Thursday, December 25, 2008
Friday, December 12, 2008
Thursday, December 11, 2008
Tazkirah Disember
Teringat semasa belajar di sekolah agama dulu (darjah 4) dengan Ustazah Zainab di Sek. Agama Ayer Hitam. Ada 3 jenis hubungan manusia yang boleh datangkan pahala dan dosa:
- Hubungan manusia dengan Tuhan
- Hubungan manusia dengan makhluk Tuhan (eg. pokok, binatang, batu, malaikat, dll.)
- Hubungan manusia sesama manusia
Untuk renungan diri sendiri, anas n niha, adik-adik, dan semua (yang merasa diri terlalu sibuk dan tidak ada orang lain yang lebih sibuk melainkannya).
Antara ketiga-tiga jenis hubungan tersebut, Ustazah sampaikan melalui kitab (tak ingat, rasanya belajar muamalat) tersebut: "Ketiga-tiga hubungan itu ada adab yang perlu dijaga. Ya, kita dengan Tuhan, kita dengan makhluknya, dan kita sesama manusia. Antara ketiga-tiga ini yang paling susah dijaga ialah yang ketiga itu. Kerana apabila berbuat silap (sedar atau tidak), apabila terputus nyawa dari badan, mungkin ada yang lupa meminta maaf dan memberikan kemaafan"
Ketika tahun pertama degree, Abang Uda pernah beritahu melalui surat tulisan tangannya daripada Al-Azhar, "Buat apalah kita bangga dengan apa yang kita ada di dunia ini. Kerana semua tidak kekal. Kalau manusia menyanjung kita di dunia, belum tentu langit, bumi, dan sekalian makhluk di dunia ini memandang kepada kita (mungkin meludah, siapa yang tahu)."
Ketika field work di perkampungan orang Asli di Perak, salah seorang Tok Batin ada memberitahu, "Kita ni sama sahaja (merujuk Orang Asli dan kita yang tak asli). Dari kerangka yang sama (merujuk Pencipta Yang Esa). Cuma yang beza warna dan bentuk luaran sahaja."
Apa kaitan kata-kata itu dengan kita semua?
Fikir-fikir lah.
Kerana Guru Akhlak mama (Prof. Azimi) pernah berkata "Memang susah nak jadi orang mulia" dan Prof. Azimi juga pernah mengajar kami penyelidik muda supaya sentiasa berusaha. "Tunaikan hak orang lain tanpa menuntut hak diri sendiri".
Mudahan kita tidak menjadi orang yang alpa, dan segala limpahan nikmat iman, amal, dan rezeki ini menjadi talian untuk kita berbakti di jalanNya.
Akhir sekali, doakan supaya Allah memudahkan urusan viva saya pada 26 Dec 2008 ini. Sekian.
Thursday, December 4, 2008
kajian di perkampungan Orang Asli/ field work at the Orang Asli village
Tuesday, December 2, 2008
Thursday, November 27, 2008
Sehari di Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey
Today is my last day on study leave
Tuesday, November 25, 2008
Lima tahun yg lalu
Lima tahun yang lalu. Kenangan selepas pantang kelahiran Ahmad Farhan b. Ja'afar.
Farhan lahir & meninggal 22 Feb 2003 (aidil adha). Mmm.... minggu depan raya haji, maknanya dah 5 tahun Farhan pergi. Walaupun Farhan jauh di alam sana, namun tetap dekat di hati mama & papa. Doakan babang & dadek jadi budak soleh dan solehah.
Thursday, November 6, 2008
Saturday, November 1, 2008
Al-Fatihah buat Norizan Jaafar
Kak Zan meninggal dunia kerana komplikasi semasa bersalin anak keenam. Air mentuban masuk ke dalam peparunya. Terus koma hingga akhir hayatnya. Usia kak Zan cuma lebih setahun daripada ku. Tapi untungnya, Kak Zan terpilih sebagai seorng yang syahid. Pengorbanan isteri dan seorang ibu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan gembira bersama kekasihnya di sana.
sabtu, pagi-pagi lagi selepas beri Anas ubat, mandikan dadek & babang, kami suami isteri sekali lagi ke dengkil. Ini penghormatan sahabat kepada sahabatnya, biarlah tak terkilan nanti. Alhamdulillah, urusan mandi, kafan, dan sembahyang semua dapat dihadiri. Kami balik tidak turut ke kubur, kerana kesian mak tunggu seorang diri jaga cucu2nya. Puas juga kerana ramai yang sembahyang jenazah (solat atas jalan).
Sepannjang perjalanan pulang, kami suami isteri termenung dan mengambil banyak iktibar dari setiap peristiwa. Begitulah sebaiknya orang beriman yang berakal. Setiap perkara menjadi panduan. Kita ni entah bila akan di panggilNya. Macammana pula agaknya cara kita menemu Allah?
Tuesday, October 28, 2008
Seeking the truth
Monday, October 27, 2008
Cerita hari ini
Pagi tadi, jam 4 sampai subuh, anas nangis. Kena tentang dengan dadek. Dadek tidur lasak. Tak pa, mulai malam nanti dadek tidur sorang. Kemudian, bagi babang breakfast. Hai, babang pun semakin nakal. Tak boleh letak sikit dah nangis. Urusan babang dgn dadek je dah sampai jam 9 pg. Nasib baik dadek ni nakal cerdik. Hari ni dia mandi sendiri. Bersih atau tidak, wallahu'alam. Baju pun dah pandai pilih sendiri. Atuk dia pun pening kepala coz. dadek pernah try sampai 3 pasang baju. Kelam kabut ni dah 3 bulan sejak bibik lari (khas for pak anjut: patut la sejak menjak nak lari bibik try macam2 masakan, pacar dia kat indonesia buka kedai makan. Buku resepi kteh pun semua dah kena kebas). Syukurlah ada ibu mertua yang memahami. Sejak dari itu juga atuk lah yang teman cucu2nya sementara mama n papa kerja.
Semalam pula kena resdung teruk. Ha, ni baru balik dari seri Aida lah. Banyak betul hama yang keluar. Alang2 menyeluk pekasan, buat facial sekali. Dymond peeling. Ok, la. Muka dah bersih sikit.
Ni nak sambung keje pulak. Amil zal dah masuk bilik nak bincang pasal Orang Asli. Ok sambung kemudian.
Friday, October 24, 2008
dadek tour de kawi
Monday, October 20, 2008
Tiada hari yang tidak sibuk
Kerja itu ibadah.. jadi setiap hari adalah hari ibadah. Jika beribadah, maknanya tiadalah hari yang tidak sibuk.
Tidak mengapalah kita sibuk di dunia. Tapi jangan kesibukan itu menjadi alasan kita lalai daripada tugas seorang khalifah wahai anakku.
Dalam sibuk ini, mama sentiasa ingat pesan Tok Azimi "sentiasa berusaha menunaikan hak orang lain tanpa menuntut hak diri sendiri". Lagi satu, Tok Azimi pernah ingatkan mama, "jadilah orang mulia". Anak-anak, macammana nak jadi orang mulia? Fikir-fikir.
Tuesday, October 7, 2008
Monday, October 6, 2008
Semua itu telah ditakdirkan
Buat anak-anak saudaraku:
Omar adik-beradik, mak teh rasa kalian sungguh resilien dan bertuah punya abu dan umi yang tabah. Jaga lah umi baik-baik, hormatlah abu selalu. Mak teh sayang kalian.
Kakak Ika dan adik-adik, tahun ni kita tak dapat berjumpa. Tidak mengapa. Moga kalian ceria berhari raya di langkawi.
Ukasha n Maisarah. Sudah besar kalian. Jadilah anak-anak yang soleh dan soleha.
Irsyad si kecil halus. Sayang umi n abi selalu.
Buat adik-adik:
Semoga kalian sentiasa bahagia selalu.
Apa lagi kegembiraan di hari raya? Aku berhari raya bersama kenangan yang semua peristiwa telah ditakdirkan. Perginya Ahmad Farhan (abang anas) pun di hari raya (aidiladha), Anas demam, adik makin nakal, bibik dah tinggalkan kita. Tapi kita semua memang gembira kerana kita masih mampu memaafkan dan memberi di hari raya.
Thursday, July 31, 2008
Anak-anak teman setia
Monday, April 7, 2008
Wednesday, April 2, 2008
duit penting, tapi bukanlah segalanya
Lepas jumpa dr di IJN, terus ke Pusat Hyperbaric, Titiwangsa. Dapatkan penjelasan tentang proses terapi oksigen untuk Anas. Ok. Alhamdulillah, nampaknya boleh dicuba kaedah ini.
Ada juga orang tanya, kenapa belanja banyak untuk anak? Pelik pun ada. Bukannya kita minta duit diapun. Tapi saya respect pada seorang kakak Chinese ketika survey wheel chair Anas. Kakak tu kata: Beli saja la (wheel chair tu RM3800). Apa lagi kita bole bagi sama dia (anak istimewa)? Dia tak pandai minta apa-apa. You belikan kereta anak, nanti you dapat BMW.
Eh, betul pula kata kakak tu. Belikan kereta anak, dapat AVANZA pun ok. Very convenient MPV. So, balik pada cerita asal, kalau orang tanya, saya pun jawab macam kakak Chinese tu jawab.
Itu lah. Kadangkala kita ni sibuk je kerje. Kadangkala sibuk sangat cari duit. Tapi pelik pula, kata duit untuk anak-anak. Tapi ada juga orang yang kedekut pada anak. Teringat kata-kata imam Ghazali.."kalau berkira pada anak, bila anak tu dewasa dia akan berkira dengan ibu bapanya". Wallahu alam.
Thursday, March 27, 2008
Anak anugerah Ilahi
Alhamdulillah. Ini cubaan pertama mendekorasi blog. Ketika berfikir apa yang perlu diletak dalam blog ini.. hanya tergambar wajah anak-anak kesayangan. Kata-kata dalam ruang ini bukan maklumat empiris, tapi hanya sekadar berkongsi rasa.
Anak anugerah Ilahi. Itulah yang terkeluar dalam gerak hati bila melihat anak-anak kecil. Sayang pada mereka tanpa kira warna dan rupa. Sebab merekalah pewaris kita. Tiada apa lagi selepas ini selain bekal untuk panduan yang berguna kepada waris ini.
Tapi kenapa ada yang masih tiada rasa belas dan kasih pada mereka? Anak kucing dimanja, anak manusia dibiar saja. Macam-macam salahlaku orang dewasa pada golongan si kecil ini. Entah lah. Dunia hari ini. Nauzubillah..wallahualam.