Buat sekian lamanya, mesin jahit yang dah setahun jadi perhiasan cuba diguna.
Apa dah jadi? Berjam-jam mama nak setkan benang.
Geram betul!! Mama dan kecelaruan jiwa. Bukan bidang ni. Sebab tu mama lebih rela pegang cangkul ke, baca buku ke, analisis data pun tak susah!
He..he.. Papa pulak bantu. Papa kata "Tengoklah anak sedara tukang jahit buat" (Aik, papa tak tau ke mama ni kan anak tukang jahit juga). Ha..mama nak tengok juga engineer boleh menjahit tak.
Akhirnya......
Kecewa...mesin jahit akhirnya dibungkus dan diabadikan dlm stor. Tunggu sesiapa yg datang boleh tolong. Tolong tunjuk ke tolong jahit?? Ha..Jumaat ni maklong datang...
Kesimpulan:
Bukan salah ibu yang mengandung. Bukan salah bidan yg menyambut, juga bukan salah orang yg tanamkan tembuni. Walaupun anak tukang jahit ke, anak sedara ke, menjahit memang kemahiran dan bakat. Tapi kemahiran ada yang perlu dipelajari dan ada yg semula jadi. Nampaknya, bakat semulajadi menjahit tu tak de lah dalam gen mama ni.........Tapi faktor mesin pun perlu ambil kira. Papa tak mengaku kalah. Dia kata mesin jahit mama murah. Eh! Berapa tahun cita-cita nak beli mesin jahit harga tak sampai RM300 tu! Murah apa..
Berita terkini.
Wonderpet kakak dah lari!! Kecewa kali kedua. Sama ada lari atau kena larikan makhluk hidup lain. Mungkin dia malu sebab semalam mama candid dia dan masuk dlm blog. Tak sempat nak minta maaf........
Hiburkan hati......terapi minda dan diri terbaik. Jalan-jalan tengok orang beli brg raya. (Tak beli, tengok orang je....)
3 comments:
tu laaa. orang dalam pantang mana boleh menjahit. lubang benang pun tak nampak.
ni berkoyan-koyan bawak balik kuih raya neha....
Lubang benang memang tak nampak.. tapi lubang jarum tak de masalah.Yg masalahnya benang kat skoci tu asyik putus je bila jahit. Ingatkan nak jahit langsir.
beli yang dah siap jer..
Post a Comment