Jumaat lalu jam 8.30 mlm, dapat sms kakak angkat yang disayangi dah pergi menemui Ilahi. Inna Lillahi wa innalillahi rajiun. Selalunya setiap raya kami sekeluarga ke rumah mereka di Dengkil, tapi entah kenapa raya tahun ni sangat malas nak berjalan-jalan. Kali terakhir berjumpa mereka kira-kira bulan April lepas itupun atas permintaan Bang Cik utk buat sikit kajian tentang madrasahnya Al-Ansar, Sabak Bernam. Tiba-tiba dapat berita kematian ini. Jadi, 10.30 mlm, aku dan suami bergegas ke hosp. Putrajaya, berselisih dengan kenderaan jenazah di simpang hospital tersebut. Terus saja ke rumah mereka di Dengkil. Di situ, orang dah ramai. Terutama saudara mara nya dan sedikit saja teman seperjuangan yang kelihatan. Mungkin dah lewat malam, ramai yang tinggal jauh. Bacaan Yasin kami hadiahkan dan tahlil hingga lewat 1.30 pagi. Aku duduk bersebelahan jenazah. Bang Cik buka kain tutup muka arwah utk tatapan terakhir. Allah, terkejut dan sedih. terkejut kerana wajah Kak Zan segar saja (dah dua minggu koma). Sedih kerana melihat inilah orangnya yang sama-sama denganku ketika berjuang di zaman pengajian. Kami sebilik. Tapi oleh kerana Kak Zan senior, ketua tarbiyah muslimat pula. Aku ni memang nakal sikit dulu. Jadi Kak Zan ni lah yang sabar melayan kerenah, dan Bang Cik masa tu ketua tarbiyah muslimin. Paling garang. Tapi dah resam aku lagi orang garang, lagi tak takut. Jadi, mereka berdua memang sangat akrab dgn ku sehinggalah mereka berumah tangga dan aku tetap berhubung sebagai adik angkat keduanya. Jadi, berita kematian ini berita yang sedih, kerana seperti kehilangan kakak sendiri, seperti melihat abang sendiri kehilangan isterinya, dan seperti melihat anak-anak saudara kehilangan umminya.
Kak Zan meninggal dunia kerana komplikasi semasa bersalin anak keenam. Air mentuban masuk ke dalam peparunya. Terus koma hingga akhir hayatnya. Usia kak Zan cuma lebih setahun daripada ku. Tapi untungnya, Kak Zan terpilih sebagai seorng yang syahid. Pengorbanan isteri dan seorang ibu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan gembira bersama kekasihnya di sana.
sabtu, pagi-pagi lagi selepas beri Anas ubat, mandikan dadek & babang, kami suami isteri sekali lagi ke dengkil. Ini penghormatan sahabat kepada sahabatnya, biarlah tak terkilan nanti. Alhamdulillah, urusan mandi, kafan, dan sembahyang semua dapat dihadiri. Kami balik tidak turut ke kubur, kerana kesian mak tunggu seorang diri jaga cucu2nya. Puas juga kerana ramai yang sembahyang jenazah (solat atas jalan).
Sepannjang perjalanan pulang, kami suami isteri termenung dan mengambil banyak iktibar dari setiap peristiwa. Begitulah sebaiknya orang beriman yang berakal. Setiap perkara menjadi panduan. Kita ni entah bila akan di panggilNya. Macammana pula agaknya cara kita menemu Allah?
No comments:
Post a Comment