Thursday, January 15, 2009

Sembang petang

Mmm..apa nak tulis di sini...fikir dulu. Banyak benda nak tulis.

Isu Israel vs Gaza; malas nak tulis coz terlalu ramai bincang hal ni. Quran juga ada sebut ttg kisah bani Israel ni. Tapi, hakikatnya ramai orang Islam sendiri tidak mengerti hakikat maksud hidup di dunia ini. Kalau tak silap, serangan Israel ke atas Gaza mulanya pada 26 Disember 2008. Hari itu juga aku viva Ph.D. Dan hari itu juga ulang tahun ke-empat Tsunami di Sri Lanka, Acheh, Thai, M'sia. Hari itu juga ulang tahun tragedi ribut di mana tu ..satu tempat di Sabah kalau tak silap. Pendek kata, setiap X'mas ada saja peristiwa. Ops...ada lagi satu peristiwa besar..26 Disember 1973 b'day K Ani.

....tetapi apakah erti nilai di sebalik kisah? Tidakkah setiap orang beriman itu berfikir/ menerima pembelajaran atas setiap kejadian? Berapa ramai orang Islam yang mendapat lesson learn disebalik setiap peristiwa? Atau adakah lagi orang yang berfikir "nak buat macammana..dah nasib org Palestine mcm tu. Dah ditakdirkan dah. Kita ni yang hidup di tempat aman, buat je lah keje kita" atau masih adakah lagi orang yang bertanya, "adakah nasib seseorang itu telah ditakdirkan atau atas usahanya sendiri?"

sebenarnya, hal ini lah topik diskusi aku sesama rakan siswazah setiap kali perjumpaan. Selain kita bincang hal penyelidikan tidak pernah tertinggal perkara yang menyentuh hal maksud dalam kehidupan ini. Perbincangan seperti ini rasanya lebih mematangkan kita dalam proses mendekatkan diri pada yang Maha Pencipta. Supaya apabila menemuiNya kelak, setiap persoalan kehidupan di dunia ada hubungan dan causalitinya pada kehidupan di akhirat. Di alam barzakh, itu lah viva yang sebenar yang tidak ramai sedari.

Sahabat baikku banyak bercerita tentang kisah sahabat. Berkaitan persoalan tadi. Beliau menceritakan:

Pada zaman Rasullullah lagi telah disoal oleh sahabat kepada baginda. Baginda menjawab "Kerana persoalan sebeginilah yang merosakkan dan menghancurkan umat-umat terdahulu" Bukanlah tugas kita mempersoalkan urusan takdir. "Allah tidak suruhpun kita membahaskan sama ada perbuatan itu ditakdirkan atau tidak. Tugas kita adalah melakukan amal makruf nahi mungkar."

Banyak lagi yang kami perbincangkan. Syukur kepada Allah yang menunjukkan jalan. Memilih kita dari golongan yang terpilih. Tahu erti maksud dalam kehidupan. Ini lah dia bicara petang bicara psikolog. Bukan sekadar teori Freud, Maslow dsb.nya. Tapi berbicaralah mengikut bidang ilmu masing-masing dari sudut pandang seorang muslim. Kami, berbicara tentang psikologi dan penyelidikan dari sudut pandang psikolog muslim.

Sekian, sembang-sembang.

2 comments:

anjut said...

ada lagi satu peristiwa besar..26 Disember 1973 b'day K Ani.

hahha!kenapakah?tym tu jugak besday Irsyad anak mamet n Raihana anak ijah???hehehe!


geram jugak dgn sesetengah org yg melekeh2 usaha nak melawan Amerika n Yahudi...

DeAnaziha said...

jgn lupa..ayah pun besday on december. Nyak..nyak..nyak..