Friday, December 10, 2010

Apa cara fikir kita? Mari menyelidik.........

Aku hebat, anda orang hebat!

Betulkah cara fikir ni? Keliru lah.

1. Apa maksud 'hebat'?
2. Siapa yg lazim berfikir dirinya lebih hebat drp orang lain?
3. Apa tujuan menyatakan 'anda orang hebat'? Pujian ikhlas? Berlapik? Bodek?

ah, malas berdebat. Buka sirah, hadith dan tafsir quran. Kaji! Buat research!

1. Kenalpasti dlm sejarah ciri org yang berbudaya fikir begini, kaji latar belakang dan kesan/akibat cara fikir begini.
2. Kenalpasti juga adakah sama berfikiran 'mahu menjadi orang hebat' berbanding 'mahu menjadi orang cemerlang'?
3. Kenalpasti ciri personaliti org hebat yang mengaku diri hebat berbanding orang yang memang benar-benar hebat tetapi merasa diri sangat kerdil pada kehidupan ini?
4. Kenalpasti cara memuji ajaran Rasulullah.

Selamat menjalankan penyelidikan.............

Monday, November 29, 2010

Tiba-tiba teringat babang Anas

Sekarang jam 5.51 pm. Belum habis tanda skrip jawapan pelajar. Mama akan balik lewat.
Sambil mendengar lagu nasyid kumpulan Mirwana dan ayat-ayat quran daripada youtube.

Tiba-tiba teringat babang Anas.

Sepatutnya pada masa ini babang Anas sibuk mencuba pakaian sekolah. Mama dan papa orang lain tentu excited bila anak pertama akan bersekolah.

Babang Anas tahun 2011 akan masuk 7 tahun. Bermakna darjah 1.

Tapi, babang Anas tak akan shopping pakaian sekolah, buku dan alatulis!

Babang akan duduk di rumah dan mama & papa akan cuba sediakan yang terbaik agar babang Anas tidak bosan...

Tuesday, November 16, 2010

Selamat aidiladha dan refresh diri

AllahuAkhbar..AllahuAkhbar..AllahuAkbar.
Tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah Yang Maha Besar
Allah Maha Besar..Allah Maha Besar..Allah Maha Besar.


Salam aidiladha buat semua muslimin dan muslimat.
Selamat menunaikan ibadah korban.
Selamat juga kepada semua bakal haji dan hajjah di Tanah Suci. Kepada Atok Mak; moga atok mendapat haji yang mabrur.
Selamat menjadi anak-anak yang cerdik juga kepada ANAZIHA.

Kepada babang Anas, kakak dan Che Mat,
Untuk pengetahuan anak-anak sekelian, hari raya korban adalah sangat istimewa untuk kita meraikannya. Sebab di sini banyak kisah dan sejarah yang mengingatkan kita kepada pengorbanan para nabi dan rasul terutama nabi Ibrahim dan Ismail pada suatu masa dahulu. Di rak buku ada koleksi kisah para nabi. Nanti kalian dah pandai baca boleh baca semua buku-buku tu.

Hari raya korban juga adalah ulangtahun kelahiran dan 'kepulangan' salah seorang ahli keluarga kita iaitu anak mama dan papa yang pertama dan abang sulung kalian iaitu Allahyarham Ahmad Farhan. Kira-kira lapan tahun yang lalu, ketika saja takbir raya didengarkan, Abang Farhan lahir dan meninggal dunia. Sebenarnya, bukan abang Farhan meninggalkan dunia, tetapi dia mendapat lesen besar untuk terus menuju ke tempat yang semua orang inginkan pada hari manusia dibangkitkan nanti iaitu taman-taman al-firdausi. Walaupun Farhan telah lama pergi, tetapi mama dan papa tetap merasa Farhan ada di samping kami. Cuma, minta maaf sebab selalunya kalau sesiapa tanya ada berapa orang anak, kami akan menjawab '3'. Sebab kalau jawab 4 dan 1 telah meninggal, kami sudah penat nak menjawab sebab-sebab dan sejarahnya. Lagipun setiap ke mana-mana mama dan papa pun dah penat menjawab tentang sejarah kesihatan babang Anas. Tak pa..Farhan di sana doakan adik Anas sejahtera selalu sebab adik Anas juga telah mendapat lesen bermain di taman firdausi tu. Doakan juga agar mama dan papa menjadi superwomen dan superman dalam menghadapi ketentuan ini. Kakak dan Che Mat nak jadi apa? Hmm..kakak kata dia nak jadi Princess dan Che Mat jadi Ben10.

