Saturday, September 26, 2009

Selepas raya

Kakak dan along ukashah.
Sebenarnya along ni sebiji mcm pak uda masa kecil dan neha pula mcm mama masa kecil dulu

Rakam kenangan bersama keluarga pak uda.
Kali pertama Pak Uda datang dan bermalam di teratak ANAZIHA di sini


Cuci kolam....air cepat tukar hijau coz direct ke matahari. Cukup oksigen n matahari, alga pun suka lah. Kakak lagi suka sebab dapat main air.

Mungkin tak silap pandang...
si duyung sedang menikmati pemandangan alam dengan kawan-kawannya (si ikan koi)




Tuesday, September 22, 2009

Aidilfitri '09

Babang dan kakak; mencuba baju raya


Kakak dan abg Aiman; mlm sehari sblm raya


Mama n Pak Uda

Kumpulan lelaki
(kumpulan perempuan tiada sebab semua kejar anak masing-masing)


Marisa, 4 bulan; anak mak ngah Ani

Mak Long dan keluarga

Abg. Omar dan adik-adiknya.
Sebenarnya mereka ni antara pencetus tajuk kajian tesis PhD mama....
Abang Omar sedang dukung Marisa.


Mama n papa sedondong dgn langsir dan kerusi Pn. Rabiah;
Baju kahwin 8 thn yg lepas (maknanya dah slim le..). Mama n papa mmg tak pernah beli baju raya (bukan kedekut, jimat........).


Mak Long, Papa Rossi dan Acik semasa berkunjung ke rumah mertua Pak Uda;
semua kuih dlm. balang tu kami rasa di tambah pula dgn nasi minyak.
Terima kasih lah Pn. Rabiah

****************************************************************


Seterusnya kisah kakak beraya di kg. atok Sg. Balang, Semerah

Tiga sepupu sempat bermesyuarat rangka strategi main mercun;
dengan bermain, kanak-kanak peroleh pengalaman baru dan mengembangkan kemahiran sosialnya


Amboi..amboi..
saja beri kakak neha rasa seronok dengan pengalaman kanak-kanaknya


Kakak bersama sepupu sepapatnya; hai..seronoknya mereka

Pak Teh (baju merah) dan Pak Su Iwan (baju kuning) di rumah mak long batu pahat


Bersama Pak Ngah Jaiz (baju hijau);
Pak Ngah seorang nelayan dan peladang yang paling berwawasan pernah mama jumpa
##tahun ni juga Mak Long, Pak Met, Acik dan keluarga masing-masing serta Pak An & Pak Su Ridhuan berkunjung ke rumah atok neha di sg balang. Terima kasih kunjungan semua walaupun jalan sesak (jem) dan maaf lah gambar tak ingat nak ambil. Jurugambar belum besar lagi....

Friday, September 18, 2009

Cerita raya lagi

'Lampu joget-joget' kakak

Bunga dan pokok tu kami jahit 9 tahun yg lepas (zaman bujang).
Tahun ni baru lah diframe dan digantung.

Kakak dan papa. Apa yang penting? ..."jangannn nakal"


Papa meneruskan misinya


Sayang adik, sayang kakak.

Semasa menaip, kalender di sebelah paparkan 1 Syawal lagi sehari 39 minit. Tak sedar Ramadhan tahun ni dah nak ke penamatnya utk diganti bulan yg baru. Dalam tak sedar sebenarnya ramai umat Islam yang menanti 'raya'nya. Yg bukan Islam pun tak kurangnya. Apa taknya, semua menunggu berkepuk-kepuk duit masuk poket daripada orang yang sibuk membeli persiapan raya. Sekarang beli baju kurung, songkok, tudung pun si Ah Moi yang jual.


Sebenarnya keluarga ANAZIHA pun tak terkecuali. Sama saja macam orang lain. Cuma membeli ikut keperluan bukan kemahuan. Raya tahun ni sama saja macam tahun-tahun yang lain. Bahkan sebenarnya raya sama saja seperti hari-hari yang lain. Bezanya tahun ni, oleh kerana ada seseorang yang sedang belajar erti banyak perkara dalam kehidupan, kita menghormati perkembangan dirinya. Walaupun umur 3 tahun, tapi rupanya apa yg berlaku semasa raya tahun lepas kakak masih ingat. Contohnya, main bunga api bersama sepupunya di kampung dan dapat duit raya. Di tv pun banyak iklan raya. Jadi tahun ini memang rumah ANAZIHA lebih berseri dari tahun-tahun lepas. Lebih terharu dia boleh menyebut nama pakcik2 dan makcik2 nya dan sebut perkataan 'rindu' dan 'seronok'.


