Monday, October 26, 2009

Bila waktu telah berakhir



Sebagai Penyelidik Sains Sosial, kerja lapangan perkara biasa. Penyelidik perlu berada di makmal semasa proses pengumpulan data. Di mana makmal Penyelidik Sains Sosial? Pentas dunia adalah makmalnya, dan manusia subjek analisisnya. Kadangkala (seringkali) walaupun tiada penyelidikan formal, tetapi 'research' sudah sebati dalam diri mama ANAZIHA ini.

Anak-anak, kenapa mama menulis tajuk ini? Ada cerita disebaliknya. Hanya satu rahsia mama ingin berkongsi.

"Dengan penyelidikan, kita dapat tahu banyak kebenaran". Sebab kita bercakap tentang sesuatu yang logik dan empiris. Bahkan dari hal sekecil seperti memilih kasut pun kita perlu melakukan sedikit kajian. Siapa yang nak guna kasut itu? Jenama apa? Kenapa pilih jenama ini? Apa beza dengan jenama lain? Untuk kegunaan apa? Bahan apa material kasut ini? Hinggalah hal sebesar-besarnya seperti hal kehidupan dan kematian.

Kenapa mama suka menyelidik?

Seronok bila melakukan penyelidikan. Membina proposal, melaksanakannya, menganalisis, melapor, membentang hasil. Asyik seperti seorang penari menari di atas pentas tarian, seorang chef handalan memasak di dapur sajian istana, dan seorang nakhoda di atas pelayarannya. Tetapi bukanlah syok sendiri yang dimaksudkan.

Bagaimana?

Bayangkan, hasil penyelidikan mama dapat menyumbang kualiti hidup 147,000 Orang Asli di Malaysia. Dengan penyelidikan juga, mama dapat menyumbang kepada kesejahteraan kanak-kanak (1/3 populasi di M'sia adalah kanak-kanak). Para nelayan, petani, bahkan bekas banduan dan penagih yang pulih punya rasa diterima masyarakat.

Tetapi hari ini mama rasa sangat sedih. Begitu ramai remaja terlibat kes delinkuen dan jenayah. Itu perkara biasa. Tapi salahlaku seksual? Kes buang anak dan remaja lahirkan anak luar nikah semakin meningkat saban hari. Dadah? Bayangkan, remaja ini suatu hari akan menjadi ibubapa. Bagaimana ibubapa pada masa akan datang? Dan anak-anak yang dilahir itu pula akan menjadi remaja. Bagaimana dunia akan datang? Sedang yang mengaji agama pun banyak juga terbabas.

Ya. Kadangkala research ada honorariumnya (jika konsultansi) dan KPI. Dan ada juga penyelidikan fisabilillah (tidak mengharap ganjaran $$ dan pangkat). Yang ini biar Allah yang bayar kerana ganjaran Allah beri lebih besar daripada yang manusia beri. Pilihan yang kedua ini adalah yang terbaik. Mudahan ada sesuatu yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan generasi masa hadapan. Marilah kita mulakan dengan diri kita. Kita menyelidik "Dari mana kita datang. Dimana kita sekarang. Dan kemana selepas ini."

Semasa mama menjadi Peg. Penyelidik dahulu, mama banyak out-station. Babang selalu terpaksa ditinggal. Kali pertama pengumpulan data di Sik, Kedah, sebaik sahaja kereta diparkir kediaman, mama dapat panggilan daripada papa babang demam panas. Hendak pulang semula? Letih, drive non stop dari KL ke Sik. Babang di Melaka bersama papa. Tawakal. Papa kata teruskan kerja. Kajian perlu diteruskan.

Kakak pula membesar sejak dari kandungan hingga lahir, bersama aktiviti penyelidikan. Mungkin kerana itu, nampak lain sedikit daripada kanak-kanak seusia dengannya. Jumpa kanak-kanak asli, kakak rasa seronok jumpa kekawan.

Zafran pula, seusai lahir saja bertubi-tubi sms tentang research. Bahkan tidak sampai 8 jam melahirkan Zafran, meeting penyelidikan dijalankan diwad hospital! Cuti bersalin? Rasanya tiada walaupun ada.

Hmm..itu semua cerita ceriti mama sepanjang menjadi researcher. Entah kenapa, mama memilih untuk menulis cerita ini sedangkan boleh memilih untuk tidak menulis.

Jawapannya: disudut hati ada banyak rahsia.