Tidak kisahlah nak jadi apa pun. Tapi jangan jadi watak yang dibenci Allah dan Rasullullah. Menjelang hari raya korban ni, sekali lagi refresh diri untuk menjadi yang lebih baik daripada semalam. Semoga semua amalan diterima dan termasuk dalam senarai penerima lesen ke taman firdausi.

Sunday, October 17, 2010

aktiviti bersama masyarakat Chee Wong


Hai nenek...kakak bersama isteri Tok Batin Bak bin Raja Tek


Kakak memerhati kawan-kawan belajar menjaga kebersihan gigi


Kakak di dalam rumah penginapan kami


Kakak lagi...



Salam sejahtera..


Hujung minggu yang lepas 16-17 Okt 2010, kakak neha, mama dan papa telah menyertai program pembangunan komuniti bersama masyarakat Orang Asli Chee wong di Kg Sg. Enggang, Lanchang Temerloh, Pahang.

Seronoknya, inilah julung kalinya kakak neha dan mama tidur di hotel bertaraf 6 bintang! Wah, superb! He..he..inilah hotel kami:




He..he..kali pertama kakak neha dan mama bermalam dalam rumah tradisional masyarakat Chee Wong. Papa pula tidur di dalam Avanza kami sebagai petugas keselamatan.


Kakak lah yang paling seronok sebab last minit mama dan papa offer utk dia ikut serta. Hmm..'handbag' mama mana boleh tinggal. Tapi sebelum pergi kakak dah diberi taklimat gambaran sebenar program outreach ni. Sebab selama ni kakak ikut juga pergi collect data atau bengkel, tapi tinggal di hotel paling kurang 3 bintang. Kali ni di kg Orang Asli, dan di rumah Orang Aslli. Kakak kena bersedia dengan suasana tidak selesa (tiada aircond), toilet jauh, tiada letrik, ada lipas, katak, nyamuk, semut, anjing, ...lain-lain gambaran yang menakutkan bagi budak 4 tahun yang kedai runcitnya adalah JUSCO.

Tetapi, apa yang berlaku di tempat kejadian...

Kakak excited! Kawan-kawan ramai (kanak-kanak Chee Wong), ada nenek, atok, kakak-kakak dan abang-abang, dan dapat tidur dalam pondok.

Lihatlah gambar-gambar di atas.

Ha..setakat ni saja cerita aktiviti kakak neha. Mama rehat dulu sebab letih baru sampai rumah dan nak siapkan laporan penyelidikan lain.


Saturday, August 21, 2010

Dodoi pesanan

dengarlah ini
dodoian kasih ... meniti tidurmu
biar ku ayunkan buaian cinta ...tanda bahagia

telah hadir...mu insan ketiga
memberi cahaya
ku tatang bagai minyak yang penuh...tanda berharga

tidur lah..tidur biar lena
dengan dodoian kasih ini
nanti bila terjaga..dapat kau jadi insan berguna
tidurlah..tidur biar lena
dengan alunan cinta dihati
nanti bila dewasa..dapat berbakti pada agama

dengarlah nasihatku
tanda kasihku padamu
jadilah insan
berbakti pada Tuhannya, tamak mengharap redhanya
biarkau jauh berkelana
mencari ilmu didada
nanti bila ku tiada..dapat kau beza
mana kaca mana permata
dunia penuh pancaroba..tersilap padahnya
jangan terburu kehendak nafsu
kerana ia teman yang palsu

tidurlah..tidur anakku..


______
ubahsuai sikit daripada lagu asal: Dodoi pesanan (As-Shoff)

Sunday, August 1, 2010

Makbik dah balik kampung (Indonesia). Cuti ibunya sakit. Agak serba salah untuk beri izin pulang. Sebulan setengah bukan masa yang pendek! Lebih-lebih lagi kami dah berpengalaman dengan hal bibik sebab dah lima kali bibik saling bertukar. Jika sudah balik Indonesia biasanya tidak akan pulang ke Malaysia.

Hmm...mama mengeluh panjang. Memanglah bukannya mudah nak jaga anak yang istimewa. Sebenarnya tak susah, tapi perlu lebih kesabaran. Sebab budak istimewa macam babang ni tak boleh lari sana sini sebab cuma boleh bergolek saja. Babang pun tak banyak mulut sebab tak pandai bercakap; dah 6 tahun kami menunggu babang boleh panggil nama 'mama' n 'papa'.

"Makbik, takpa lah. Makbik balik lah. Tapi tunggu urusan levinya selesai. Sebab nanti kalau cuti lama levi mati dah tak boleh masuk Malaysia. Makbik kena janji ya, jika tidak mahu kerja lagi mohon beritahu lebih awal. Tapi kalau makbik dapat bertahan dengan kami hingga lima tahun, umrahnya macam yang saya janjikan. Insya Allah, ibu bibik di sana pun Allah jaga sama spt makbik jaga babang."

"Terima kasih, makteh. Bibik memang mahu kerja lama. Cumanya terpaksa balik ibu bibik sakit. Takut tak sempat jumpa".

"Iya. Saya akan urus secepat mungkin tiketnya. Makbik dah boleh kemas barang dan beli apa bekalan nak dibawa pulang".

Hmm...tiba-tiba saya mama tertulis post ni. Pada hal dah seminggu makbik tiada. Dah seminggu adik amat tiap pagi bersama kakak mama hantar ke nursery dan ambil petangnya. Sementara papa buat kerja di rumah sambil menjaga babang. Alhamdulillah, nasib baik juga papa cuti belajar. Cuma agak kelam kabut bila tiba waktu jumaat. Mama akan bergegas balik supaya papa dapat solat jumaat, dan bergegas semula ke tempat kerja sebab ada kelas 2-4, sementara itu papa juga akan bersiap dengan babang dan kami akan bertukar kenderaan di tempat kerja mama sebab papa pula ada kelas jam 5.

Jumaat lepas, bersama babang, kami perlu ambil kakak dan amat di nurseri. Tiba-tiba hujan lebat hingga tiba di rumah. Mama dan kakak sama-sama berfikir macammana nak turunkan anak-anak yang satu tak boleh jalan, satu baru pandai jalan, dan satu walaupun boleh diharap tapi umurnya masih 4 tahun. Akhirnya, mama mohon kakak jaga adik-beradiknya sementara mama buka pintu pagar dan masukkan kereta. Baju mama sudah basah lecon. Mula-mula kakak turun dulu. Selepas semua pintu rumah dah dibuka, giliran babang pula. Alamak...kakak dah berpayung cuba nak buka pintu kereta, nak ambil adik katanya. Bergegas pula mama lari tarik kakak ke tepi sementara hujan masih lebat. Sekarang giliran adik amat pula. Adik cuma tersenyum bila nampak mama hulur tangan. Bila semua dah masuk ke rumah. Satu per satu, perlu bersihkan diri sebab dah kena air hujan.

Alhamdulillah, semua beres. Papa balik jam 8 mlm dan semua wangi-wangi belaka baru lepas mandi. Penat? Redha saja lah. Ini kan ujian dari Nya.

Tuesday, July 6, 2010

Labbaikallah humma labbaik..



Alhamdulillah...pada 27 Mac, saya pernah menulis post hasrat untuk mengerjakan haji atau umrah. Hari ini baru saja pulang dari Makkatul Mukarramah menunaikan umrah dari 23 Jun - 5 Julai menerusi pakej umrah kelolaan agensi Andalusia bawah pimpinan dato' Ustaz Daud Che Ngah.

Kami berempat (mama, papa, atok Sg. Balang, kakak) ditakdirkan Allah untuk menjadi tetamuNya dan Rasulnya pada tarikh tersebut. Mudahan mendapat umrah yang maqbullah.

Babang Anas, Insya Allah ada rezeki lebih dan kesihatan babang mengizinkan kita akan pergi ke sana bersama adik amat. Doakan mama n papa dapat menunaikan fardhu haji pula.

Tuesday, June 22, 2010

Berehat-rehat hujung minggu

Anaziha bersama papa.

