Friday, September 18, 2009

Cerita raya lagi

'Lampu joget-joget' kakak

Bunga dan pokok tu kami jahit 9 tahun yg lepas (zaman bujang).
Tahun ni baru lah diframe dan digantung.

Kakak dan papa. Apa yang penting? ..."jangannn nakal"


Papa meneruskan misinya


Sayang adik, sayang kakak.

Semasa menaip, kalender di sebelah paparkan 1 Syawal lagi sehari 39 minit. Tak sedar Ramadhan tahun ni dah nak ke penamatnya utk diganti bulan yg baru. Dalam tak sedar sebenarnya ramai umat Islam yang menanti 'raya'nya. Yg bukan Islam pun tak kurangnya. Apa taknya, semua menunggu berkepuk-kepuk duit masuk poket daripada orang yang sibuk membeli persiapan raya. Sekarang beli baju kurung, songkok, tudung pun si Ah Moi yang jual.


Sebenarnya keluarga ANAZIHA pun tak terkecuali. Sama saja macam orang lain. Cuma membeli ikut keperluan bukan kemahuan. Raya tahun ni sama saja macam tahun-tahun yang lain. Bahkan sebenarnya raya sama saja seperti hari-hari yang lain. Bezanya tahun ni, oleh kerana ada seseorang yang sedang belajar erti banyak perkara dalam kehidupan, kita menghormati perkembangan dirinya. Walaupun umur 3 tahun, tapi rupanya apa yg berlaku semasa raya tahun lepas kakak masih ingat. Contohnya, main bunga api bersama sepupunya di kampung dan dapat duit raya. Di tv pun banyak iklan raya. Jadi tahun ini memang rumah ANAZIHA lebih berseri dari tahun-tahun lepas. Lebih terharu dia boleh menyebut nama pakcik2 dan makcik2 nya dan sebut perkataan 'rindu' dan 'seronok'.


Semua aktiviti kami libatkan kakak. Daripada membeli pakaian rayanya hingga ke pasar borong utk barang basah. Seronok dia menangkap udang dan memilih cili di pasar. Di rumah, sejak berumahtangga tahun ni lah kami membeli bunga dan memasang frame crostige (check lah dlm kamus) yang dah 9 tahun kami siapkan. Hmm..memang nampak dan rasa berbeza suasana dan perasaannya. Si kecil ni pun dah pandai membuat permintaan utk di pasang 'lampu joget-joget' di rumah (panggilan utk lampu lip-lap).


Sekarang ni sambil menaip, menunggu maklong yang akan transit di rumah kami dari Kedah utk balik ke kg. di Johor. Kakak sebenarnya sejak maklongnya kata nak datang, tiap hari tanya bila abah long (panggilan kakak utk paklong) nak sampai.


Kita bila nak balik kg? Tiba masa akan balik, cuma lewat daripada orang lain. Beri laluan utk anak-anak sedara yang lain main bunga api dan mercun (kalau ada), dan beri keselesaan kepada ruang tidur yang terhad serta menghormati yang kurang berupaya. Babang tak boleh terkejut bunyi apa-apa, dan tak boleh suasana bising dan panas.


Oh, cerita kuih raya? Semua yang dibeli (tak buat) dah habis dan ada yang hampir habis dimakan penghuni rumah sendiri. Tetamu jangan risau. Datang saja rumah, Insya Allah ada saja rezekinya.


Ok, salam lebaran. Tidak sabar utk berjumpa mereka yang lama tidak bersua.

1 comment:

anjut said...

sayang kakak ngan babang...pak anjut rinduuuu sangat....kakak ngan babang jaga adik zafran baik2...salam peluk cium dari pak anjut....