Semua aktiviti kami libatkan kakak. Daripada membeli pakaian rayanya hingga ke pasar borong utk barang basah. Seronok dia menangkap udang dan memilih cili di pasar. Di rumah, sejak berumahtangga tahun ni lah kami membeli bunga dan memasang frame crostige (check lah dlm kamus) yang dah 9 tahun kami siapkan. Hmm..memang nampak dan rasa berbeza suasana dan perasaannya. Si kecil ni pun dah pandai membuat permintaan utk di pasang 'lampu joget-joget' di rumah (panggilan utk lampu lip-lap).


Sekarang ni sambil menaip, menunggu maklong yang akan transit di rumah kami dari Kedah utk balik ke kg. di Johor. Kakak sebenarnya sejak maklongnya kata nak datang, tiap hari tanya bila abah long (panggilan kakak utk paklong) nak sampai.


Kita bila nak balik kg? Tiba masa akan balik, cuma lewat daripada orang lain. Beri laluan utk anak-anak sedara yang lain main bunga api dan mercun (kalau ada), dan beri keselesaan kepada ruang tidur yang terhad serta menghormati yang kurang berupaya. Babang tak boleh terkejut bunyi apa-apa, dan tak boleh suasana bising dan panas.


Oh, cerita kuih raya? Semua yang dibeli (tak buat) dah habis dan ada yang hampir habis dimakan penghuni rumah sendiri. Tetamu jangan risau. Datang saja rumah, Insya Allah ada saja rezekinya.


Ok, salam lebaran. Tidak sabar utk berjumpa mereka yang lama tidak bersua.

Wednesday, September 16, 2009

Yang pelik dan yang biasa

"Selamat Hari Raya"
"Raya dan pantang nanti di mana?"
"Bila balik raya?"
"Dah beli baju raya?"

Semua di atas tu soalan lazim bila berjumpa sesiapa pada waktu-waktu begini. Tapi yang tertariknya, soalan "Raya dan pantang nanti di mana?" dan soalan ni banyak ditanya awal puasa tempohari dan sebelum bersalin.

Pelik atau perkara biasa?
Bila mengandung, soalan yang biasa ditanya -- 'pantang di mana nanti?' soalan yang tertinggal 'bersalin di mana nanti? Kandungan dan ibu sihat?'

Bila Ramadhan, soalan yang biasa ditanya -- 'raya kat mana nanti?' 'tak buat/beli kuih raya?' soalan yang tertinggal 'Malam ni terawikh kat mana?' Agaknya bila lailatulqadar?'

Itu soalan biasa dari orang kita. Tapi bagi orang yang tak biasa seperti kebiasaan orang yang biasa-biasa tu jadi pelik. Mungkin juga orang yang tak biasa seperti yang biasa-biasa tu sebenarnya orang yang pelik. Apa-apa pun, dalam dunia memang ada orang yang pelik dan orang yang biasa.

Hari ni mama di office. Saja melihat-lihat pelajar, rakan dan bilik yang lama tak dimeriahkan dengan ketukan key-board dan lagu-lagu evergreen. Tapi sekali lagi di tanya, "eh! Dah habis pantang?" "Eh! Tak balik raya lagi?"..........pelik..sungguh pelik. Siapa yang pelik????

Saturday, September 12, 2009

Raya punya hal.....

Buat sekian lamanya, mesin jahit yang dah setahun jadi perhiasan cuba diguna.

Apa dah jadi? Berjam-jam mama nak setkan benang.




Geram betul!! Mama dan kecelaruan jiwa. Bukan bidang ni. Sebab tu mama lebih rela pegang cangkul ke, baca buku ke, analisis data pun tak susah!




He..he.. Papa pulak bantu. Papa kata "Tengoklah anak sedara tukang jahit buat" (Aik, papa tak tau ke mama ni kan anak tukang jahit juga). Ha..mama nak tengok juga engineer boleh menjahit tak.

Akhirnya......

Kecewa...mesin jahit akhirnya dibungkus dan diabadikan dlm stor. Tunggu sesiapa yg datang boleh tolong. Tolong tunjuk ke tolong jahit?? Ha..Jumaat ni maklong datang...

