Mlm tadi mama n papa bawa babang bertemu Ustaz Zul di Banting. Merawat babang guna kaedah perubatan Islam. Antara ikhtiar mama n papa supaya babang tidak dibawa ke hospital. Sebab kalau ke hospital, dah pasti kena tahan wad dan babang akan alami beberapa siri ujian yang menyakitkan. Perubatan Islam ni sejak dari babang berusia 2 tahun lagi. Babang juga pernah operate jantung secara batin dan pakar di IJN pun melihat ada perubahan selepas operation tu. Cuma dah lama...dah 2 tahun. Kali ini mama dan papa akan sentiasa follow-up dengan semua jenis kaedah rawatan tu. Oh, apa kata ustaz Zul? Tiada apa gangguan lain. Faktor pemakanan menyebabkan gangguan pada sarafnya. Lupa pula, pernah diingatkan babang tak boleh makan makanan bersifat sejuk. Tapi semua dah lupa. Baru teringat, hari tu musim buah, kami seronok bagi babang makan buah manggis, duku, langsat, pulasat, dll. segala jenis buah termasuk aiskrim. Tak sampai hati kalau tak beri, tapi kalau dah beri lihat babang suka, kami jadi seronok dan bagi lagi banyak. Kesannya........secara faktor terkumpul; kejang seluruh badan seperti kancing gigi. Semasa kecil dulu, Pak An pernah kancing gigi. Mcm tu lah babang. Tapi babang kena secara berulang lima minit sekali siang dan malam.
Balik 11 mlm. Mama pulak baru teringat..eh! baru 13 hari beranak. Lupa mak bidan kata kalau pergi mana-mana kena tenyeh bawang putih (ye lah takut kalau ada apa-apa yang menyinggah). Tak pa lah. Tak de istilah pantang dalam kamus mama pun. Yang ada 'pantang maut sebelum ajal'. Insya Allah tak de apa-apa. Lagipun bulan puasa semua syaitan dah kena ikat dan niat pun Lillahi ta'ala nak ubatkan babang. Balik rumah adik Amat dah habiskan 2 botol S26 (kalau darurat je minum, kalau tak susu ibu sepenuhnya).
Jam 2 pg. Babang kena lagi. Lepas sahur, papa bawa babang tidur bersama mama. Sebenarnya tak boleh tidur pun. Sepanjang masa itu juga sawan datang lagi. Sambil peluk dan gosok kepala babang, baca selawat dan apa yang boleh. Akhirnya babang tertidur juga dan sawan yang datang tidak sekuat mana. Teringat Dr. homoepathy pernah pesan, cas badan manusia boleh dipindahkan dari seorang ke seorang. Mungkin ada betulnya sebab bila mama peluk, pegang tapak tangan babang, sambil gosok kepalanya sawan babang tidak seganas selalu. Ada masa hanya kakinya saja yang sersentak-sentak. Mama pula yang sakit kepala. Cas berpindah ke atau tak cukup tidur? Mm..sapa nak nak buat kajian, buat lah. Mama bidang lain. Papa pula ambil turn peluk babang. Kami uji hipotesis tentang cas tu. Tak tau jawapannya sebab baru je buat eksperimen ni. Tapi hasil awal memang positif. Babang dapat tidur lena, sawan kurang, kali ni papa pula yang rasa tersentak-sentak kat sereberum.
Jam 9.00 pg. Jumpa Dr. Homeopathy. Dr ni pun ada kelebihan tersendiri. Perubatannya juga digabung dengan kaedah perubatan Islam (kadangkala mama tersasul terpanggil Dr ni ustaz). Bila diperiksa, anak mata babang tiada tindak balas dengan torchlight kecilnya. Memang kaitan otak. Bila di scan, dr kata, "Bahagian meniges (hw to spell?) bengkak. Bahasa mudah kita panggil selaput otak Muhd. Nazhan bengkak atau kita panggil juga radang otak". "O...radang otak..." Mama n papa jawab serentak (dlm hati rasa sayunya). "kalau orang kena strok, selaput otak dia lah yang burst terus darah beku dan boleh lumpuh" dr menambah. "Apa punca selaput otak bengkak?" mama menyoal. "Antaranya, demam pun boleh jadi. Kalau boleh jangan bagi dia demam". "Oh, mcm tu. Tapi nak elak demam tu susah sebab dia ni terlalu sensitif. Sesiapa yang demam dlm rumah pasti berjangkit dgn Nazhan. Kalau orang dtg rumah demam pun dia jangkit. Sorok budak dlm bilik pun, tetamu kejar dlm bilik. Nak buat mcmmana. Tetamu dtg kalau demam kami pun tak boleh larang nak datang rumah". Papa bersuara perlahan. "Mm..memang susah. Tak apalah, kita ikhtiar". Dr. tunjuk rasa prihatin. (mama teringat, dr ni pun pernah pesan jgn bagi babang mkn mknn sejuk).
Kali ni babang dpt ubat titis utk kejang dan ubat lain seperti biasa. Bayaran? Cuma RM16. Semoga Allah menambah rezeki Dr. ustaz......
No comments:
Post a Comment