Seperti biasa, hari ini banyak perkara aku lakukan dan berjumpa dgn ramai orang.
Seperti biasa, suka juga meneliti dan menganalisis perilaku manusia yang aku sedang berurusan.
Kasihan mereka. Tidak tahu sedang dinilai. Aku melihat mereka hanya seperti objek yang bergerak dan boleh bercakap. Siapa pun mereka, insan tetap lah seorang insan. Setinggi mana pun pangkat dan kedudukan, mereka tetap manusia. Kita semua sama. Lahir dari seorang bayi yang lemah. Mati sebagai insan yang lemah juga.
Yang aku hairan..kenapa ada Enggang yang terbang tinggi terus merasa diri gagah?. Bukankah mereka boleh jatuh terhempas di bumi kalau dengan kehendakNya?
dan yang paling aku hairan juga, kenapa lah ada pulak pipit yang berlagak menjadi Enggang?. Hai...sedar lah diri kita seorang insan yang sesaat dua pun belum pasti apa akan berlaku takdir kita.
Tuesday, January 20, 2009
Thursday, January 15, 2009
Sembang petang
Mmm..apa nak tulis di sini...fikir dulu. Banyak benda nak tulis.
Isu Israel vs Gaza; malas nak tulis coz terlalu ramai bincang hal ni. Quran juga ada sebut ttg kisah bani Israel ni. Tapi, hakikatnya ramai orang Islam sendiri tidak mengerti hakikat maksud hidup di dunia ini. Kalau tak silap, serangan Israel ke atas Gaza mulanya pada 26 Disember 2008. Hari itu juga aku viva Ph.D. Dan hari itu juga ulang tahun ke-empat Tsunami di Sri Lanka, Acheh, Thai, M'sia. Hari itu juga ulang tahun tragedi ribut di mana tu ..satu tempat di Sabah kalau tak silap. Pendek kata, setiap X'mas ada saja peristiwa. Ops...ada lagi satu peristiwa besar..26 Disember 1973 b'day K Ani.
....tetapi apakah erti nilai di sebalik kisah? Tidakkah setiap orang beriman itu berfikir/ menerima pembelajaran atas setiap kejadian? Berapa ramai orang Islam yang mendapat lesson learn disebalik setiap peristiwa? Atau adakah lagi orang yang berfikir "nak buat macammana..dah nasib org Palestine mcm tu. Dah ditakdirkan dah. Kita ni yang hidup di tempat aman, buat je lah keje kita" atau masih adakah lagi orang yang bertanya, "adakah nasib seseorang itu telah ditakdirkan atau atas usahanya sendiri?"
sebenarnya, hal ini lah topik diskusi aku sesama rakan siswazah setiap kali perjumpaan. Selain kita bincang hal penyelidikan tidak pernah tertinggal perkara yang menyentuh hal maksud dalam kehidupan ini. Perbincangan seperti ini rasanya lebih mematangkan kita dalam proses mendekatkan diri pada yang Maha Pencipta. Supaya apabila menemuiNya kelak, setiap persoalan kehidupan di dunia ada hubungan dan causalitinya pada kehidupan di akhirat. Di alam barzakh, itu lah viva yang sebenar yang tidak ramai sedari.
Sahabat baikku banyak bercerita tentang kisah sahabat. Berkaitan persoalan tadi. Beliau menceritakan:
Pada zaman Rasullullah lagi telah disoal oleh sahabat kepada baginda. Baginda menjawab "Kerana persoalan sebeginilah yang merosakkan dan menghancurkan umat-umat terdahulu" Bukanlah tugas kita mempersoalkan urusan takdir. "Allah tidak suruhpun kita membahaskan sama ada perbuatan itu ditakdirkan atau tidak. Tugas kita adalah melakukan amal makruf nahi mungkar."
Banyak lagi yang kami perbincangkan. Syukur kepada Allah yang menunjukkan jalan. Memilih kita dari golongan yang terpilih. Tahu erti maksud dalam kehidupan. Ini lah dia bicara petang bicara psikolog. Bukan sekadar teori Freud, Maslow dsb.nya. Tapi berbicaralah mengikut bidang ilmu masing-masing dari sudut pandang seorang muslim. Kami, berbicara tentang psikologi dan penyelidikan dari sudut pandang psikolog muslim.
Sekian, sembang-sembang.

Wednesday, January 14, 2009
Monday, January 12, 2009
sehari dalam cerita yang berbeza
SCHA mengendalikan temu bual bersama pengantin baru dalam program Sehati Sejiwa.Berita Harian 13 Januari 2009
MAWI dan isteri tercinta memotong kek perkahwinan. Berita Harian 13 Januari 2009
SERANGAN bom udara dilepaskan tentera Israel ke atas wilayah utara Gaza semalam. Berita Harian 13 Januari 2009
LELAKI Palestin mendukung anaknya yang berlumuran darah. Berita Harian 13 Januari 2009
WANITA cedera parah dibawa ke Hospital Kamal Adwan di Beit Lahiya, utara Gaza, semalam. Berita Harian 13 Januari 2009
LELAKI Palestin mendukung anaknya yang berlumuran darah. Berita Harian 13 Januari 2009
Di Gaza, kaum wanita menangis biar lah kalau syahid pun aurat tetap dijaga.
Di Gaza, semua orang menangis tak cukup makan, ubat, dan tempat tinggal
Di Gaza, semua ala kadar. Kahwin ikut rukun utk dapat zuriat demi generasi.
Di Malaysia?
Bukan provokasi.
Bukan jealousy.
Tapi sekadar renungan.
Monday, January 5, 2009
Sahabat
http://www.imeem.com/people/c3gOud/music/mx92EzN3/hawary_sahabat
pertemuan telah ditakdirkan
pertemuan telah ditakdirkan
antara kita tidak pernah dirancangkan
manalah takdir hendak dilawan
semuanya ketentuan tuhan
wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama sama kita lalui
suka dan duka memburu impian
moga teguhnya ikatan ini
sahabat yang amat ku kasihi
susah senang kau disampingku
kehadiran dikau disisi mengubat sepi dihatiku
wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama sama kita lalui
suka dan duka memburu impian
moga teguhnya ikatan ini
sahabat yang amat ku cintai
susah senag kau disampingku
walau kini hilang dimata
namun kau tetap dihatiku
ooo...sahabat bertuahnya ku rasa
mendapat teman sepetimu
membimbing menasihatiku
hanya satu dlm beribu
sahabat yang amatku cintai
susah senang kau disampingku
walau kini hilang dimata
namun kau tetap dihatiku
namun kini hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilamat perpisahan
kemesraan bermekar diakhir perkenalan
sayup menitiskan air mataku
Subscribe to:
Posts (Atom)