Kesimpulan:

Bukan salah ibu yang mengandung. Bukan salah bidan yg menyambut, juga bukan salah orang yg tanamkan tembuni. Walaupun anak tukang jahit ke, anak sedara ke, menjahit memang kemahiran dan bakat. Tapi kemahiran ada yang perlu dipelajari dan ada yg semula jadi. Nampaknya, bakat semulajadi menjahit tu tak de lah dalam gen mama ni.........Tapi faktor mesin pun perlu ambil kira. Papa tak mengaku kalah. Dia kata mesin jahit mama murah. Eh! Berapa tahun cita-cita nak beli mesin jahit harga tak sampai RM300 tu! Murah apa..

Berita terkini.
Wonderpet kakak dah lari!! Kecewa kali kedua. Sama ada lari atau kena larikan makhluk hidup lain. Mungkin dia malu sebab semalam mama candid dia dan masuk dlm blog. Tak sempat nak minta maaf........
Hiburkan hati......terapi minda dan diri terbaik. Jalan-jalan tengok orang beli brg raya. (Tak beli, tengok orang je....)

Hujung minggu

Wonderpet kakak ni, kena bawa balik kg ke nanti?

Persediaan sebelum balik kampung.
Papa cuci kereta babang setahun sekali kut......


Ini... mama lah..

Hai comel.....


Kakak, dah 3 tahun 8 hari


Alhamdulillah, babang semakin sihat.


Nana, kakak, dan papa rossi

Wednesday, September 9, 2009

A N A Z I H A

Babang dah sihat sikit.
Zafran dah berusia 15 hari.
Kakak ......tak payah explain, ratu tukar baju dan ratu berendam.

Tuesday, September 8, 2009

Penyakit Meningitis

sumber: Mohamed Yosri Mohamed Yong

Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria. Meningitis yang disebabkan oleh virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan yang spesifik. Meningitis yang disebabkan oleh bakteria pula adalah agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya pembelajaran dan membawa maut.

Tanda-tanda penyakit:
Pada permulaan penyakit dikalangan kanak-kanak, anak akan cuma mengadu demam dan sakit kepala. Anak berumur kurang pada setahun hanya menangis berlebihan, demam dan enggan minum. Semua tanda-tanda awal bagi anak berumur kurang daripada setahun sama dengan tanda tanda penyakit lain seperti pneumonia, jangkitan telinga, bronkiolitis dan jangkitan air kencing.

Rawatan:
Apabila doktor berpendapat yang seseorang anak mengidap meningitis beliau akan meminta agar "lumbar puncture" dilakukan. "Lumbar puncture" adalah prosedur memeriksa cecair selaput otak, dengan memasukkan jarum halus ke dalam tulang belakang pesakit. Pemeriksaan ini hanya akan dilakukan apabila keadaan tidak membahayakan anak. Rawatan yang tepat dapat dimulakan menggunakan maklumat daripada ujian "lumbar puncture".

Kesan penyakit tanpa rawatan:
Tanpa rawatan, meningitis bolch mengakibatkan kesan buruk seperti lumpuh, cacat, kerencatan akal dan pekak, bisu. Kini pelalian Hib boleh diberi kepada anak kurang daripada 4 tahun untuk mengelakkan meningitis jenis kuman Hib. (Hib=Kuman Haemophilus influenzae B).

Info lain:
Penyebab penyakit meningitis ialah Enteroviruses, Kumpulan coxsackie A & B, Poliovirus, Mumps, Measles, Herps simplex, varicella, streptococcus piieumoniae, pneumokokus, neisseria meningitides atau meningokokus. Meningitis bakteria yang paling merbahaya adalah disebabkan oleh neisseria meningitides atau meningokokus. Kedua-dua bakteria ini tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau pengidapnya. Dari saluran penafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu rnenyebabkan meningitis. Keadaan yang bersesak-sesak memudahkan lagi penyebaran penyakit ini. Meningitis meningokokus ialah satu penyakit serius dan boleh menyebabkan kematian. Sebelum ini, vaksin bivalent meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A dan C telah digunakan. Namun demikian sejak tahun 2000, wabak meningitis disebabkan oleh kumpulan meningococcus W135 telah merebak dengan meluasnya. Oleh itu, vaksin Quadrivalent Meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A,C,Y dan W135 telah disyorkan. Vaksin ini haruslah diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mengembara ketempat yang diketahui ada wabak meningitis. Pelalian Hib pula boleh mengelakkan jangkitan meningitis yang disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenzae. Imunisasi meningococcus untuk jemaah haji boleh mencegah daripada meningitis disebabkan oleh bakteria Neisseria meniningitis.

