Abang Anas dah 10 hari kena sawan. Kali ni bukan 'salam attack', tapi mungkin kesan pembaikpulihan saraf di otak. Ada hikmahnya Amat lahir awal dari yang dijangkakan. Mama, papa dan bibik bergilir jaga Abang Anas terutama waktu malam. Sejak dari babang dimasukkan ke IJN, kami (mama n papa) sudah bersedia alami apa saja kemungkinan dengan keyakinan semua ini ketentuan dariNya dan ujian kami sekeluarga serta belajar untuk tidak menyalahkan sesiapa. Trauma? Sememangnya semua ibubapa akan alami trauma dan begitu juga pesakit. Ini semulajadi.
Trauma berhadapan dengan rawatan anak berpenyakit kronik banyak dari kesan psikologi yang bawa kepada perubahan cara hidup/ cara tindak seseorang. Lebih-lebih lagi jika pernah berhadapan dengan kematian ahli keluarga atau orang yang paling disayangi. Cuma, cara seseorang itu 'cope' dengan peristiwa yang membezakan kesan trauma itu antara seorang dengan orang lain.
Masih terngiang suara seseorang (Profesor) hingga kini menjadi panduan menguatkan semangat mama "Janganlah sedih dengan apa yang berlaku. U sangat beruntung dapat anak begitu. Allah tau U boleh menjaga anak tu dgn baik. Mungkin kalau anak itu dapat ibu bapa selain U'll dia tidak mungkin terjaga dengan baik atau sebaik U'll menjaganya". Mmm..terubat hati. Ini contoh sokongan emosi atau sosial yang sangat diperlukan.
Walaupun mama ada pengetahuan psikologi, ilmu itu hanya dapat membantu lebih memahami apa yang berlaku dan kelebihan dari segi psikologi sahaja. Sesiapa juga boleh hadapi dengan baik tidak semestinya dia pakar psikologi, kerana asuhan Islam itu sendiri yang sebenarnya mentarbiyah jiwa seorang mukmin. Tidak kira sains sosial, sains tulen, sastera, tidak belajar di univ., tidak ke sekolah ke, manusia tu sama saja (kali ini kita tidak bercakap tentang perbezaan manusia, lain kali boleh dikupas). Semua orang boleh hadapi ujian hidup dgn baik dan akan merasa kenikmatannya dengan syarat..............'BERSANGKA BAIKLAH DENGAN TUHAN'.
Abang Anas, mama n papa memang tak sanggup melihat babang menderita begitu. Tapi menangis pun tiada air mata lagi. Mama tau kita semua cuba menjadi tabah. Kesakitan ini yang menjadikan kita lebih sedar siapa kita di sini. Kerana ada orang yang lebih menderita lagi daripada kita, dan mereka itu lebih kuat (resilien) dari kita. Sekali lagi mama pesan, 'BERSANGKA BAIKLAH DENGAN TUHAN'.

2 comments:
Setiap orang mendapat ujian yang berbeza2 dari Allah untuk diuji. Kesusahan itu adalah ujian dan kesenangan juga adalah ujian. Maklong diuji dalam bentuk yang lain. Jika kita diuji, bermakna Allah sayang pada kita.
Setiap kesusahan pasti ada hikmah yang Allah akan anugerahkan. Setiap kesenangan itu juga adalah ujian kerana ia membuat kita menghampiri sifat alpa, takbur dan lalai. Sama-sama kita berdoa agar sentiasa dalam peliharaanNya.
Ya, begitulah seadanya.
Post a Comment