Semalam baru balik dari IJN. Apa ceritanya?
1. Tiub babang ada darah yang blocking. So, aspirin kena tambah setiap hari.
2. Operation? Pakar minta pandangan mama n papa. Tapi dari dulu mama n papa dah mention operation hanya kalau keadaan terlalu mendesak. Itupun tak perlu major operation, cukup pasang tiub baru. Pakar setuju. Semalam, dr. pakar sekali lagi jelaskan oleh kerana keadaan babang tidak seperti kanak-kanak normal (kesihatannya), operation hanya menambah kesakitan (kena belah, tebuk, masuk tiub kat hidung, fisio) dan tak dapat beri manfaat yang banyak. Babang tidak perlukan oksigen untuk berlari, melompat, dsb. nya. Kalau terpaksa, pasang tiub, yes. Tapi hanya jika keadaan betul-betul memerlukan. Walau pasang tiub, tetap akan trauma sebab sama juga kesakitannya (belah, tebuk, masuk tiub kat hidung, n fisio) cuma ia bukan major (kalau sebut major bermaksud jantung perlu dihentikan sementara semasa prosedur).
3. So, what's next? Walaupun tidak seperti kanak-kanak normal, babang still ada hak rasa happy, selesa, makan makanan yang sedap n khasiat, kasih sayang, n lihat pemandangan yang cantik. (note: babang 30 Julai ni PDK beritahu mama ada lawatan sambil belajar di Pusat Sains Negara. Tapi mama n papa kerja, dan oleh kerana banyak kes swine flu ni, lain kali lah. Mama n papa bawa babang tempat lain...dgn kakak n adik amat lah).
Life goes on....mama n papa gembira dapat babang sebagai anak. Abang Farhan kita dah ada di 'sana'. Babang dah pasti. Tapi mama n papa tak akan ambil kesempatan yang 'mengada-ngada'. Apa maksud kesempatan mengada-ngada? Suatu masa dahulu, mama pernah pergi satu program khas OKU. Tetapi tidak begitu selesa dan rasa malu kerana pengerusi/setiausaha (tak ingat...dah lama) dengan suara yang kuat berkata "Tuan-tuan dan puan-puan tak perlu risau. Kerana kita sekarang ni sedang menjaga ahli syurga. Kita pun akan masuk syurga kerananya". (note: Mama dari kecil dah didik menjaga adab berpakaian dan pergaulan. So, mama memang alergi dgn orang yang tidak menjaganya. Minta maaf siapa yang terasa, tapi itulah ajaran agama dan didikan yang kami adik-beradik terima. Kalau kita malu dgn ajaran agama kita, kenapa pula kita tak rasa malu nak minta syurganya?).
Tak kisah lah sesiapa nak cakap apa. Tapi mama agak malu dan marah kerana siapalah kita yang berhak meletak martabat kita ni antara syurga dan neraka? Sebab bagi mama, walaupun dah ada seorang anak yang menanti di sana dan seorang dah dijanjikan, sebagai ibu bapa sepatutnya jadikan itu satu ukuran utk kelayakan diri. Kalau kita tak jaga peribadi, akhlak dan hubungan antara makhluk dan pencipta dan makhluk sesama makhluk, macammana kita boleh begitu obsess tentang syurga Allah? Mama takut sangat buat benda tak elok, sebab salah satunya takut nanti abg Farhan n babang malu punya ibubapa yang tak senonoh. Dan kesempatan tu kalau nak ambil, biarlah kesempatan yang 'penuh bermakna' dan 'penuhi kesempurnaan tujuan hidup di dunia'. Wallahu 'alam.
4. Ada banyak cerita lagi. 5 jam di IJN banyak perkara berlaku. Lain kali cerita lagi.
1 comment:
kalau pak anjut ada kt mesia kan pak anjut leh temankan babang. ~sigh~ bagi yg tak tau, babang istimewa, bukan bermakna dia membebankan. pak anjut pernah jaga dia, pak anjut tau ler.
haish..dah membuak2 rindu ni..
Post a Comment