Tanda-tanda awal serangan Meningitis:
Demam
Kurang selesa.
Enggan minum.
Sakit kepala.
Menangis berterusan.
Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi. ("High pitch cry.")

Tanda akhir serangan Meningitis:
Muntah.
Sawan.
Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
Lemah.
Ruam seperti lebam-lebam.
Tidak sedar.

Sunday, September 6, 2009

Faktor sawan

Mlm tadi mama n papa bawa babang bertemu Ustaz Zul di Banting. Merawat babang guna kaedah perubatan Islam. Antara ikhtiar mama n papa supaya babang tidak dibawa ke hospital. Sebab kalau ke hospital, dah pasti kena tahan wad dan babang akan alami beberapa siri ujian yang menyakitkan. Perubatan Islam ni sejak dari babang berusia 2 tahun lagi. Babang juga pernah operate jantung secara batin dan pakar di IJN pun melihat ada perubahan selepas operation tu. Cuma dah lama...dah 2 tahun. Kali ini mama dan papa akan sentiasa follow-up dengan semua jenis kaedah rawatan tu. Oh, apa kata ustaz Zul? Tiada apa gangguan lain. Faktor pemakanan menyebabkan gangguan pada sarafnya. Lupa pula, pernah diingatkan babang tak boleh makan makanan bersifat sejuk. Tapi semua dah lupa. Baru teringat, hari tu musim buah, kami seronok bagi babang makan buah manggis, duku, langsat, pulasat, dll. segala jenis buah termasuk aiskrim. Tak sampai hati kalau tak beri, tapi kalau dah beri lihat babang suka, kami jadi seronok dan bagi lagi banyak. Kesannya........secara faktor terkumpul; kejang seluruh badan seperti kancing gigi. Semasa kecil dulu, Pak An pernah kancing gigi. Mcm tu lah babang. Tapi babang kena secara berulang lima minit sekali siang dan malam.

Balik 11 mlm. Mama pulak baru teringat..eh! baru 13 hari beranak. Lupa mak bidan kata kalau pergi mana-mana kena tenyeh bawang putih (ye lah takut kalau ada apa-apa yang menyinggah). Tak pa lah. Tak de istilah pantang dalam kamus mama pun. Yang ada 'pantang maut sebelum ajal'. Insya Allah tak de apa-apa. Lagipun bulan puasa semua syaitan dah kena ikat dan niat pun Lillahi ta'ala nak ubatkan babang. Balik rumah adik Amat dah habiskan 2 botol S26 (kalau darurat je minum, kalau tak susu ibu sepenuhnya).

Jam 2 pg. Babang kena lagi. Lepas sahur, papa bawa babang tidur bersama mama. Sebenarnya tak boleh tidur pun. Sepanjang masa itu juga sawan datang lagi. Sambil peluk dan gosok kepala babang, baca selawat dan apa yang boleh. Akhirnya babang tertidur juga dan sawan yang datang tidak sekuat mana. Teringat Dr. homoepathy pernah pesan, cas badan manusia boleh dipindahkan dari seorang ke seorang. Mungkin ada betulnya sebab bila mama peluk, pegang tapak tangan babang, sambil gosok kepalanya sawan babang tidak seganas selalu. Ada masa hanya kakinya saja yang sersentak-sentak. Mama pula yang sakit kepala. Cas berpindah ke atau tak cukup tidur? Mm..sapa nak nak buat kajian, buat lah. Mama bidang lain. Papa pula ambil turn peluk babang. Kami uji hipotesis tentang cas tu. Tak tau jawapannya sebab baru je buat eksperimen ni. Tapi hasil awal memang positif. Babang dapat tidur lena, sawan kurang, kali ni papa pula yang rasa tersentak-sentak kat sereberum.

Jam 9.00 pg. Jumpa Dr. Homeopathy. Dr ni pun ada kelebihan tersendiri. Perubatannya juga digabung dengan kaedah perubatan Islam (kadangkala mama tersasul terpanggil Dr ni ustaz). Bila diperiksa, anak mata babang tiada tindak balas dengan torchlight kecilnya. Memang kaitan otak. Bila di scan, dr kata, "Bahagian meniges (hw to spell?) bengkak. Bahasa mudah kita panggil selaput otak Muhd. Nazhan bengkak atau kita panggil juga radang otak". "O...radang otak..." Mama n papa jawab serentak (dlm hati rasa sayunya). "kalau orang kena strok, selaput otak dia lah yang burst terus darah beku dan boleh lumpuh" dr menambah. "Apa punca selaput otak bengkak?" mama menyoal. "Antaranya, demam pun boleh jadi. Kalau boleh jangan bagi dia demam". "Oh, mcm tu. Tapi nak elak demam tu susah sebab dia ni terlalu sensitif. Sesiapa yang demam dlm rumah pasti berjangkit dgn Nazhan. Kalau orang dtg rumah demam pun dia jangkit. Sorok budak dlm bilik pun, tetamu kejar dlm bilik. Nak buat mcmmana. Tetamu dtg kalau demam kami pun tak boleh larang nak datang rumah". Papa bersuara perlahan. "Mm..memang susah. Tak apalah, kita ikhtiar". Dr. tunjuk rasa prihatin. (mama teringat, dr ni pun pernah pesan jgn bagi babang mkn mknn sejuk).

Kali ni babang dpt ubat titis utk kejang dan ubat lain seperti biasa. Bayaran? Cuma RM16. Semoga Allah menambah rezeki Dr. ustaz......

Bersangka baik pada Tuhan

Babang, letih.

babang terlena seketika sambil mendengar alunan ayat quran

Abang Anas dah 10 hari kena sawan. Kali ni bukan 'salam attack', tapi mungkin kesan pembaikpulihan saraf di otak. Ada hikmahnya Amat lahir awal dari yang dijangkakan. Mama, papa dan bibik bergilir jaga Abang Anas terutama waktu malam. Sejak dari babang dimasukkan ke IJN, kami (mama n papa) sudah bersedia alami apa saja kemungkinan dengan keyakinan semua ini ketentuan dariNya dan ujian kami sekeluarga serta belajar untuk tidak menyalahkan sesiapa. Trauma? Sememangnya semua ibubapa akan alami trauma dan begitu juga pesakit. Ini semulajadi.

Trauma berhadapan dengan rawatan anak berpenyakit kronik banyak dari kesan psikologi yang bawa kepada perubahan cara hidup/ cara tindak seseorang. Lebih-lebih lagi jika pernah berhadapan dengan kematian ahli keluarga atau orang yang paling disayangi. Cuma, cara seseorang itu 'cope' dengan peristiwa yang membezakan kesan trauma itu antara seorang dengan orang lain.

Masih terngiang suara seseorang (Profesor) hingga kini menjadi panduan menguatkan semangat mama "Janganlah sedih dengan apa yang berlaku. U sangat beruntung dapat anak begitu. Allah tau U boleh menjaga anak tu dgn baik. Mungkin kalau anak itu dapat ibu bapa selain U'll dia tidak mungkin terjaga dengan baik atau sebaik U'll menjaganya". Mmm..terubat hati. Ini contoh sokongan emosi atau sosial yang sangat diperlukan.

Walaupun mama ada pengetahuan psikologi, ilmu itu hanya dapat membantu lebih memahami apa yang berlaku dan kelebihan dari segi psikologi sahaja. Sesiapa juga boleh hadapi dengan baik tidak semestinya dia pakar psikologi, kerana asuhan Islam itu sendiri yang sebenarnya mentarbiyah jiwa seorang mukmin. Tidak kira sains sosial, sains tulen, sastera, tidak belajar di univ., tidak ke sekolah ke, manusia tu sama saja (kali ini kita tidak bercakap tentang perbezaan manusia, lain kali boleh dikupas). Semua orang boleh hadapi ujian hidup dgn baik dan akan merasa kenikmatannya dengan syarat..............'BERSANGKA BAIKLAH DENGAN TUHAN'.

Abang Anas, mama n papa memang tak sanggup melihat babang menderita begitu. Tapi menangis pun tiada air mata lagi. Mama tau kita semua cuba menjadi tabah. Kesakitan ini yang menjadikan kita lebih sedar siapa kita di sini. Kerana ada orang yang lebih menderita lagi daripada kita, dan mereka itu lebih kuat (resilien) dari kita. Sekali lagi mama pesan, 'BERSANGKA BAIKLAH DENGAN TUHAN'.

Friday, September 4, 2009

b'day girl

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-3
FARHAH NAZIHA

Mama n papa berdoa semoga kakak menjadi insan yang terpuji dan kanak-kanak yg comel. Jgn tarik rambut adik Amat lagi ye.......

Tuesday, September 1, 2009

Edisi khas: Hari pertama Adik Amat

Muhammad Zafran bin Ja'afar
Eh! Sapa yang melahirkan ni?
Lapan jam selepas lahir..rehat bersama papa