Wednesday, October 21, 2009

Intai-mengintai (Skodeng)


Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan.
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Mengintai pembinaan show house De'Siran di Enstek, end lot. Tengok tak kena bayar pun... so kita orang pergi le tengok... manalah tahu kan... melekat.

Pelan lantai tingkat atas.

Pelan lantai tingkat bawah (ada taman 'courtyard' dlm rumah).

Ilustrasi rumah contoh De'Siran... ala-ala bunglo. End lot dengan keluasan binaan minima 2326 kaki persegi. Keluasan tanah 75" x 34" kaki. Developer siap sediakan pagar batu, dan rumput disekeliling rumah (warna hijau). Tak pernah jumpa design macam ni punya mantap selama kita orang pergi tengok taman-taman perumahan sebelum ni dengan harga... sangat-sangat kompetitif (tak pasti mampu ke tak tapi memang tiptop). Developer adalah TH Properties... anak syarikat Tabung Haji... stabil rasanya.

De'Siran pandangan sisi belakang

De'Siran pandangan sisi.


Teres 1 1/2 tingkat.

Teres setingkat


Antara rumah yang sudah dimiliki pembeli samada utk duduk atau investment. Rumah di sini punya design yang futuristik, finishing yang halus dan kemas, persekitaran hijau serta harga yang berpatutan pasaran semasa. Sekolah rendah dan sekolah menengah hanya beberapa km sahaja dan 10 minit dari LCCT dan KLIA. Menarik bukan...

Adakah kami akan menjadi sebahagian dari komuniti di sana?? Ada rezeki, Insya Allah.........

Sapa nak tengok... jom ke http://www.th-properties.com/

Tuesday, October 20, 2009

Anak siapakah mereka ini?














































Mereka ini anak kesayangan mama dan papa dia.
Kakak, babang dan adik Amat seronok habiskan masa bersama. Sebenarnya hari ini hari terakhir maternity leave mama. Selepas ini, kakak dan adik Amat akan selalu ikut mama turun field jumpa Orang Asli, orang tak asli, orang pelik, dan orang biasa-biasa. Kita buat community study. Babang pula, ada tempat yang sesuai akan ikut juga.
Are you ready???

Monday, October 19, 2009

Rombongan Che Lah

Pada 18 Okt. 2008 (30 Syawal 1430), rombongan Che Lah ke rumah adik-adik Atok Mak di sekitar Lembah Klang. Sebenarnya rombongan dah mula dari semalam (17 okt.) ke rumah Atok Su (Abd. Razak Idris) di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Tapi Atok Mak tak dapat sertai. Tak sihat. Beberapa hari lepas atok mak buang air kecil keluar batu karang. Atok demam dan batuk. Semalamnya dah dibawa medical check-up di HUKM oleh Acik, dan mama advised Mak Tam bawa atok ke homeopathy.
Alhamdulillah, beransur baik dan atok cuba gagahkan badan ziarah adik-adiknya yg lain -- Tok Uda dan Tok Anjang. Rindu katanya. Mama terharu bila bibik bgtau "Mak Teh, kesian atok mak. Termenung aja. Dia tanya bibik, macammana agaknya nanti ye bik. Nangis tak agaknya jumpa adik-adik nanti. Dah lama tak jumpa.."
Balik pada cerita di rumah Tok Su; mama, papa, kakak dan keluarga Acik saja yang pergi. mak tam bawa atok ke homeopathy. Tok Su masak asam pedas. Rasanya sama macam arwah atok mak mama masak. Tak boleh lupa, Tok Su sanggup tunggu kami utk makan tengahari (waktu tu pukul 3 ptg.). Semasa mama kecil, atok ayah pergi mekah, Tok Su lah yang teman mama adik beradik. Masih ingat lagi, semasa tu Taman Air Hitam tiada letrik dan air paip lagi. Tok Su lah yang mengepam lampu gas (bocor pulak masa tu) sambil kami adik-beradik makan malam dalam suasana samar dan bau minyak tanah (kan lampu gas bocor..).
Sebelum lebih lanjut lagi, diingatkan rombongan ni semuanya sebenarnya diatur oleh Mak Long. Bersemangat buat tentatif termasuk nak pergi rumah atok long di batu 14 Hulu Langat. Tapi kita merancang, Allah juga perancang. Dan Dia yang Maha Perancang. Mak Long tak dapat sertai sebab Farhana demam dan kena sawan dua kali. Di tahan wad. Tak apa lah. Semua ada hikmah tersembunyi. Jadi ahli rombongan hanya mereka yang ada di dalam gambar di bawah.
Ketua rombongan: Atok Mak

