja belum settle. Mesti selesai sebelum Isnin depan. 1. Analisis data konsultasi research, 2. chapter in book Dr. Rika, 3. modul child abuse - UNICEF. Insya Allah, selesai lah semua tu. Tapi..sebenarnya mama ni dah cuti ke belum. Penat lah. Mama belum bercuti lagi sebenarnya (cuti means jalan-jalan dgn family, bebas). Tak sempat..
Hai...Ahad ni dah mula pindah rumah. Hari akhir cuti, x de hutang kerja, rumah baru, bibik pun dah ada. Mudahan lepas ni dapat concentrate viva 26 Dec.

No comments: