Monday, December 14, 2009

Ini jawapannya

Kali pertama sepanjang sebagai penyelidik ini pengalaman pertama mama menghabiskan masa seharian selama seminggu di lautan. Tiada masa langsung utk bersiar atau membeli-beli barang. Selalu, jika aktiviti pengumpulan data seperti ini mama akan membawa bersama pembantu-pembantu penyelidik (enumerator) terapi diri dgn bersiar-siar sehari sebelum menyambung kembali tugasan di lapangan.

Kali ini, mama lebih suka menghabiskan masa dengan komuniti Bajau laut di Semporna sambil menikmati keindahan ciptaan Allah. Siapa sangka, di tengah lautan luas, ada manusia yang boleh hidup sebagai keluarga dan berkembang sebagai sebuah komuniti? Cuma kehidupan mereka jauh ketinggalan daripada kita di sini. Ini yang membuatkan mama lagi ingin menyumbang sesuatu kepada mereka.

ANAZIHA, ingat pesan mama "Cari lah ilmu sebanyaknya. Tapi jangan lupa beramal dengannya". "Ikut resmi padi, lagi berisi lagi menunduk".

Kerana ada orang sibuk mencari ilmu, tetapi bukan untuk menyumbang. Ada orang sibuk mencari ilmu, tetapi memecah belahkan msykt. Ada orang sibuk mencari ilmu, tetapi untuk menunjuk-nunjuk siapa lebih hebat. Begitu juga dgn harta kekayaan.

Jauh mama berjalan. Jauh juga fikiran melayang. Apa lagi tujuan maksud kehidupan ini. Perjalanan yang jauh ini. Mama teringat babang Anas. Bilalah agaknya babang boleh memanggil nama "mama" dan "papa". Teringat kakak dan adik amat. Jadilah anak-anak yg soleh dan solehah. Teringat atok mak dan atok ayah. Terima kasih mendidik mama sehingga menjadi sebegini. Pada papa. Sambil fikiran pada kalian dan mata melihat-lihat laut yang luas, tiba-tiba terpandang kepada suatu ciptaan. Allah Maha Besar, ini jawapannya:


Kalimah Allah berhampiran Pulau Bohey Dulang, Semporna

No comments: