Monday, January 16, 2012

Apabila kakak mula bertanya

Hari ini 17 Januari 2012, masuk minggu ke-2 kakak sekolah di Bahtera Khalifah. Alhamdulillah, hajat sekolahkan kakak guna modul little caliph tercapai. Kelmarin, terasa damai walaupun sekarang musim panas. Sedang dalam perjalanan daripada The Mines Wellness Hotel balik ke rumah (kakak, amat dan papanya menemankan saya retreat penyelidikan), terdengar kakak berkata sesuatu. Bukan menyanyi, tetapi semacam menghafal sesuatu. Bila mama dan papanya suruh ulang dengan kuat, kakak agak malu-malu tetapi bersuara juga..begini bunyinya jika tak silap (yang mama ingat)"...ibubapa ditaati, guru dihormati, saya Islam sampai mati, laaillahaillallah muhammad rasulallah. Yes!"

Kakak kata: "mama, mama kata kerana Allah kita hidup dan mati". Teacher ajar "Kita Islam sampai mati". Sama ke lain mama?"

Kali ni mama cuma senyum dan peluk kakak. Dua-dua sama. Kakak kena ingat sampai bila-bila.

Hari ini pula, kakak demam. Jam 9.30 am mama ambil kakak sebab teacher call. Kakak hanya diam dan nak menangis.

Dalam kereta, tiba-tiba kakak bertanya "mama..mama...bila babang akan jalan? Babang boleh jalan bila mama?"

"Insya Allah, babang memang boleh jalan, tapi mama pun tak tahu bila. Kita doa je dia cepat sembuh"

"Babang sakit kan mama?"

"Ya"

Selepas itu, kami sama-sama diam. Dalam kepala mama cuma berkata-kata "Mungkin kakak diam dlm kelas bukan sebab demam, tapi fikir tentang perkara ini." Tapi dalam hati, memanglah terasa sedih dan sayu dalam masa yang sama gembira dengan perkembangan kakak hingga ke hari ini.

Kakak pula, mama tak tahu fikir tentang apa.

Terus, kereta meluncur perlahan konsisten hingga ke rumah.

2 comments:

Khairunnisa' Haji Hamsan said...

hahaha mama tulis mcm ayat novel.Hmmm dah besar anak sedara mak long, boleh fikir macam2.Sayang kakak! (ayat cover sbb nak ternanges jer nih)

DeAnaziha said...

Aik, mak long baru tau ke? Hehehe..