Acik,kakak, bibik, che mat berpiknik di Bagan Lalang.

Papa Rossi, nana tanjung, papa berusaha hidupkan api utk bbq


Babang, pemerhati utama kita

Sunday, June 6, 2010

Ranjau Perjuangan

Album : Di Kala Hati Bercahaya
Munsyid : Nahwan Nur
http://liriknasyid.com

Kedinginan malam bersama rintikan hujan
mengingatkan pada keagungan Tuhan
kehidupan pejuang menempuh dugaan
gelombang fitnah melanda berterusan

Betapa pilu derita sengsara
ditohmah dikeji setiap masa
merintih sayu mengharapkan redha-nya
dalam menegakkan kebenaran nyata

Perjuangan suci membela agama
dipandang sepi penuh curiga
ditaburi fitnah yang datang melata
jua rintangan yang menghalangnya

Tabahkanlah hatimu wahai pejuang
ianya ujian dalam kehidupan
merupakan pengajaran dari Tuhan
dalam membina insan bertaqwa

Lagu: Mohd Qhalid Abd Hafiz
Lirik: Norfizam Said
Solo: Mohd Qhalid Abd Hafiz

Friday, May 21, 2010

Salam semua

Blog ini lama tidak diupdate bukan hanya mama n papa anaziha sibuk, tetapi biarlah gambar-gambar ceria ANAZIHA berada lama sedikit diruangan post ini [lihatlah gambar babang yang ceria di IJN, kakak dan adik amat dlm post yg lepas].

Kenapa?

Kerana pada masa ini Babang Anas sedang recover daripada demam dan menigitis (radang otak). Selama 3 hari, Babang diserang sawan yang teruk [selang 5 minit]. Apa yang boleh kami lakukan ialah teruskan pengambilan passiflora (ubat homeopathy), frisium (controlled drug utk epilepsy-salam attack diagnosed by pakar neuro HKL), dan terapi mukmin (24 jam mendengar surah tertentu menerusi CD dan membaca sendiri ayat-ayat penyembuh penyakit yg dicadangkan dari perubatan Darussyifa').

Alhamdulillah, ada perubahan. Sekarang babang sedang pulih dari sawan menigitis tetapi masih lemah. Apatah lagi babang Anas ada masalah jantung (Tattrology of Falliot) dan masih menggunakan katater utk saluran darahnya dari jantung ke peparu. Tidak boleh terkejut, walaupun bunyi kunci atau syiling jatuh ke lantai...pasti babang terkejut hingga diserang sawan.

Minta maaf kepada sahabat dan kaum keluarga jika ada yang menyangka kami agak 'kera sumbang' mungkin ada yang menganggap sombong kerana tiada masa fikir hal lain melainkan fokus kerja dan kesejahteraan orang yang istimewa yang kami diamanahkan.

Harap maklum, mohon doa semua.

Saturday, May 1, 2010

March/April '10

Babang ceria semasa di IJN 29 March 2010

Walaupun tak boleh bercakap, babang faham apa yang dicakap kepadanyaAdik kakak: Amat genap 8 bulan pada 24 April 2010

Muhammad Zafran bin Ja'afar


Thursday, April 29, 2010

Kakak Neha & her 1st medal





Kakak dengan 'hasil mahsul'nya. No 1 acara 'bean bag run'


Mama n papa.
Setia memberi sokongan dari malam sebelum kakak tidur, seawal pagi bersemangat..hinggalah jam 12.30 tghari acara tamat. Kali ni kali kedua setelah hampir 5 tahun berlalu, kami duduk sebegini tanpa berbuat apa-apa..hanya untuk seorang budak perempuan comel bernama Farhah Naziha. Lima tahun lepas, kami masih teringat rasanya macam baru semalam berlalu. Kami berdua duduk termenung melihat kakak ketika itu masih berusia 3 hari. Kakak kami hantar bermalam selama 3 hari diwad paderiatik Hosp. Pantai Ayer Keroh sebab jaundis. Kami hanya duduk sebegini beberapa jam hingga ditegur seorang jururawat barulah kami perasan. Rasanya, dinding pun boleh tembus...

