Saturday, December 5, 2009

Langgar lari

Assalamualaikum ANAZIHA.

Ketika ini mama sdg melaksanakan penyelidikan bersama komuniti Bajau di Tawau. Dari 5 hingga 12 Dec. Tadi dengar bayi bajau menangis, suara sama mcm che mat. Mama rindu lah. Ada juga budak perempuan mcm kakak tak pakai baju berenang dlm laut. Budak mcm babang? Tak jumpa lagi budak sehensem babang la..

Hari pertama, seharian berada di Pulau-Pulau kecil bertemu ketua-ketua masyarakat dan bertemu pelajar yang duduk bersama keluarga angkat masing2. Hati sangat bersyukur dapat menjejak kaki ke sini. Dah lama mengidam utk bertemu komuniti Asal di sabah. Perbincangan sesama pakar bidang dapat satu kesepakatan utk memajukan komuniti ini yg majoriti miskin tegar dan muslim.

Balik tmpt penginapan, maklong n pak met bgtau atok ayah accident. Langgar lari. Cedera kecil. Hm..nampaknya dlm seminggu dua kali lah famili mama dilanggar lari. Semalamnya seorang Pak Lebai langgar AVANZA kita. Berdentum kuat. Semua kereta berhenti. Tapi pak lebai tekan minyak pecut lari. Mama lihat kesan scrash di bumper tepi belakang & cat kereta pak lebai yang tinggal. Tapi hati mama ni kemek lah sikit. Sangat geram sebab Pak Lebai pecut lari tak minta maaf. Anak2 ramai dlm kereta. Mama kesal kopiah yg dipakai hanya sekadar pakaian.

Berbalik pada atok ayah. Kali ni pak aji pulak kena langgar lari. Tapi atok ayah n atok mak kata kecederaan kecil. Tok Cik n Tok Lang tolong ke hosp. Hmm..terima kasih semua yg bantu. Mama n adik beradik jauh-jauh. Risau atok tinggal berdua di kg. Tapi atok ayah sangat setia dgn kg halaman dan kawan warungnya. Bukan sekali atok accident. Jatuh bilik air pun dah byk kali. Tapi bila call, steady katanya. Atok juga sangat setia dgn honda cup nya. Kereta jadi pameran saja. Pernah juga offer pembantu rumah. Tak payah, katanya. Atok ayah tidak bebas nanti. Ajak tinggal di KL, tak ada warung. Atok ayah bosan. Apa-apapun, asalkan atok gembira.

Nampaknya masa tidak mengizinkan. Sekejap lagi ada program di perkampungan Bajau.
Kakak jgn tarik rambut che mat ye.............

2 comments:

Khairunnisa' Haji Hamsan said...

Ari tu dah try tinggal di Lunas. Walaupun ada surau dan warung, ayah tak kerasan sebab bahasa dah lain, tak sama macam di Air Hitam.

DeAnaziha said...

Ayah suka dgn identitinya. Biar lah. Cuma siapa yg lihat mungkin tersalah faham coz anak dah ramai kerja tapi masih guna motor cup nya. Surau tu kenangan dgn arwah abah atok ayah. Warung tu mmg tmpt kekawannya. Sentimental value yg tak ramai org faham. Atok ayah tak boleh berpisah dgn air hitam bkn sebab tu saja tapi kerana kenangannya.