Ahli rombongan 1a: Kakak (Farhah Naziha)

Ahli rombongan 1b: Mama n papa

Ahli rombongan 3: Acik, Papa Rossi, Nana Tanjung (Raihana)


Ahli rombongan 3: Pak Tam, Mak Tam, baby Zul Afnan
***************************************************************************
Kunjungan ke rumah Tok Anjang (Azman Idris) di Kayangan Height, Shah Alam

Tok Mak Anjang hidangkan Nasi Arab

Tok Anjang patah pergelangan tangan dua hari raya lepas main bola


*********************************************************************************


Kunjungan ke rumah Tok Mak Uda (Maryam Idris) di Jln. Tangguk, Seksyen 17, Shah Alam

Tok Uda; pasangan berbaju biru.
Semua kekenyangan dengan makaroni baryani masakan Tok Mak Uda.
***********************************************************************************
Seterusnya kunjungan silaturahim ke rumah mertua Acik di Ijok. Akibat terlalu kenyang, lupa nak ambil gambar.. maaf ye Papa Rossi. Di Ijok, kami dihidangkan daging black pepper, bawal
sweet sour, sayur campur, ikan gerih, bilis goreng air asam, masak lemak mayong, dll dessert. Dan lagi.......dapat bungkus bawa balik.
Alhamdulillah. Misi berjaya dgn selamat. Kunjungan silaturrahim ni sebenarnya aktiviti lazim setiap tahun. Atok Mak Uda dan Tok Anjang kata ada masa yang sesuai nak buat family gathering.
Untuk ANAZIHA, jangan lupa teruskan tradisi ni bila kami dah tiada nanti.

Saturday, October 3, 2009

Satu hari di hari raya

Sambutan raya dan family day di UPNM
Sebenarnya kakak hari ini masuk pertandingan rebut gula-gula dlm tepung. Dari malam dah practice dan atur strategi. Malangnya, cuaca tak mengizinkan---mendung dan gerimis.


Utk tak mengecewakan kakak, mama n papa bawa kakak tour the mines wonderland.....(papa n mama yg tak sabar sebenarnya sejak duduk serdang 1996 inilah kali pertama dapat tunaikan hajat dengan alasan yang logik). Kakak tanya, "Ma, salin baju tak?". "Mm..tak payahlah. Kita pakai baju raya je".


Inilah juga kali pertama kami berpakaian raya di shopping mall dan menaiki cruise..............

Meraikan kakak 3 month before enter integrated kindergarden preschool.
Lepas ni kena belajar sungguh-sungguh, jgn ponteng.


Our belated anniversary...


Like father, like daughter.
Ambil kesempatan posing dgn kehijauan padang 'Palace of the Golden Horses'

Yang mana satu rumah Tun. Dr. M?

Cruise mengelilingi tasik the Mines. Kedalaman tasik adalah 200m!

Ok......sampai sini saja catatan utk kakak............

Thursday, October 1, 2009

Melayu Islam: Kurang fikir atau kurang zikir?

Kata Tun Dr. M, --- 'Melayu mudah lupa'. Kalau hukum mantik, nyanyuk itu lupa sifatnya. Maka, Dr. A kata ---'Melayu mudah nyanyuk'.

Dari bahasa pula, kata akar melayu adalah 'layu'. Jadi, ditambah 'me' menjadikan suatu sifat yang semakin layu [nota: bangsa Melayu adalah variable nominal, bukan ordinal. Namun, subjek iaitu individunya boleh jadi punya sifat layu yang ordinal -- sama ada menaik atau menurun.]

Tapi siapa sebenarnya Melayu? Dari mana bangsa Melayu itu berakar umbi? Adakah sama umbinya dengan bangsa Aceh, Bugis dan Jawa. Bagaimana dengan Maori di New Zealand?

Cukup disini saja persoalan Dr. A utk difikir-fikirkan secara santai maupun serius.

Fikir dan zikir bagai irama dgn lagu.
Soalnya, Melayu Islam kurang fikir atau kurang zikir?

Fikir..fikir..

Sebenarnya perkara di atas respons awal kepada sebuah buku yang sangat penting dibaca karangan Pahrol Mohamad Joudi (2008). Terbitan Telaga Biru. Harga RM30/-

akan bersambung..........