Thursday, April 22, 2010

Pesanan untuk ANAZIHA

[Gambar bertarikh 3 Feb 2010]
Salam semua;

Ketika menaip ni, ANAZIHA semua sedang tidur lena. Semoga anak-anak mama ni dibuai mimpi yang menggembirakan supaya esok pagi masing-masing bangun dengan ceria dan bersemangat!

Malam ni mama curi kesempatan untuk menulis buat kalian. Hmm..walaupun tak pandai baca lagi, tak mengapa. Nanti bila dah pandai, tentunya catitan ni dah menjadi sejarah berharga utk kalian anak-anak mama n papa. Lihatlah gambar Amat semasa 6 bulan. Babang dan kakak masing-masing umur 6 dan 3 1/2 tahun. Semua comel. Mama n papa dulu masa kecil pun comel mcm kalian, cuma atok tak boleh lah buat mcm mama buat ni sebab teknologi masa tu tidak mengizinkan. Ini lah yg kita panggil 'Social Change'.

Sebenarnya lama tidak membuat catatan utk ANAZIHA sebab mama dan papa sangat sibuk uruskan hal kerja di office. Lagi pun pada masa ini dah 3 minggu berturut-turut ANAZIHA saling berganti demam, selsema, batuk, dan sekarang ni sakit mata. Amat pula pakej dengan demam campak. Maka, mak bik lah nurse di rumah. Bila malam kalian tidak boleh lena kerana masalah kesihatan. Merengek...menangis..dan babang dah beberapa malam tak dapat tidur, hanya termenung sepanjang malam. Mak Bik dgn mama bergantian menjaga kalian. Tapi selalunya, mama lah yang terus terlena juga sebab keletihan. Ingat ANAZIHA, kita kena ucap terima kasih pada Mak Bik dan doakan kesihatannya juga baik.

Malam ni, malam yang kedua ANAZIHA boleh tidur lena. MakBik, mama dan papa pun sama juga. Cuma mata mama dah susah nak tidur awal sebab dah terbiasa tidur lambat. Inilah kesempatan yang mama guna untuk mencatatkan sesuatu untuk kalian.

Anak-anak sekalian, banyak kali mama sebut perkara yang sama. Tiada apa yang mama n papa harapkan pada kalian selain menjadi anak yang baik-baik. Apa saja yang berlaku dalam kehidupan ini sebenarnya adalah proses kita menuju kematangan. Berjaya atau gagal kita hadapinya, hidup tetap perlu diteruskan. Tiada apa yang perlu dirisaukan jika kehidupan ini kita jelas dengan maksud tujuan hidup yang sebenar. Hidup pun boleh juga sebagai satu pilihan. Boleh pilih jadi baik atau sebaliknya. Kerana manusia boleh memilih utk syurga atau neraka. ANAZIHA, ingat pesan ni baik-baik. Buatlah pilihan yang terbaik untuk bahagia di dunia dan akhirat (dunia yang kekal abadi).

Sekian, wassalam.

Saturday, March 27, 2010

Siapa ingin menjual? Saya mahu beli...

Buat ANAZIHA

Mama sedang berfikir-fikir apa lagi yang mahu dibeli.
Mahu kereta baru kah? Mercedes? Tak payah. Sudah tiada tempat utk diparking.

Rumah baru? Takut lupa byr cukai tanah jika rumah merata-rata.

Barang kemas? Nak juga..tp kena ragut atau hilang susah!

Haji ke Mekah? Tunggu giliran, Insya Allah.

Ah, simpan saja duitnya...eh..ada ke?

Sebenarnya mama ingin membeli suatu yang paling beharga yang tiada dipasaran dunia.
Tetapi jika ada yang menjual, mama ingin membelinya.

Siapa ada jual masa?
Saya ingin membelinya.

Saturday, March 13, 2010

Semua sibuk

Minggu lepas, minggu ni, dan minggu hadapan...semua orang sibuk.

Kakak sibuk dgn subject baru di schoolnya. "ABC dah habis, sekarang belajar 3,4,7. Kakak pun belajar Peter and Jane". Maksudnya, kakak sudah tamat sesi pengenalan ABC. Sekarang belajar matematik pula (3+4=7), dan bahasa Inggeris guna buku Ladybird nya. Kemahiran mewarna juga sudah bertambah baik.

