Tuesday, September 8, 2009

Penyakit Meningitis

sumber: Mohamed Yosri Mohamed Yong

Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria. Meningitis yang disebabkan oleh virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan yang spesifik. Meningitis yang disebabkan oleh bakteria pula adalah agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya pembelajaran dan membawa maut.

Tanda-tanda penyakit:
Pada permulaan penyakit dikalangan kanak-kanak, anak akan cuma mengadu demam dan sakit kepala. Anak berumur kurang pada setahun hanya menangis berlebihan, demam dan enggan minum. Semua tanda-tanda awal bagi anak berumur kurang daripada setahun sama dengan tanda tanda penyakit lain seperti pneumonia, jangkitan telinga, bronkiolitis dan jangkitan air kencing.

Rawatan:
Apabila doktor berpendapat yang seseorang anak mengidap meningitis beliau akan meminta agar "lumbar puncture" dilakukan. "Lumbar puncture" adalah prosedur memeriksa cecair selaput otak, dengan memasukkan jarum halus ke dalam tulang belakang pesakit. Pemeriksaan ini hanya akan dilakukan apabila keadaan tidak membahayakan anak. Rawatan yang tepat dapat dimulakan menggunakan maklumat daripada ujian "lumbar puncture".

Kesan penyakit tanpa rawatan:
Tanpa rawatan, meningitis bolch mengakibatkan kesan buruk seperti lumpuh, cacat, kerencatan akal dan pekak, bisu. Kini pelalian Hib boleh diberi kepada anak kurang daripada 4 tahun untuk mengelakkan meningitis jenis kuman Hib. (Hib=Kuman Haemophilus influenzae B).

Info lain:
Penyebab penyakit meningitis ialah Enteroviruses, Kumpulan coxsackie A & B, Poliovirus, Mumps, Measles, Herps simplex, varicella, streptococcus piieumoniae, pneumokokus, neisseria meningitides atau meningokokus. Meningitis bakteria yang paling merbahaya adalah disebabkan oleh neisseria meningitides atau meningokokus. Kedua-dua bakteria ini tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau pengidapnya. Dari saluran penafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu rnenyebabkan meningitis. Keadaan yang bersesak-sesak memudahkan lagi penyebaran penyakit ini. Meningitis meningokokus ialah satu penyakit serius dan boleh menyebabkan kematian. Sebelum ini, vaksin bivalent meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A dan C telah digunakan. Namun demikian sejak tahun 2000, wabak meningitis disebabkan oleh kumpulan meningococcus W135 telah merebak dengan meluasnya. Oleh itu, vaksin Quadrivalent Meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A,C,Y dan W135 telah disyorkan. Vaksin ini haruslah diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mengembara ketempat yang diketahui ada wabak meningitis. Pelalian Hib pula boleh mengelakkan jangkitan meningitis yang disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenzae. Imunisasi meningococcus untuk jemaah haji boleh mencegah daripada meningitis disebabkan oleh bakteria Neisseria meniningitis.

Tanda-tanda awal serangan Meningitis:
Demam
Kurang selesa.
Enggan minum.
Sakit kepala.
Menangis berterusan.
Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi. ("High pitch cry.")

Tanda akhir serangan Meningitis:
Muntah.
Sawan.
Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
Lemah.
Ruam seperti lebam-lebam.
Tidak sedar.

4 comments:

DeAnaziha said...

Thanks for your info sharing.

Hijau Lestari said...

Salam,doktor,anak saya berumur 2 bulan sekarang sedang dirawat diNursery ICU Teluk Intan,semoga baby saya akan sembuh,semua sudah saya lakukan termasuk lumber punture pada hari kedua di wad,Dari laporan lab dikatakan bakteria Salmonella sebagai punca anak saya mengidap meningitis..Doakan agar semuanya selamat..Ameen

Unknown said...

salam, dr. saya mempunyai sepupu yang terkena jngkitan kuman di otak, dan sekarang beliau menghadapi sawan yg agak menyedihkan dan dirawat di salah sebuah hospital di kuantan, bolehkah saya tahu apa yg akan berlaku slps sawan tersebut? dan adakah beliau boleh sembuh sepenuhnya seperti sedia kala?

Laurie Hughes said...

I really appreciate  DR AKHIGBE,my name is LAURIE HUGHES . I will never stop testifying DR AKHIGBE , Happiness is all i see now I never thought that I will be cured from HIV virus again. DR AKHIGBE did it for me I have been suffering from a deadly disease (HIV) for the past 2 years now, I had spent a lot of money going from one place to another, from churches to churches, hospitals have been my home every day residence. Constant checks up have been my hobby not until this faithful day,  I saw a testimony on how DR AKHIGBE helped someone in curing his HIV disease in internet quickly I copied his email which is drrealakhigbe@gmail.com just to give him a test I spoke to him, he asked me to do some certain things which I did, he told me that he is going to provide the herbal cure to me, which he did, then he asked me to go for medical checkup after some days, after using the herbal cure and i did, behold I was free from the deadly disease,till now no HIV in me again he only asked me to post the testimony through the whole world, faithfully am doing it now,all the testimony of DR AKHIGBE is true  please BROTHER and SISTER, MOTHER and FATHER he is great, I owe him in return. if you are having a similar problem just email him on drrealakhigbe@gmail.com or you can whats App his mobile number on +2348142454860  He can also cure these diseases like HIV and AIDS HERPES,DIABETICS,CANCER, HEPATITIS A&B,CHRONIC DISEASES, ASTHMA, HEART DISEASES, EXTERNAL INFECTION, EPILEPSY, STROKE, MULTIPLE SCLEROSIS, NAUSEA,VOMITING OR DIARRHEA,PARKINSON DISEASE,INFLUENZA,. COMMON COLD, AUTOIMMUNE DISORDER, MENINGITIS, LUPUS,ECZEMA,BACK PAIN, JOINT SCHIZOPHRENIA , PAIN.LOWER RESPIRATORY INFECTION. .ETC .please email drrealakhigbe@gmail.com    or whats APP him  ..+2348142454860  he is a real good and honest man.  
website...  https:drrealakhigbe.weebly.com