Ramadhan tahun ini keluarga ANAZIHA sambut dengan kehadiran ahli baru ~ Muhammad Zafran bin Ja'afar. Ini lah dia adik Amat tu. Amat lahir 3 Ramadhan yang lalu @ 24 Ogos 2009. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan semua urusan. Asalnya mama nak terus ke office, tapi rasa malas nak naik tangga tingkat 3 dan hati kuat berkata hari ini adik Amat keluar. Terus saja papa hantar ke hosp. jam 8.30 am. Mama n papa berhati-hati sebab pengalaman lepas babang & kakak nak keluar pun tiada tanda awal. Lagipun, mama ada masalah diurat kaki dan pinggul kesan kemalangan motor beberapa tahun lepas [Masa itu, hujan lebat. Naik motor terpeleset di highway Shah Alam balik dari jengok Pak Mamet nak SPM di KISAS]. Mmm, balik pada cerita tadi, rasa sengal urat tu lebih sakit mengatasi rasa contraction.
Dipendekkan cerita, jam 8.30 am masuk kecemasan, 10.30 am tolak ke labour room, 10.45 am adik Amat keluar, 5.00 pm short meeting dgn research group Kajian Orang Asli di Wad 8B Bilik no. 7 utk catat minit tunda presentation besar coz key player branak!, 5.30 pm tak sabar nak balik rumah cepat tapi kena stay 1 night juga coz dr lupa suntik BCG kat amat. Mujur papa boleh teman, ada lah teman berbual mama dan amat mlm tu.
Mama buat masa ni terpaksa vibrate hpone coz byk sgt call n sms urusan kerja. Kali ni nak menikmati cuti beranak betul-betul (Depa ni pun pelik, bukan ke semua urusan rasmi dah diselesaikan lebih awal. Bagilah mama ANAZIHA rehat sat...). SELAMAT BERCUTI.......
*****gambar-gambar dlm laptop papa. Akan di upload kemudian********
2 comments:
Alhamdulillah...tahniah kak..
nnti upload gambar ye..
tahniah kak nina..ehhh??kakteh!
Post a Comment