Babang tidak tahu sibuk atau tak. Babang dengan dunianya sendiri. Tapi setiap pagi sudah geleng kepala jika mahu diberi susu. Mama beri air teh, babang suka dan nak lagi.

Adik Amat? Ini lagi sibuk. Baru 6 bulan. Merangkak belum betul lagi tapi dah boleh duduk lepas tangan. Sekarang Adik Amat tengah praktis memapah. Tadi cubaan panjat tangga. Kemudian, berdiri satu kaki sambil bersandar pada kerusi. Amat sibuk belajar jalan.

Papa sibuk kerja PhDnya.

Mama? Sibuk kerja sendiri dan melihat kerja orang.

MakBik? Sibuk melayan keletah semua penghuni Villa Anaziha.


Pokoknya..........semua sibuk. SYYYYY!! JANGAN KACAU.

Monday, March 1, 2010

santai lagi di Bagan Lalang

Pedih mata, kepala pun pening asyik mengadap laptop 18 jam. Di pejabat komputer, di rumah sambung lagi. Cuti atau hari kerja sama saja.

ANAZIHA dan gelisah. Ada yg asyik tukar baju baru keluar masuk bilik (kakak lah tu). Ada yg bergolek sana sini, menjerit-jerit bahasa yg x difahami..dan kadangkala baring merekut termenung (babang lah tu). Yang si kecil pula baru minggu lepas pandai merangkak..tapi kali ni cara merangkak dah tak betul sebab sudah mula sibuk memapah apa saja yang boleh dicapai. Tidak sabar nak berjalan..adik kan baru masuk 6 bulan....sabar sikit Mat..bibik pula mukanya pun dah semacam terperap dalam rumah dua minggu tak keluar-keluar. Uncle yang rajin dtg rumah bersama isterinya bersembang dan kadangkala menjadi cikgu tari dan bahasa ingeris kakak sudah meninggal dunia 4 hari raya yang lepas sebab stroke. Papa pula tak reti penat mengadap depan komputer. Akhirnya mama lah yang tak tahan duduk lama dlm rumah dgn aktiviti yang tidak meriah untuk ANAZIHA. Kerja tu memang tak pernah habis. Siap satu, datang 4-5. Ah, asyik habiskan masa dgn kerja..masa untuk keluarga?

"Pa, jomlah kita bawa diaorg jalan-jalan. Kesian asyik duduk rumah"
"Pergi mana?"
"Mana-manalah asalkan dapat lihat dunia luar. Kepala mama ni pun dah saturate"
"Kita pusing taman ni je..." Kakak menyampuk.
"Bagan Lalang pun best"
Sebenarnya alasan mama nak lihat bandar Enstek. 2 minggu lepas dah datang. Kali ni nak datang lagi malulah ..muka yg sama. Tapi kali ni nak lihat suasana kampung di sekitar bandar Enstek. Terasa damai melihat suasana kampung. Mana tahu kalau-kalau ada papan tanda 'tanah/kebun untuk dijual'. Mungkin mama dibesar dulu dalam suasana kampung, dan bila berada dalam suasana itu terasa dekat pada arwah moyang kakak yg mama panggil atok Salim, atok Deris, nenek, dan atok bukit perempuan. Kerana itu juga mama lebih senang lagi kalau melakukan penyelidikan di tempat-tempat sedemikian...sudah tentunya perkampungan Orang Asli.

"Ok, siap. Kita ke Bagan Lalang"
"Yes!" Mama dan kakak bersorak serentak.
Apa lagi, sepanjang laluan ke Bagan Lalang adalah jalan kampung daripada Kg. Salak, Kg. Jijan, melalui Labu Sendayan terus ke Sg. Pelek. Lebih kurang sejam perjalanan kami sampai di Pantai Bagan Lalang. Di situ sedang dalam pembinaan Gold Coast. Pantainya tak lah boleh mandi airnya kerana keruh, tetapi suasananya tenang. Tiada lah yang berbikini tersadai ikan masin yg atok Sg. Balang jemur tu. Kebanyakkannya orang tempatan datang berkeluarga. Anginnya pun sejuk dan tidak melekitkan muka. Kakak kali ni dapat kite gambar dora dgn diego. Babang senyum isyarat dia suka tempat tu. Dalam perjalanan ke pantai juga ada kedai jual kerepek murah. Biasa papa akan singgah beli kerepek kegemarannya - kerepek ubi bbq. Mama punya kalau tak emping melinjau, kerepek pisang sira gula atau cakar ayam. Kakak pula keropok kacang pis. Bibik...apa-apa saja.
Sebahagian gambar yang diambil..




Sejam saja kami di situ. Selepas kepala masing-masing dah lapang dan babang sudah makan, kami bertolak balik rumah untuk sambung aktiviti rutin...

Saturday, February 27, 2010

Emosi sedikit..

'Anak awak masih kecil, jika terjadi apa-apa tidaklah terasa sangat..'

Di atas tu kata-kata seseorang kepada mama dalam minggu yang lepas. Apa maksud 'terjadi apa-apa'? Bagi mama, kata-kata ni hanya daripada orang yang tidak punya perasaan atau pentingkan diri sendiri. Semoga Allah memberinya petunjuk dan hidayah.

Sebenarnya, kata-kata ini juga sedikit sebanyak mengguris hati mama n papa yang selama ini tidak mahu berfikir apa lagi kesakitan yang babang alami.

Tidak salah juga individu yang berkata itu. Kerana dia tiada pengalaman kematian anak pertama. Dia juga tiada pengalaman hampir kehilangan anak kedua setelah yang pertama itu. Dia juga tiada pengalaman bagaimana perasaannya bila melihat anak-anak orang bersekolah sedang anak kita bercakap memanggil 'mama' dan 'papa' pun tidak boleh. banyak yang dia tiada pengalaman. mama pun malas bercerita apa yang selanjutnya peristiwa-peristiwa yang sentiasa mencemaskan kehidupan seharian kita kerana tidak suka ada orang yang akan menganggap kita suka menerima simpati.

Tetapi mama cuma mahu ANAZIHA tahu, kehidupan banyak ranjau dan durinya. Semua ini perlu dihadapi dan bersedia dengan apa saja kemungkinan yang akan berlaku.


Insya Allah, suatu hari pasti babang boleh berjalan dan bercakap seperti kanak-kanak biasa...

Wednesday, February 24, 2010

Tahun baru cina & akikah Che Mat

Alhamdulillah..baru ada masa update blog. Sibuk juga sebenarnya, tapi kalau tak update banyak cerita yang sudah 'basi'.

Cuti Tahun Baru Cina lalu keluarga ANAZIHA bercuti selama 4 hari. Sehari di Air Hitam, dan 3 hari di Sg. Balang. Kesempatan ini, majlis akikah Che Mat bersama sepupu-sepupunya serta kenduri doa selamat, doa arwah dilaksanakan di Kg. Sg. Balang. Seekor lembu telah tumbang...itu kenderaan Che Mat dan sepupu-sepupunya nanti untuk melintas titian sirat.
Mama tak nak cakap banyak, ANAZIHA lihat sendiri gambar-gambar yg sempat di upload..


Semua kanak-kanak dapat pengalaman baru...melihat sendiri majlis akikah. Dari memilih lembu di kandang hingga proses lain-lain. Gambar ni..lembu dah sampai..
Kakak Neha (bertudung n berbaju merah)

Che Mat mencuba-cuba menunggang kenderaannya..


Kakak pun nak pegang juga..


Lepas ni papa dah boleh masak nasi jagung untuk kita..
Kanan: Pak Ngah / Kiri: Tok Usu chef utama import dari Merlimau Melaka

Tetamu vvip..yg dihujung tu..Pn. Rahilah ..eh, atok mak lah.
Ada sama mak tam, maklong..sila-sila..ini kenduri kampung pure..


Yang hadir tiada dlm gambar:
Omar n adik-adiknya, Pak Su Ridhuan, Kakak Ika n adik-adiknya
Wah..nampaknya semua sudah kenyang...


Che Mat..majlis cukur jambul. Tapi x siapa yg gunting, sebab atok-atok ni kata "Ala..kesian..hensem ni. Tak sampai hati nak gunting rambut..nanti x hensem lagi.."


Eh, tak ketinggalan...inilah orang yg sangat istimewa ...
Babang Anas. Pada masa kenduri, babang sangat sporting..